Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 3 Oktober 2010

Timbalan: Azmin 102, Zaid 38, Mus 17, Tian 5, Khalid 4

8.18pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke-102 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Ampang.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala untuk jawatan naib presiden, Ampang mencadangkanAbdullah Sani, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.

7.26pm
Azmin terus mendapat pencalonan, kali ini daripadaSelayang dan Hulu Langat, menjadikan keseluruhan 101 pencalonan diterima.

Kedua-dua cabang itu mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagi cabang Selayang, untuk jawatan naib presiden, mereka mencalonkan Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye dan Yahya Sahri.

Bagi cabang Hulu Langat pula, Xavier Jayakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa dan Khalid Ibrahim untuk jawatan naib.

7.14pm
Azmin Ali pencalonan ke-99 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabangnya sendiri di Gombak.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala untuk jawatan naib presiden, Gombak mencalonkan Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mansor Othman dan Baru Bian.

Azmin juga mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang itu.

5.20pm Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-38 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Bukit Gelugor, Pulau Pinang.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Manakala untuk jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Azmin Ali; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; TKM Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan ahli parlimen LembahPantai, Nurul Izzah Anwar.

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com