Tv Parlimen
Senarai Blogger PR
-
-
-
-
"Saya sudah berjanji, saya tidak boleh mungkir janji..." Pak Lah6 hari yang lalu
-
PN BEST - MEMANG BEST, MEMANG SAPU BERSIH SUNGGUH4 minggu yang lalu
-
-
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’imSetahun yang lalu
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat2 tahun yang lalu
-
‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort3 tahun yang lalu
-
-
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.5 tahun yang lalu
-
LIVE AJL 345 tahun yang lalu
-
-
Haram Hukumnya Wanita Mengikuti Senam Aerobic5 tahun yang lalu
-
-
anjing yang menyalak5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 tahun yang lalu
-
Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan6 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN7 tahun yang lalu
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya7 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...9 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
Mission Impossible Rogue Nation 2015 HDTS Subtitle Indonesia9 tahun yang lalu
-
Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM9 tahun yang lalu
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas10 tahun yang lalu
-
Jual Membran Ro Bandung - Jakarta10 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…10 tahun yang lalu
-
Aktiviti Meroboh Dan Melupuskan Gerai Tasik Biru Kundang10 tahun yang lalu
-
PRK Teluk Ensen ... undi BN tambah 0.35% je .. ce pikio10 tahun yang lalu
-
Pendekar taik minyak11 tahun yang lalu
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran11 tahun yang lalu
-
Egypt’s Coming Civil War11 tahun yang lalu
-
Info Solat11 tahun yang lalu
-
Sajak Anak Muda Buat Si Celaka12 tahun yang lalu
-
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga12 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
RUKUN HAJI12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Konsert Iwan Shahman13 tahun yang lalu
-
BERITA LAWAK - JANGAN JADI PERKAKAS PEMBANGKANG13 tahun yang lalu
-
-
KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG13 tahun yang lalu
-
Try13 tahun yang lalu
-
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA14 tahun yang lalu
-
Magic!Magic!Magic!14 tahun yang lalu
-
ZAID SEDIA MENGADAP SULTAN... 3 CALUN BERENTAP DI SIBU14 tahun yang lalu
-
Bila Gendang Perang Salib Dah Berbunyi..15 tahun yang lalu
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah16 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
eReferrer
Jumaat, 31 Julai 2009
Nizar dgn Lilin..Lu BISING, Najib dgn Tugu Negara apa cerita pulak..??
Sumber Di Sini
Assalamualaikum,
hallo hallo hallo UMNO punya Ustaz ada bangun tido ka dak lagi... Ini punya kelaku talak mau keluaq fatwa kaa... Itu hali itu Nizar pegang lilin lu olang bising satu kampong... Ini Pulak tanak bising kaa... OOooo Tuhan Allah bayaq cash ooo apa lu olang bising-bising itu hari...
Ayaaa... takan diam saja selibu bahasa... ini pasai hidung lu olang kena lu olang diam.. mana aci Oooo... Itu hukum Tuhan Allah mana ada pilih-pilih mau keluaq fatwa... dia kasi hantam semua kena tak kila lu sapa... lu UMNO ka lu PAS ka lu BN ka lu PAKATAN RAKYAT kaa.. tapi lu olang itu nizar.. lu olang bising itu semua Surat habaq, TV, Radio... 24jam lu ulang tayang Oooo.. tapi ini punya kes lu olang diam Oooo.. mana aci ini macam....
Khamis, 30 Julai 2009
Anda Patut Tahu..!!!
Namun anda juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan risiko ditahan atau ditangkap pihak berkuasa (POLIS) sama ada yang beruniform ataupun pegawai Special Branch yang memakai baju preman (Mungkin juga dia orang yang sama berdiri disebelah anda dan melaungkan ‘reformasi”, “takbir” dll..Jangan terpedaya dengan janggut dan kopiah mereka…Hehe.)
Baiklah, secara ringkas, sila hadamkan Hak-hak anda seperti berikut agar anda lebih yakin dan bersedia. Ingat, jika anda tidak mengetahuinya maka kemungkinan hak ini akan dinafikan dan anda akan diperdaya!
Puluhan Ribu Semasa Perhimpunan BERSIH
Puluhan Ribu Semasa Perhimpunan BERSIH
1. Anda mempunyai hak untuk bertanya kenapa anda ditangkap. Dapatkan nama pegawai yang
2. bertanggungjawab dalam penangkapan. Jika tiada jawapan maka anda boleh nyatakan bahawa anda sebenarnya tidak ditangkap.
3. Jika anda digari semasa di tangkap, anda berhak meminta agar gari itu ditanggalkan sebaik sahaja anda dimasukkan ke dalam trak polis.(Budi bicara polis)
4. Terus hubungi peguam, ahli keluarga dan kawan anda apabila tiba di balai polis.Pastikan anda tahu balai mana anda berada. SMS dahulu sebelum membuat panggilan.SMS ke seberapa banyak kenalan yang ada dalam phonebook anda. Jika telefon anda dirampas, minta senarai barang rampasan dari Polis sama yang merampasnya.(jika mereka enggan, hafal nama,nombor atau cam muka mereka.Perhatikan tanda seperti tahi lalat atau bekas parut dsb).
5. Kemungkinan anda akan dijamu sedikit makanan dan minuman. Kalau lapar makanlah, tetapi ini hanya satu taktik untuk menenangkan anda supaya mudah memberi kerjasama kepada mereka dalam soal-siasat.
6. Jika anda disoal dibawah Seksyen 133, pegawai penyiasat (I.O) akan membacakan hak anda seperti ““Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan samada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh dijadikan sebagai keterangan”.
7. Minta dengan baik pensil dan kertas. Anda boleh mencatatkan soalan yang ditanya. Dan yang paling penting, anda boleh menjawab dengan perkataan “saya tiada jawapan” sekiranya anda kurang pasti. Ingat, jawapan anda boleh memungkinkan anda didakwa dan disabitkan bersalah.Jadi berhati-hati apabila menjawabnya.
8. Berhati-hati apabila anda diminta menandatangani sebarang kertas. Pastikan anda membaca setiap baris yang tertulis di dalam kertas tersebut. Terjadi dalam banyak kes bahawa OKT tidak tahu bahawa mereka menandatangani Borang 28 yang menafikan hak mereka kepada Peguam. Maknanya jika ada sahabat anda atau wakil dari mana-mana bantuan guaman, mereka tidak boleh berjumpa dengan anda kerana anda telah menandatangani borang tersebut.
Artikel 5 (3), Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 28 Criminal Procedure Code menyatakan hak statutori anda untuk mendapatkan peguam (hak asasi).
Oleh itu, ketahuilah hak anda sebagai rakyat Malaysia yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber yang tertinggi dalam pentadbiran negara ini. Insyaallah, betulkan niat, berdoa & bertawakallah. Wallahu ma’assobirin”..
Bar Council
Bar Council Legal Aid Centre (Kuala Lumpur),
6th Floor, Wisma Kraftangan, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur.
Phone: 03-26932072 / 26913005 – simpan dalam telefon bimbit anda!
Fax: 03-26930527
E-mail : lacklb@klbar.org.my
Website: www.legalaidkl.org
Tips hadiri Himpunan Anti ISA
Orang tua Nik Aziz dikatakan hadir beb. So, kalau gua yang rendah level aktivis ni bersemangat nak turun, apatah lagi yang lain. Gua jangkakan Himpunan Anti ISA sehebat BERSIH dulu. Sentimen TBH bagi kaum Cina tengah hangat plak tu.
Untuk itu, gua try turunkan tips2 untuk hadiri demo besar. Kengkonon gua memang kaki demo la nih. Haha. Demo camnih, insyaallah la gua hadir. Demo Anwar liwat kat mahkamah, puak2 bangang jer hadir. Muahaha.
Tips perjalanan dari utara.
* Lu jangan nak jadi bangang sewa bas. Dah la sewa bas ala2 rombongan Cik Kiah, semua lelaki dalam bas tu pakai kopiah plak tu. Memang sah2 IQ tahap Pak Lebai Melayu. Kompom kena tahan dan diarahkan berpatah balik. Kalau medan perang dah mati katak kena bom satu bas. Stupid wo.. ulama jenis Melayu nih. Bodoh piang punya.
Alternatifnya, belilah tiket bas awam secara beramai2. Kopiah simpan. Baju ISA pun jangan memandai2 pakai. Naik bas awam. Bersama orang awam yang lain. Jangan guna bas sewa khas.
* Kalau naik kete plak, plan sampai pagi Sabtu, pandu sampai Rawang jer. Parking kat Rawang. Kat stesen komuter Rawang ke, kat memana parking kete yang selamat dan betul di segi undang2. Pastu naik komuter.
Kalau nak bawak kete sampai KL, pastikan anda sampai Jumaat. Bermalam di KL. Kalau setakat sampai pagi Sabtu, jangan berangan la nak masuk KL. Orang dah selesai demo baru kete lu lepas masuk. Kompom polis akan jadikan KL sesak menggila ala2 masa plan 16 Sept dulu punya.
Tips perjalanan dari Timur.
* Pun sama gak. Jangan nak jadi bangang ala2 ahli dan ustaz2 PAS. Kemain seronok sewa bas sekolah ke, kilang ke. Himpun kat markas PAS, kat Pasti. Berkobar2. Baru sejam perjalanan, kena tahan dan diarah berpatah balik. Punyala bangang tahap tak terkata ulama jenis Melayu ni. Tengok Presiden jer dah tahu level stupid memasing.
"Eh.. bang. Awal balik? Kata nak balik lepas 2 hari. Ni baru sejam dah balik?"
"Kena tahan kat polis....."
Alahai... ahli PAS. Tengok standard Presiden pun dah tahu. Alternatifnya sama cam kat atas. Guna bas awam. Mara Liner ke, SKS ke. Bersama2 orang awam gak.
* Kalau nak naik kete, pastikan anda tidak masuk KL melainkan tiba sehari awal. Gua cadangkan lu masuk dari Seremban. Kekerapan bas ke KL dari Seremban memang rapat. Sejam sekali untuk satu syarikat bas. Tu belum komuter lagi.
Jadi, lu boleh parking kete lu kat Terminal One ke, kat memana ke, dan guna pengangkutan awam. Kalau nak jugak ngengada masuk KL, pastikan sehari awal ataupun sebulan awal dari 1 Ogos.
Tips perjalanan dari Selatan.
* Sama gak. Siapa guna bas sewa anjuran cawangan PAS, memang gua cop stupid kat dahi lu orang semua. Nabi pun siap menipu lagi tukar tidur dengan Ali. Ikut Nabi, jangan ikut ulama genetik Melayu. Memang sah2 tukil punya stupid.
Alternatif pun sama gak. Sama ada guna bas awam, atau guna bas anjuran UMNO. So, kalau lu nampak memana ulama sedang ghairah kumpul nama untuk rombongan ke KL, lu tempeleng jer serban dia.
* Kalau naik kete pun gua cadangkan lu guna Seremban as base lu orang untuk masuk KL. Bas banyak, komuter pun kerap. Kalau kaya boleh naik teksi. Share 4 orang ke apa ke.
Tips wanita dan kanak2.
* Sesapa bapak2 yang bawak family, siap pakej isteri2 dan anak2, gua cadangkan lu guna port Masjid Negara atau Masjid Jamek. Tandas ada, air ada, air-cond pun ada.
* Then, kalau lu jenis kering, lu bawakla sekali isteri dan anak lu berarak ke Istana Negara. Kalau gua plak, kompom tak kering. Gua tak sampai hati ma. Full Melayu beb, gen gua. Ngeee.
* Kalau sesapa yang jenis macam gua, lu suruh jer isteri dan anak2 kecil lu tunggu kat masjid tu. PAS kena letakkan An-Nisa' bertugas kat masjid.
Untuk itu PAS kena letakkan An-Nisa' kat 2 masjid nih. Tolong bantu kaum ibu dan kaum bayi. Ala2 staff nurse la. Unit Amal plak jangan semua dikerahkan ke medan demo. Mesti ada yang kena tinggal kat tapak2 nih.
Tips untuk lelaki.
* Pertama, kalau buleh, jangan la berlindung dalam masjid. Tak pasal2 Polis Israel Di Malaysia tu tembak gas. Dah huru-hara kaum ibu dan anak2. Lu turn la sasaran mereka ke kawasan terbuka. Kat jalan.
* Orang kata bawak garam untuk redakan pedih. Penjelasan saintifik gua tak tahu. Bawak garam jer tau. Ajinomoto tak payah.
* Air mineral wajib. Kalau lu ada mineral cap dacing lagi cantet. Kompom lu tak kena tembak.
* Tuala kecik beb.
* Topeng muka. H1N1 ma. Bawak lebih sket. Kalau lebih banyak pun cantet. Boleh niaga. Untuk pendemo, guna selapis jer. Tapi pendemo yang dok sebelah Hadi dan Nasha kena guna 2 lapis. H1N1 (Hadi1 Nasha1, Hishamuddin1 Najib1)
Faktor2 tak lepas hadiri demo GMI
Berikut, gua senaraikan ketegori2 yang gagal hadir demo GMI. Mereka akan ditahan dalam sekatan jalan di setiap laluan masuk KL dan keluar dari satu2 negeri.
Faktor : Kereta / van yang dipenuhi oleh lelaki. Kompom kena tahan dan diselongkar siasat. Andai terjumpa baji atau apa2 logo, akan dilengahkan ke balai polis.
Penyelesaian :
* Kalau jenis cerdik, simpan baju atau logo ditempat sukar ditemui. Kalau jenis bodoh macam ulama gen Melayu, jangan bawa langsung. Menyusahkan saja. Takda kerja cari kerja. Dah rugi satu kereta untuk hadiri demo ISA. Beli saja di KL. Melainkan doa lu mustajab. Polis rabun.
* GMI perlu buat blog khas. Update lokasi sekatan jalan di seluruh negara bermula malam Sabtu. So, peserta boleh rujuk dan rancang perjalanan.
* Naik bas awam. 100% secara sunnah Allah, ketetapan Allah pada alam ni, akan selamat sampai. Takda masa polis nak tahan bas ekpress.
Faktor : Imej. Seperti pakaian, serban, tanda sujud kat dahi, etc.
Penyelesaian : Jangan ngengada nak pakai serban ke kopiah ke. Simpan dulu. Sampai di lokasi Masjid Negara, Masjid Jamek atau Pasar Seni, baru pakai. Tak pasal2 kena tangkap kat stesen bas ke, kat memana. Tanda sujud kat dahi tak dapek la nak buat apa. Lu tampal la koyok kat situ.
"Ana rela dipenjara asalkan berserban."
Kepala abah lu. Utamakan yang utama la bongok.
"Ana rela kalah, rela himpunan tak ramai dan gagal asal Islam tak kalah, asal serban tak kalah. Apalah guna himpunan berjaya jika tak mendapat keredhaan Allah?"
Bodoh punya ulama. Macam ayam dengan telur. Pusing2 perkara bangang. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong terbarai.
Faktor : Pergerakan berkumpulan sebelum di 3 lokasi yang ditetapkan. Contoh, lu satu kampung berlonggok kat KL Central ke, kat R&R Tapah ke. Punyalah semangat. Kompom kena tahan kalau ada polis kat situ. Atau pun lu berkonvoi pulak. Siap bendera muka Hadi Awang besar lori.
Penyelesaian :
* Pecahkan kecil2. 2-3 orang jer satu kumpulan bergerak untuk menuju ke 3 lokasi tersebut.
* Kalau lu orang sampai awal, sebelum demo, dan berkeluarga, gua cadang lu ambil Masjid Negara. Masjid Negara paling dekat dengan Istana ma. So, bini lu tak jauh kena menapak. Kalau lu ajak dia berarak sekali la. Kalau gua, gua suruh dia tunggu situ jer.
* Kalau lu dah port kat Masjid Negara awal pagi, dan ingin beli makanan ke apa ke, tak payah bawak anak bini. Suruh diorang tunggu dan lepak kat masjid. Baca Quran ke layan blog gua ke. Apa yang patut. Ini bukan acara melomcong. Lu jer yang sensorang menapak tapau makanan. Tak payah reramai.
Faktor : Pemimpin aktivis utama BR.
Yang ni penting beb. Tangkap kepala, perserta takda hal punya. Katakan polis tahan Hadi, Nik Aziz, LKS, Anwar seawal malam Sabtu. Takda masalah. Pergi mampos sama mereka. Himpunan tetap akan berjalan, malah lebih dasyat. Sebab apa? Sebab mereka bukan pemimpin aktivis.
Tapi kalau pemimpin cam Mat Sabu, Dr Hatta, penganjur GMI kena tahan. Mampos la perserta terkulat2 kat situ tak tau buat apa. Dah macam anak ayam hilang ibu. Sekor ke Sanway Lagoon, sekor ke KLCC, sekor kat Low Yatt.
Penyelesaian : Pemimpin aktivis utama kena berikhtiar dari ditangkap menjelang perhimpunan. Pepandai la lu nyorok kat memana. Janji sharp on time, lu ada kat lokasi memasing, handle puluh ribu peserta nih. Lepas settle semua, lu nak kena tangkap, lu punya pasal.
"Hidup Kepimpinan Ulama!"
Siapala yang bodoh cipta falsafah sesat nih? Kompom la Melayu.. bab ubahsuai memang terer.
Rabu, 29 Julai 2009
Hong Kong Kuasai Beras kita
Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot
KUALA LUMPUR: Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.
Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.
Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.
Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.
Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.
Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.
Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.
Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.
Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,
"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.
Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan. Sumber Berita Harian
Jumaat, 24 Julai 2009
GMI: 1,000 petugas PAS kawal demo anti-ISA
"Bagi saya, kita sama-sama bertanggungjawab. Kita sudah bincang cara mengawal disiplin (peserta kita).
"Kawalan Unit Amal seramai seribu orang telah dikerah untuk mengawal (aspek) keselamatan sahaja," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh.
GMI juga akan mengeluarkan panduan kepada peserta Himpunan MANSUH beberapa hari lagi supaya bersedia menghadapi sebarang provokosi yang mungkin timbul pada hari tersebut, tambahnya.
"Kita juga minta kerjasama polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam bagi memantau perhimpunan ini.
"Kita mesti bertanggungjawab terhadap kumpulan masing-masing. Kalau di pihak mereka (Pewaris) juga, merekalah yang kena bertanggungjawab," kata Syed Ibrahim kepada Malaysiakini.
Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, yang tentang kemungkinan timbul huru-hara, beliau berkata:
"Kita tidak boleh kata huru-hara. Persoalan sebenarnya, apa motif mereka (kumpulan pro-ISA) mahu berhimpun pada masa itu juga?"
Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian itu dibimbang boleh "menimbulkan huru-hara".
"Bila GMI dan Pewaris – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara," kata Ibrahim kepada Malaysiakini.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Sumber malaysiaKini
Apabila saya berdebat dengan Umno
Beberapa bulan selepas kemenangan PR, kedengaran Umno begitu berminat untuk berbincang dengan PAS. Orang-orang Umno lebih lunak dalam serangan politiknya kepada PAS berbanding dengan rakan-rakan PR yang lain dari DAP dan PKR. PKR Umno “belasah” dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tak habis-habis manakala DAP mereka serang dengan serangan berbau “perkauman” supaya orang Melayu terus kekal benci kepada parti “chauvinist” Cina itu.
Saya perasan Umno tidak sangat “hentam” PAS, kalau adapun kepada peribadi Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bila isu Kerajaan Perpaduan dimainkan, tiba-tiba beberapa nama pemimpin PAS jadi “harum” manakala nama Nik Aziz terus menjadi sasaran kecaman demi kecaman. Itu senario hubungan PAS-Umno yang pelik. Kini Umno bercakap tentang perpaduan Islam-Melayu dan peliknya ialah perpaduan itu hanya dengan PAS.
Bila Datuk Seri Presiden PAS menegaskan bahawa perpaduan mesti dibawa bersama rakan-rakan dari Pakatan, Umno kata “no” … hanya dengan PAS. Itulah yang saya katakan pelik dan saya mengandaikan ia bukan usaha perpaduan tetapi usaha memecahkan perpaduan dalam PR.
Saya kaitkan cerita di atas dengan Umno di Pulau Pinang yang lebih “tebal” Melayunya, mungkin kerana Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang. Umno di Pulau Pinang tak ketinggalan nak ambil kesempatan ini untuk “mengurat” PAS di Pulau Pinang untuk bincang masalah Melayu Pulau Pinang secara khusus dan isu perpaduan secara umum.
Satu hari semasa saya bertemu Abang Non, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bayan Baru di mana saya adalah YDPnya terpacul soalan dengan penuh semangat tentang cerita Umno Bayan Baru nak jumpa dengan PAS, Abang Non kata dengan pelek bahasa Tanjong yang pekat “… depa habaq mai kata nak bincang dengan kita, saya kata nanti sat kami bincang, YB Mujahid tak dak masalah mesti dia bersedia nak jumpa dengan hangpa… bolehka ustaz?”
Abang Non yang saya kenal memang semangat orangnya, kalau cakap jangan duduk dekat kerana tangan dan kepalanya bergerak merata. Saya mengangguk setuju seraya berkata: “Tak dak masalah eehh, kalau nak bincang PAS memang bersedia tapi bukan pi nak serahh tengkok!” Usaha PAS dan Umno Bayan Baru habis di situ aja kerana tidak ada perkembangan selanjutnya.
Lain pula apabila saya berjumpa dengan Raja Munir Shah, seorang tokoh muda Umno Tanjung yang memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tanjung, dia begitu bersemangat bercakap tentang perlunya PAS Pulalu Pinang dengan Umno Pulau Pinang berbincang dalam senario politik baru. Saya bertemu dengannya di program menyambut Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan anjuran USM, khusus tentang kebudayaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Saya dijemput sebagai salah seorang ahli panel bersama dengan Umno dan tokoh akademik Prof Muhammad Salleh seorang Sasterawan Negara. Majlis dirasmikan oleh YB Danny Law sebagai exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.
Dalam majlis itu saya sempat mengutarakan persoalan budaya Melayu dan Islam yang dilihat tidak diberi tumpuan khususnsya bangunan bersejarah dan masjid Acheh yang terpinggir dalam pamplet-pamplet mempromosikan Pulau Pinang serta akses jalan yang tidak dipermudahkan untuk sampai ke sana seolah-olah terperosot.
Lepas majlis saya bersembang dengan Raja Munir dan dia terus mencadangkan sesuatu perlu dibuat dalam konteks Pulau Pinang antara PAS dengan Umno. Saya bersetuju secara asas, isu ini dibincang dalam suasana ketamadunan dan rasional bukan sentimen dan dasar perkauman.
Hasil dari pertemuan itu, dua bulan sudah saya menerima jemputan dari Umno Tanjung untuk diadakan Wacana Ilmiyah dengan tajuk besarnya ialah Perpaduan Ummah. Dalam surat yang saya terima saya difahamkan Umno akan diwakili oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan Shahbudin Yahya, ADUN Permatang Berangan dari Umno Pulau Pinang, manakala moderatornya adalah Dr Suhaimi dari USM. Saya menerima jemputan itu dengan sikap terbuka, lagipun bukankah satu aspek ketamudunan itu ialah berwacana, berdebat dan berdiskusi walaupun dengan pandangan yang berbeza? Selagimana kita jelas dasar dan halatuju serta sedar masalah yang berlaku, saya tidak perlu takut untuk berdepan dengan pihak yang selama ini mempertikaikan saya. Atas dasar itu saya bersetuju untuk hadir “wacana ilmiyah” pada 11 Julai, pukul 2.30 petang di Kompleks Penyayang, Pulau Pinang.
Tiba hari itu saya disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu Umno Tanjung, malah hampir kesemua yang saya temui adalah rakan atau kenalan dan sebahagian besarnya mengenali saya kerana Pak Yusof Rawa. Itulah uniknya orang Melayu Pulau Pinang mungkin kerana mereka minoriti mereka tidak sangat dipisahkan dengan “political divide” mereka lebih berminat untuk memikirkan survival Melayu Pulau Pinang di mana semua PAS dan Umno bersetuju secara dasarnya masalah ini perlu ditangani bersama. Dengan sebab itu juga Pak Yusof Rawa walaupun tokoh PAS, tetapi disanjungi sebagai orang Melayu Pulau Pinang yang berjaya dan prihatin kepada nasib orang Melayu Pulau Pinang. Saya menumpang keadaan itu, sebab itu pada awal lagi saya sudah tahu parameter saya dalam berwacana nanti.
Saya juga tahu masalah Melayu Pulau Pinang yang saya kuasai sejak dulu lagi kerana saya anak jati Pulau Mutiara cuma saya bukan anak mami saja, anak keturunan Rao atau Rawa yang merantau sejak Tok Wan saya, saya generasi ke 3, perantau dari Rawa, Sumatra. Orang PAS pun ramai yang datang, tetapi masing-masing seperti saya kenal mengenali antara satu sama lain, walaupun janggal untuk berada dalam dewan yang penuh dengan bendera Umno, tapi orang PAS tak kisah, mereka nak dengar apa pemmpin mereka akan kata dalam wacana ini. Lalu saya diperkenalkan dengan ustaz Affendi Mohd Yusof, Exco Pemuda Umno, Pengerusi Biro Agama, anak muda yang berpendidikan agama dari Jordan dengan pakaian tipical Pemuda Umno, songkok dan baju putih tangan pendek. Saya berpakaian batik merah dan kopiah putih kain keras (kupiah ustaz Fadhil), tipikal PAS dan suasana dewan berdebar kerana ini kali pertama PAS dengan Umno bersemuka, walaupun bukan pada tahap tinggi, tetapi cukup untuk “meletup” dengan isu-isu yang terpendam lama selama ini antara PAS dengan Umno. Oh ya, YB Khairy Jamaludin dan YB Shahabudin tidak hadir kerana berkempen di Manek Urai, itu menurut penganjur.
Tajuk “Kesatuan Ummah, retorik atau survival”, Raja Munir jadi moderator (takkan Dr Suhaimi yang sepatutnya moderator, pergi Manek Urai jugak…). Saya diberi pembicara yang pertama, lalu saya mulakan dengan ayat-ayat Al Quran yang menganjurkan perpaduan dan kesatuan, saya turut membawa buku-buku rujukan atas alasan tidak mahu tersasar tajuk dan bercakap atas hawa nafsu. Buku yang saya bawa, Unsur Kekuatan dalam Islam, Syed Sabiq, Mengapa Umat Islam DiLanda Perpecahan? Oleh Drs Munawwar Khalis, Min Fiqh Daulah oleh Qaradhawi dan dua buku Jameelah Abu Bakar tentang Melayu Pulau Pinang.
Alhamdulillah suasana pembentangan saya terkawal kerana disandarkan kepada ayat-ayat Al Quran dan petikan buku. Saya terlalu cermat dengan masa kerana menghormati majlis, maklumlah PAS dijemput, jadi saya terpaksa beradab dan berhati-hati. Lagipun saya mesti menunjukkan keterampilan kepimpinan PAS di hadapan orang Umno dan orang PAS sendiri.
Tiba giliran Ustaz Affendi yang pada 5 minit pertama sahaja menyetujui point-point saya, kemudian daripada itu semuanya menyerang peribadi dan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah dia berada di Manek Urai berkempen. Saya melihat orang Umno pun tercengang kerana ucapan berdalilkan Al Quran dan petikan buku dijawab dengan serangan-serangan kepada pemimpin tertinggi saya, Mursyidul Am PAS. Pengalaman di Kelantan dibawa dengan kata-kata sinis yang pedih ditujukan kepada PAS. Dalam hati saya, ini bukan ilmiyah, ini kempen politik yang layak untuk berhibur sahaja, kita sedang mencari jalan atau sekuang-kurangnya melihat masa depan, bukan membebel politik.
Ustaz Affendi juga turut menuduh PAS sudah ada unsur rasuah dalam pemilihannya! Semasa pembentangan Umno suasana jadi panas, kedengaran suara orang-orang PAS berbisik sesama mereka sambil menjeling marah kepada wakil Umno, tidak kurang wajah moderator dan Pengerusi Umno Tanjung, Datuk Ahmad Ibni Hajar menunjukkan ketidakselesaan sambil mencuri pandangan kepada saya untuk melihat reaksi saya. Saya senyum dan sesekali serius mencatit apa yang “dihemburkan” oleh ustaz kita.
Selesai ucapan saya diberi peluang untuk menjawab dan membuat penjelasan atas soalan apakah peranan kita sebagai orang bawahan menentukan masa depan kesatuan ummah selain orang pemimpin. Saya memulakan dengan melahirkan sikap kesal saya kepada apa yang diutarakan oleh wakil Umno dan meminta supaya kita fokus kepada tajuk dan saya secara sinis menyindir: “Kalau nak kempen simpan nanti di Manek Urai, bukan di sini, kami tak ada masalah permusuhan seperti yang disebut di Kelantan!’ sindiran saya mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk orang Umno.
Kedua saya tegaskan bahawa saya di sini bukan untuk membantai pemimpin Umno, tidak seperti wakil Umno yang membantai Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pemimpin No. 1 PAS. Saya turut menyindir kepada ustaz kita, adalah tidak cerdik menuduh seseorang sedangkan dia tidak ada di hadapan melainkan ia dianggap fitnah untuk memburukkan keadaan! Sekali lagi tepukan dari para hadirin… tentang rasuah dalam PAS, saya menegaskan bahawa sebagai AJK PAS Pusat saya tidak tahu adanya aduan rasmi, yang ada ialah Ketua Dewan Ulamak PAS memberi peringatan kepada calon-calon bukan menuduh rasuah, tetapi yang pasti Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka memang disabitkan kesalahannya kerana rasuah dalam pertandingan Umno baru-baru ini, seluruh dunia mengetahuinya! Kali ini tepukan lebih gemuruh.
Saya turut menyebut tentang apa yang Umno buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Saya juga menegaskan saya Melayu, saya Islam tetapi saya mengidamkan Melayu yang bermoral dan Islam yang beramal dan saya mengidamkan parti saya adalah parti yang disegani kerana moralnya bukan parti yang terpalit dengan rasuah! Saya sekadar menjawab “serangan” yang dimulakan tetapi dalam nada yang penuh kawalan dan suara yang slumber, itu memberi kelebihan kepada saya untuk menguasai keadaan.
Saya turut menghulurkan tawaran untuk menjadikan isu Melayu Pulau Pinang dijadikan agenda penting Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan semua pihak harus menyokong usaha murni ini tanpa terikat dengan kepentingan parti masing-masing. Saya mencadangkan isu-isu segera ditangani bersama seperti isu kubur di Jelutung, Isu kampong Melayu di Tanjong Tokong di bawah UDA. Begitu juga isu sejarah orang Melayu di Pulau Pinang yang tidak disebut sebagai orang pertama yang sudah membuka dan meneroka tanah di Pulau, mereka hanya menyebut Francis Light sebagai orang yang membuka Pulau Pinang. Saya menegaskan ini perlu ditangani bersama oleh semua pihak dan saya menjaminkan bahawa PAS akan menegaskan kecelaruan sejarah ini. Sebenarnya isu ini memang sudah lama diperjuangkan di Pulau Pinang dan seperti suis lampu, apabila saya menyentuhnya tenggelamlah karut marut serangan ke atas PAS dalam ucapan wakil Umno tadi.
Semasa sesi soal jawab beratur peserta untuk ambil bahagian dari kedua belah pihak, anehnya dalam soal jawab itu orang Umno turut mempertikaikan peranan Umno selama ini di Pulau Pinang, malah untuk kepentingan Melayu dan Islam di Pinang Pinang mereka menyarankan supaya hari ini sebagai kerajaan biarlah orang Melayu di Pulau Pinang, Umno atau PAS berada di bawah pimpinan Dr Mujahid.
Datuk Ahmad Ibnu Hajar dan Raja Munir tersenyum termasuklah saya memandangkan wakil Umno yang berucap itu terlalu bersemangat mahukan kesatuan. Sesi soal jawab berakhir dengan ucapan sinikal, geli hati dan ada dari wakil Umno yang marah kepada penganjur kerana tidak meletakkan bendera PAS dalam dewan dan backdrop pentas sambil bertanya “macamana nak bersatu?” Panas dan menarik majlis sehingga saya membatalkan jamuan teh petang di rumah Gabenor pada pukul 5 petang sempena Hari Kelahiran Tun Dr Abbas Abdul Rahman. Majlis berakhir pukul 7 malam dan saya sempat jadi “selebriti” kejap apabila buku saya yang saya bawa bersama minta di tulis otograf saya, ramai yang membelinya dari Umno, tak kurang mencuri peluang bergambar dengan ahli panel dan saya sebagai orang PAS yang datang ke majlis Umno Tanjung.
Hari itu saya terlalu letih kerana setelah selesai wacana, saya bergegas untuk kuliah Maghrib di Masjid Hashim Yahya, Kampong Dodol dan kerana hujan lebat sejak petang Kampong Dodol, P. Ramlee dan Kampong Makam banjir. Setelah selesai kuliah saya turun melihat banjir dan dibawa oleh Pertahanan Awam untuk naik bot melihat dan meninjau banjir di Jalan P. Ramlee.
Hujan terus lebat sehingga basah kuyup dibuatnya. Isteri saya turut mengharungi banjir di Kampong Makam untuk melihat mangsa dan kedengaran bunyi suara: “kalau isteri pemimpin Umno, tak sudilah nak harung banjir jumpa orang kampong!” saya senyum, isteri saya lagilah senyum lebar. Malam itu saya berehat di rumah saya di Telok Kumbar. Saya betul-betul letih, hanfon saya tak henti SMS tetapi saya abaikan sahaja. Esoknya bangun untuk kuliah subuh di mesjid Gelugor, saya sempat melihat kebanyakan SMS mengucap tahniah tentang debat dengan Umno ada yang berbunyi: “Pemimpin PAS lebih jauh berpandangan dan mampu berhujah dengan nas dan bukti yang kuat, Umno dan PAS bagai langit dengan bumi”.
Itulah kisah pada 11 Julai. Pada 12 Julai selesai kuliah subuh di masjid Gelugor saya bersiap sedia pula untuk kuliah bulanan saya di Tabung Haji Bayan Lepas di mana beratus anak murid saya sedang menunggu untuk kuliah Sirah yang saya sudah mulakan sejak 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya tugasan lebih besar daripada peruntukan masa yang ada… - Inside
Sabtu, 18 Julai 2009
Sah! Chua Jui Meng umum sertai PKR!

Versi Malaysiakini
Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.
Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.
Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.
Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.
Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.
Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.
Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
versi mStar Online
PETALING JAYA: Selepas menafikan dua hari yang lalu, petang ini bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia diumumkan oleh Chua sendiri pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini.
"Wujud banyak spekulasi sejak kebelakangan ini dalam media tentang apakah langkah saya yang seterusnya dalam bidang politik.
"Hari ini saya membuat keputusan paling penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR," kata beliau dalam ucapannya.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.
Turut sertai PKR ialah bekas Senator David Yeoh dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Yap Yit Thong.
Pada sidang media pula Chua, 64, berkata, beliau menyertai PKR untuk melakukan reformasi memandangkan agenda perjuangan PKR dan beliau mempunyai banyak persamaan.
Kata Chua, beliau memikirkan untuk menyertai PKR baru-baru ini.
Katanya, beliau akan menghantar surat keluar parti kepada Ibu Pejabat MCA dalam waktu terdekat.
NAFI 2 HARI LALU
Kelmarin Chua melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri.
Chua, bekas Menteri Kesihatan, tewas dalam pemilihan jawatan Presiden tahun lalu dan 2005.
Beliau memimpin Bakri sejak 1988 dan menyerahkan tugas memimpin bahagian itu kepada Timbalan Pengerusi bahagian, Sia Ka Tuan.
Kelmarin Chua juga menolak desas-desus yang mengatakan akan keluar parti dan menyertai PKR, sebaliknya meminta supaya semua anggota jawatankuasa MCA bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat.
"Sudah sampai masanya saya memberi laluan kepada orang yang lebih muda dari saya," katanya.
Katanya, beliau sudah memaafkan mereka yang mencabarnya pada pemilihan tahun lalu, dan kini hanya mahukan mereka memandang ke hadapan, jangan saling bertelagah disebabkan perkara-perkara kecil.
REAKSI
Di KUALA LUMPUR, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau sedih dengan keputusan Chua.
Katanya, beliau sedih kerana Chua meninggalkan MCA ketika parti memerlukannya untuk memperkukuhkan parti selepas prestasi Barisan Nasional yang kurang menggembirakan dalam pilihan raya umum lalu.
"Kita seharusnya bersatu untuk menghadapi situasi sukar secara bersama.
"Saya sedih dengan keputusan beliau meninggalkan parti, tetapi saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," kata beliau selepas merasmikan pembukaan kelab TSM Wellness Sdn Bh
Copy Dari Priamalaya
Jumaat, 17 Julai 2009
Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...
Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.
Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.
Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".
Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.
"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.
Baca berita penuh
Khamis, 16 Julai 2009
Sah Chua Jui Meng Letak Jawatan
Chua, 64, yang juga bekas Naib Presiden MCA, berkata peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela dan memberi alasan bahawa beliau sudah lama memegang jawatan berkenaan iaitu selama 23 tahun menyebabkan sudah tiba masanya orang yang lebih muda untuk mengambil alih.
Beliau menamakan Timbalannya, Sia Ka Tuan, untuk memangku jawatan ketua bahagian itu.
"Harapan saya malam ini MCA Bakri bersatu padu seperti dulu, saya sudah menjadi pengerusi selama 23 tahun, tujuh penggal dan sudah sampai masa beri kuasa dan laluan kepada orang yang lebih muda.
"Mungkin ini mencatat sejarah kerana tidak pernah seorang yang pegang jawatan ketua pada pertandingan sengit dan hangat tahun lalu boleh menyerahkan kuasa pada penolong yang tidak sehaluan dengan saya tahun lalu," katanya pada sidang media di Pejabat MCA Bahagian Bakri, selepas perjumpaan dengan ahli jawatankuasa MCA Bahagian dan ketua cawangan MCA dalam bahagian itu, di sini malam ini.
Mengenai desas-desus beliau menyertai pembangkang, Chua berkata, ini bukan kali pertama perkara itu dibangkitkan.
"Saya tahu ini bukan pertama kali desas desus berkaitan saya seolah-olah nak menyertai parti pembangkang, saya bukan seorang yang nak menggunakan media memberitahu nak sertai pembangkang dengan harapan BN (Barisan Nasional) akan memberi saya jawatan penting.
"Apabila tiba masa, saya akan suarakan (desas-desus). Saya bukan nak kata saya nak buat itu dan ini dan tawar-menawar melalui akhbar," katanya.
Chua turut mengakui beliau pernah dihampiri parti pembangkang termasuk pada pilihan raya umum lalu dan ditawarkan sebagai calon tetapi beliau menolak beberapa kali kerana tujuannya adalah meneruskan reformasi MCA.
Katanya, walaupun sudah dua kali beliau kalah pada pertandingan Presiden MCA tetapi beliau akan teruskan usaha menjadikan MCA relevan kepada masyarakat Tionghua dan menegaskan beliau tidak akan meninggalkan MCA selagi tidak berbuat sesuatu yang elok terlebih dahulu.
Katanya, walaupun sudah meletak jawatan namun visi dan wawasannya tidak akan mati dan akan mengekalkan perjuangan sehingga dapat mencapai matlamat seperti manifestonya ketika bertanding jawatan presiden MCA tahun lalu.
"Ini bukan soal menang atau tidak, itu perkara kecil tetapi saya memandang kepada negara, masyarakat majmuk dan perjuangan untuk semua masyarakat negara ini termasuk harapan saya terhadap pucuk pimpinan negara dan terhadap struktur dasar negara yang perlu diubah suai sehingga Malaysia menjadi negara untuk semua kaum secara adil," katanya.
Beliau juga sudah meminta semua ahli jawatankuasa MCA Bakri supaya terus menyokong presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat walaupun sebelum ini Ong adalah lawannya tetapi beliau tetap menjalankan usaha bagi memastikan ahli parti itu bersatu padu.
Mengenai perancangannya selepas meletak jawatan itu, Chua berkata:
"Saya baru selesai masalah besar.. biarlah saya rehat dan fikir dulu apa yang nak buat selepas ini. Saya akan buat satu persatu.. Malam ini saya gembira kerana sudah bertugas 23 tahun," katanya.
Manek Urai: Keputusan Ganjil TAPI Kemenangan Gemilang PAS
Saya macam tak boleh percaya keputusan Manek Urai yang terbaru ini. Tapi, secara ikhlas, saya menyatakan bahawa PAS sepatutnya kalah, tapi menang juga. Ini bererti kemenangan PAS ini adalah satu bentuk bantuan dari Tuhan yang sangat jelas
Ada beberapa perkara yang tidak berapa masuk akal yang telah berlaku:
1.0 Saya macam tidak boleh percaya bahawa peratus keluar mengundi adalah 87%, yakni hampir dengan 90%. Bukankah ini satu bentuk keganjilan? Ini bererti dari 10 pengundi Manek Urai, 9 orang keluar mengundi. Dan ingat, bahawa sekurang2nya 2000 pengundi diketahui tinggal di luar Manek Urai dan hari mengundi itu adalah hari bekerja.
Dalam Pilihanraya Umum, di mana hari tersebut adalah cuti umum seluruh Malaysia, pun peratus keluar mengundi tidak mencecah 85%?
2.0 Juga, sekiranya PAS benar2 sudah hilang pengaruh, mengapa undi PAS hanya turun sebanyak 400 undi? PAda tahun 2008, PAS mendapat 5748 dan pada tahun ini PAS mendapat 5346. Yakni, kejatuhan kadar undi sebanyak 400 undi?
Kiranya pengaruh PAS benar2 jatuh, undi PAS sepatutnya jatuh sebanyak 1000 ataupun lebih undi. Tapi undi PAS hanya jatuh 400 undi dan ianya bukan menghairankan kerana hari mengundi adalah hari bekerja dan ini adalah pilihanraya kecil.
3.0 Bagaimanakah undi BN naik secara mendadak, yakni dari 4394 pada tahun 2008 kepada 5283 pada tahun 2009. Ertinya berlaku kenaikan mendadak 889 undi.
889 undi adalah 9% dari keseluruhan undi yang telah dibuang (889/10631 = 9%). Ertinya, apa yang dikatakan sebagai "kejayaan BN" ini hanyalah kenaikan mendadak undi BN sebanyak 10% dari undi yang telah dibuang.
Jelas, PAS menang dalam keadaan PAS sepatutnya kalah. Bagi saya telah berlaku penipuan dalam pilihanraya kecil ini yang tidak dapat dibendung oleh PAS. Tapi, syukur, PAS masih menang dan saya yakin Najib dan UMNO semuanya dalam keadaan sedih dan tidak sangka.
Rasuah Politik Tahap Maksimum?
Laporan dari kawan2 yang berkempen menunjukkan berlaku pembelian undi yang sangat dahsyat kali ini.
a. Di satu rumah, pengundi yang dirayu telah menunjukkan kepada perayu-perayu undi PAS 10 kain pelikat dan 12 kain batik yang telah beliau dapat dari perayu-perayu undi UMNO sepanjang kempen. Beliau juga mengatakan bahawa beliau telah mendapat RM2000 setakat ini dari perayu-perayu undi UMNO.
b. Diberitakan askar-askar telah digunakan untuk merayu undi dalam bentuk membina kembali jamban yang rosak, reban ayam yang rosak, mengcat rumah dsbnya. Inilah kali pertama askar melayu diraja Malaysia digunakan untuk berkempen untuk Barisan Nasional.
c. MALAYSIAKINI juga telah menyiarkan "footage" pemberian wang kepada pengundi-pengundi secara terbuka oleh UMNO
dab banyak lagi kesah-kesah pembelian undi yang begitu dahsyat dan tidak bermoral dilakukan oleh UMNO/BN.
Tapi, PAS masih lagi memenangi pilihanraya tersebut. Ahli-ahli PAS juga jangan lupa betapa Khairy Jamaluddin telah mendedahkan betapa terdapat pimpinan2 PAS yang menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.
Dan isu ini juga digunakan oleh BN memburukan Tok Guru Nik Aziz. Kononnya Tok Guru lebih suka sokong DAP dari berkawan dengan UMNO yang beragama Islam.
PAS Defensif Dalam Keseluruhan Kempen atau Isu Yang Digunakan Tidak Efektif
Rata-rata PAS bersikap bertahan. Isu royalti minyak yang dibawa PAS juga amat masaalah bagi orang kampung untuk terus memahami.
Saya terkejut mengapa isu Najib meluluskan 10 lesen judi baru tidak digunakan? Isu itu mudah difahami orang kampung dan mampu menghancurkan serangan mereka kononnya PAS ini mahu berkawan dengan DAP dan tidak UMNO?
Bagi saya, isu itu sudah cukup untuk orang kampung menolak UMNO secara total kerana mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti2 dosa besar.
BAnyak perkara yang mesti dimuhasabah dan dibetulkan oleh PAS. Perlu PAS memulakan projek2 pembangunan secara kecil-kecilan, janji ada.
Tapi tahniah kepada PAS. Dalam keadaan PAS sepatutnya kalah, mereka masih menang mengatasi rasuah politik dan penipuan Barisan Nasional dan UMNO
Tulang Besi
Rasuah di Manik Urai
Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.
Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.
Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.
Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.
Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.
Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.
Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.
Mafrel, polis siasat rumah kayu
Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."
Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.
"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.
Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:
"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.
Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.
Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Perisik Rakyat…
Rabu, 15 Julai 2009
Analisis awal kemenangan PAS dengan majoriti 65 undi..
Ini satu pengajaran buat Pas untuk melantik sesiapa bagi mengetuai pilihanraya di masa-masa akan datang. Tokoh tersebut mestilah yang boleh merancang strategi dengan baik serta mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan bijak. Saya melihat Abdul Fatah tidak mempunyai kreteria-kreteria tersebut
MAKLUMAT MENGELIRUKAN PRK MANEK URAI – KECUAIAN ABDUL FATAH HARUN?
ALHAMDULILLAH, terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Pas masih lagi diberi kepercayaan oleh pengundi-pengundi di Manek Urai dengan kemenangan tipis sebanyak 65 majoriti. Biarpun bukan sedikit yang memperkatakan bahawa Pas akan tumbang kali ini, ternyata Pas mampu bertahan meskipun menghadapi suasana pilihanraya yang penuh dengan amalan sogokan pembangunan dan ugutan kebendaan oleh Umno/Bn. Ternyata Manek Urai masih mempunyai rakyat yang bermaruah dan mereka tidak kesemuanya `lapar’ kepada sebuah jambatan yang dijanjikan itu.
Tahniah buat Abe Uji walaupun hanya seorang Peraih Ikan,beliau mampu menewaskan seorang tokoh muda profesional yang bijak pandai dari Umno itu. Di atas kertas, sememangnya calon Umno tersebut punyai peluang yang besar untuk memenangi PRK Manek Urai kali ini tambahan pula dengan berbagai janji yang ditaburkan oleh TPM beberapa hari sebelum ini. Pas masih mampu bertahan walaupun parti tersebut dikatakan masih belum sembuh dari `penyakit’ dalamannya semenjak muktamar yang lalu. Bayangkan jika Pas tidak menghadapi sebarang masalah dalaman dan bayangkan juga jika Umno tidak mengamalkan rasuah pilihanraya. Siapa boleh menafikan tawaran untuk membina jambatan bernilai 7 ke 10 juta SEKIRANYA Bn menang adalah satu rasuah pilihanraya?
Di sebalik kemenangan ini, apa yang paling mengecewakan adalah tahap profesionalisma Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun yang dilihat begitu lemah dan cuai di dalammenyampaikan maklumat yang tepat atau hampir tepat. Sebagai contoh, sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, Abdul Fatah Harun memberikan maklumat dengan berkata “jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini. “Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN. “Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya. Kenyataan beliau ini dibuat pada jam lebih kurang 3 petang di mana masih ada 2 jam lagi masa untuk mengundi. Di mana beliau memperolehi angka sebesar itu untuk dihebahkan kepada media? Apakah beliau terlalu yakin sehingga membuat perkiraan sendiri tanpa menunggu selesai waktu pengundian? Tidakkah kenyataan beliau selaku Pengarah Pilihanraya Pas akan dianggap satu kenyataan rasmi oleh media?
Oleh kerana kecuaian dan kesilapan beliau itu menyebabkan berita-berita yang disebarkan oleh media termasuk media alternatif turut memberikan laporan dan maklumat yang bukan sahaja tidak tepat malahan jauh dari apa yang sebenarnya. Kenyataan yang terlalu awal dan tidak bijak oleh Abdul Fatah sedikit sebanyak turut mempengaruhi jentera-jentera pilihanraya Pas kerana mungkin mereka sudah merasa selesa dengan pengumuman oleh Pengarah mereka sendiri, sedangkan masa pengundian masih panjang ketika itu. Tidak salah jika ada yang menganggap Abdul Fatah berbohong dengan maklumat yang diberikannya.
Mungkin ramai di antara pihak media termasuk bloggers yang merasa terkilan dengan cara Abdul Fatah ini kerana maklumat yang selalunya tepat atau hampir tepat yang dilaporkan kepada orang ramai sebelum ini ternyata kali ini jauh berbeza. Majoriti 2000 yang diperolehi oleh Pas yang dikatakan selesa oleh Abdul Fatah rupa-rupanya hanya mendapat majoriti 65 sahaja. Kita tidak kecewa dengan majoriti yang kecil itu kerana kita hanya mahu melihat Pas talkinkan Umno di Manek Urai, tetapi kita amat kecewa dengan prestasi dan standard Pengarah Pilihanraya Pas tersebut.
Ini satu pengajaran buat Pas untuk melantik sesiapa bagi mengetuai pilihanraya di masa-masa akan datang. Tokoh tersebut mestilah yang boleh merancang strategi dengan baik serta mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan bijak. Saya melihat Abdul Fatah tidak mempunyai kreteria-kreteria tersebut. Bagi saya secara peribadi, Pas menang di dalam PRK Manek Urai ini tetapi tidak bagi Abdul Fatah Harun. Beliau sebenarnya gagal di dalam melaksanakan tugas beliau.
PAS menang nyawa-nyawa ikan
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.
DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.
Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Mereka termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi.
Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN.
kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.
kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.
Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.
Majoriti setakat ini 36 undi.
kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.
Majoriti setakat ini 345 undi.
kemaskini 7.59pm PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.
"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.
kemaskini 7.51pm Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.
Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.
kemaskini 7.39pm Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."
"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.
kemaskini 7.34pm PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.
PAS mendapat kelebihan 70 undi.
kemaskini 7.24pm BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.
Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh
Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".
Calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.
Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.
kemaskini 5.09pm Pengiraan undi bagi DUN Manek Urai akan bermula seawal-awalnya jam 5.30 petang yang melibatkan semua 27 saluran di sembilan pusat pembuangan undi.
Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat cuba merampas kerusi tersebut yang dipertahankan oleh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam persaingan agak sengit sehingga mencetuskan pergaduhan para penyokong.
Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.
Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai seawal-awalnya jam 8 malam ini.
Selasa, 14 Julai 2009
BN-PAS bergaduh, lima ke hospital
kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.
Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.
Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.
Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.
kemaskini 1.55pm Dua ahli Puteri Umno Kelantan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di pusat pembuangan undi SK Peria, lapor laman web Utusan Malaysia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.
Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi, lapor akhbar itu lagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dipetik berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.
kemaskini 1.25pm Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.
Manakala kumpulan penyokong PAS pula berada di bawah khemah yang dilengkapi kipas angin, makanan dan minuman. Mereka berehat dengan santai, termasuk makan tengah hari di situ (foto kanan).
kemaskini 1.23pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari sudah mencecah 76.2 peratus atau 9,359 pemilih mengundi pilihan masing-masing - sama ada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat atau calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.
Mengikut trend pembuangan undi setakat ini, peratus keluar mengungi kemungkinan akan lebih tinggi daripada 85 peratus seperti disasarkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
kemaskini 12.58pm Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa parti itu menghadapi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai.
"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.
Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai, sebaliknya untuk perayu undi dan penampal poster. Berita penuh di sini.
kemaskini 12.22pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68.4 peratus atau 8,415 pemilih menunaikan tanggungjawab - empat jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut. Berita penuh di sini.
kemaskini 11.35am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab - tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
Orang ramai beratur dapat wang di MU
Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.
Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.
Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.
Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.
Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.
Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.
Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.
PAS yakin kekal tapi majoriti kurang
11.20am Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.
Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.
"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).
"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).
"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.
10.50am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.
kemaskini 10.39am Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.
Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah berkonotasi liwat dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.
kemaskini 10.23am Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
kemaskini 10.05am Di Manek Urai Baru pula, seorang wanita dipercayai penyokong Umno "naik angin" kerana tidak tahan mendengar bacaan salawat dan takbir yang kuat dan tidak henti-henti oleh penyokong PAS.
Insiden dekat SK Manek Urai Baru bermula lebih kurang 9.10 pagi, tidak lama selepas MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kawasan tersebut.
Laungan takbir yang diselang-seli dengan selawat kira-kira 150 penyokong PAS, kebanyakan lelaki - yang berada di sebelah sekumpulan 50 penyokong BN, rata-ratanya wanita - menimbulkan rasa gelisah wanita terbabit.
Beliau kelihatan berbincang dengan beberapa petugas PAS dan dengan muka berangnya bersuara dengan nada sedikit tinggi. Bagaimanapun suaranya ditenggelami laungan penyokong PAS.
Beberapa anggota polis kemudian kelihatan cuba memisahkan kumpulan parti-parti politik bertanding itu. Kira-kira 30 anggota polis ditempatkan di situ.
kemaskini 9.29am Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai bermula jam 8 pagi tadi, dengan kedua-dua calon, Tuan Aziz Tuan Man dari BN dan Mohd Fauzi Abdullah dari PAS meninjau pusat pengundian.
Kedua-duanya bukan pengundi dalam DUN tersebut.
Pengundian akan berjalan sehingga jam 5 petang ini, manakala keputusannya dijangka diketahui menjelang jam 8 malam ini.
Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi, dengan 99.2 peratus Melayu manakala bakinya pemilih Cina dan India.
Keputusan pilihanraya kecil hari ini akan menandakan sama ada PAS dan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mampu mengekalkan pengaruhnya di Kelantan yang telah ditadbir selama 19 tahun.
Manakala BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pula mengharapkan kemenangan di Manek Urai bagi menamatkan kekalahan berterusan BN dalam semua pilihanraya kecil - kecuali DUN Batang Ai di Sarawak - selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Nik Aziz yang tiba di pusat mengundi di SK Perai 10 minit awal, terpaksa menunggu ketibaan Mohd Fauzi.
Calon PAS itu tiba jam 8.10 pagi dan mencium tangan menteri besar tersebut sebagai tanda hormat, manakala para penyokong pula melaungkan "Allahu Akbar".
Manakala kumpulan Wanita Umno di bersebelahannya pula menempik "Hidup Melayu". Calon BN kemudiannya beredar ke Manek Urai Lama.
Nik Aziz dan Fauzi yakin PAS akan mempertahankan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil hari ini.
Manakala Tuan Aziz pula berkata pula yakin sekurang-kurangnya 51 peratus pemilih akan mengundi BN.
"Setakat semalam, sokongan makin meningkat," katanya.
Sebelum ini, para pengundi mula menyemak nama masing-masing dalam senarai pemilih di pondok yang disediakan oleh SPR.
Keadaan di sekitar Manek Urai Lama bergerak perlahan. Cuaca baik dan anggota polis mengawal di setiap simpang. Banyak kawasan dijadikan jalan sehala.
kemaskini 9.05am Sembilan pusat pengundian dibuka yang melibatkan 27 saluran dan diselia kumpulan pegawai lantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai pegawai pengurus Adnan Hussin, yang juga ketua jajahan Kuala Krai.
Pusat pembuangan undi dan jumlah pemilih yang layak seperti berikut:
1. SK Temalir (983 orang)
2. SK Peria (2,019)
3. SK Manek Urai (1,890)
4. SK Manek Urai Baru (1,093)
5. SK Sungai Sok (980)
6. SK Chuchoh Puteri (1,517)
7. SK Lata Rek (1,094)
8. SK Kampung Karangan (1,049)
9. SMK Laloh (1,643)
Jumlah keseluruhan pemilih, termasuk 25 orang melalui pos, 12,293 orang.
SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi ada pilihan raya kecil ini.
Selepas pengundian ditutup pukul 5 petang ini, dan kemudian pengiraan undi di semua sembilan pusat berkenaan, penjumlahan undi akan dilakukan di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Keputusannya dijangka seawal-awalnya pukul 8 malam ini.
Isnin, 13 Julai 2009
UMNO KINI KESEORANGAN DI DALAM BN? Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA
"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.
Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.
Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.
Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.
Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.
Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.
Demonstrasi besar itu pernah ditangguhk sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, bagi menghadapi beberapa pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.
Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.
Jumaat lepas, mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur - tempat-tempat itu belum diputuskan.
Menurut kenyataan GMI, mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar satu "deklarasi rakyat" kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Surat memohon temujanji dengan pihak Istana Negara akan dikirim tidak lama lagi," kata Syed Ibrahim.
"Rakyat digalakkan untuk memakai pakaian warna tema merah hitam bagi menunjukkan solidariti ketika perhimpunan."
Menurutnya lagi, Himpunan MANSUH diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping.
"Siri ceramah umum sedang giat dijalankan di seluruh negara hinggalah menjelang 1 Ogos 2009," tambahnya.
Maklumat berhubung demonstrasi itu boleh diperolehi di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com, kain rentang, poster dan risalah di seluruh negara./Malaysiakini
Sabtu, 11 Julai 2009
MSO CUBA HASUT US NASHA JANGAN DATANG KE MANEK URAI?

MSO ni aku tengok lama dah perangai dia yang tak pernah puas hati bila tengok Pas dalam keadaan baik dan bersatu. Contoh di Manek Urai, bila media heboh perkata mengapa Pas tak beri peluang Presiden Pas datang berceramah dan juga mengapa poster Hj Hadi tidak terdapat di Manek Urai, MSO mesti kata Pas Kelantan tak patut buat begitu kat Presiden Pas. Nah, sekarang Tuan Guru Hj Hadi dah pun berceramah dan poster beliau pun sudah banyak dinaikkan, MSO tak komen apa-apa pun. Lepas tu, media pencacai Umno berkata pula, di mana Timbalan Presiden Pas Us Nasha tak muncul-muncul semenjak hari penamaan calon? Rupa-rupanya Us Nasha uzur, dan beliau akan tetap turun di Manek Urai seberapa segera. Aku tengok tak ada pun bantahan dari sesiapa di kalangan pimpinan Pas yang bantah bila Us Nasha nak turun ke Manek Urai. Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz dan Husam Musa pun alu-alukan kehadiran Us Nasha.
Peliknya, bila sebut je Us Nasha nak turun di Manek Urai, `lidah syaitan' ni yang kononnya menyokong Pas cuba pula menghasut kalau perlu tak payah lah Us Nasha duduk sepentas dengan Tuan Guru Nik Aziz. Apa maksud dan tujuan penulis upahan ni? Tidak lain dan tidak bukan untuk mencetuskan kembali perasaan benci dan dendam di hati Us Nasha terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Aku tengok tulisan MSO pun aku dah tahu betapa baghalnya dia ni menulis. Dalam tulisan dia, dia sebut " Sebab seseorang yang memegang jawatan Mursyidul Am tentulah mereka yang bertaraf ulama, suci, terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Mempunyai moral yang baik, akhlak yang baik dan saksyiah yang tinggi dan luhur." Itu tulisan MSO. Aku nak pertikaikan yang MSO kata sebagai Mursyidul Am dan Ulamak ni tentunya terhindar dari dosa besar dan dosa kecil. Siapa ajar MSO camtu? Kalau dah terhindar dari dosa besar dan dosa kecil, maknanya Mursyidul Am atau Ulamak itu Maksum sama seperti Nabi. Sedangkan selain dari Nabi, manusia tidak terlepas dari dosa besar mahupun dosa kecil. Sebab itu aku tak heran bila MSO bercakap tidak seperti seorang yang ada akal fikiran. Yang tak ada akal dan fikiran tu bukan binatang ke namanya?
Apa yang sakit sangat dihati MSO ni kalau Us Nasha berbaik semula dengan Tuan Guru Nik Aziz? Takkan sebab cita-cita MSO nak lihat Pas dan Umno bersatu dalam satu kelambu tidak tercapai, maka dendam kesumat MSO dilepaskan kepada mereka berdua? Kalau MSO nak sangat tengok Pas kalah di Manek Urai, MSO boleh gunakan blog MSO sendiri berkempen untuk Umno. Kalau setakat MSO belot sokong Umno, sebesar zarah pun tak merugikan Pas, malah Pas beruntung kerana hilang seekor `batu api' dalam Pas.
MSO pun dok jaja kononnya Pas dah mula rasa nak kalah maka terpaksa jemput Us Nasha berkempen. Wah, hebat sungguh Us Nasha pada pandangan MSO. Lupakah MSO Us Nasha tu pun menang kerusi Parlimen atas sokongan siapa dan di mana bumi beliau berpijak sewaktu beliau dinobatkan sebagai MP Bachok? Pas menang satu-satu pilihanraya bukan kerana individu tetapi kerana dasar yang dibawa oleh Pas. Samada Us Nasha turun atau tidak berkempen, pengundi akan mengundi Pas atas dasar parti. Itu pun MSO masih tak faham lagi tentang perjuangan Pas? Penulis politik jenis apa jika itu pun masih belum mengerti. Patutlah ada yang menggelar MSO ni penulis murahan.
Aku yakin Us Nasha pun dah tak pakai lagi apa yang MSO dok hasut siang malam untuk memecah belahkan Pas. Tetapi pelik juga, ada yang teringin nak menyimpan penulis semacam ini dan diberi ruang pula dalam media Pas. Pada aku, kalau Us Nasha ikut juga hasutan manusia bertanduk ini, tak ada rugi juga buat Pas di Manek Urai. Kalau Us Nasha tetap berpegang dengan prinsip perjuangan Islamnya dan tetap turun ke Manek Urai itu menandakan usaha MSO serta orang-orang disekitarnya yang berbau Umno itu akan kecewa teramat sangat. Terpulang pada Us Nasha sendiri.
Ini rumah YAB MB Kedah Di Jalan Sultanah
RUMAH MB KEDAH - SERBA SEDERHANA

Rumah di Sungai Limau dalam KedahLanie tu disewa dari PAS Kawasan Jerai, setahu saya RM1,000 sebulan.. Ia adalah sebahagian daripada bangunan Markaz yang diubahsuai menjadi kediaman. Di situ beliau tinggal bersama isteri keduanya dan 6 orang anak...
Hidupnya serba sederhana sejak remaja, belajar, bekerja hinggalah kini menjadi Menteri Besar Kedah.
Isnin, 6 Julai 2009
'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
"Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.
Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.
Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.
Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.
"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.
Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.
Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.
Sumber malaysiakini
CERAMAH PERDANA DS ANWAR 08 JUL DI KL

Tarikh: 8hb Julai 2009
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Jalan Ampang
Penceramah:
1) Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) Dato’ Zaid Ibrahim
4) YB Sivarasa Rasiah
5) YB Zuraidah Kamaruddin
Sumber: Anwaribrahimblog.com
HIMPUNAN PERTAHAN KEADILAN-BANTAH KONSPIRASI
Tarikh: 08 Jul 2009
Masa: 08.00 Pagi
Tempat: Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL
Sda.umber: AdilNews
TOK PA KENA BANYAK MENGAJI LAGI

Nasib baik Umno tidak menang di dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini di Kelantan. Jika tidak, bayangkan Kelantan dipimpin oleh MB seperti Tok Pa yang begitu sekali ilmu agamanya. Kita bukan hendak memperlekehkan ilmu agama Tok Pa, tetapi sekiranya kita rasa kita jahil dan tidak tahu, kita hendaklah bertanya atau mengaji. Jangan kita pandai-pandai bercakap kerana elok-elok orang tidak tahu kita jahil, bila kita bercakap memang comfirm kita ni jahil. Itulah salah satu sebab mengapa Umno begitu takut untuk berdebat soal agama dengan Pas kerana inilah tahap mentaliti yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berhujah dalam soal agama berpandukan akal mereka semata-mata.
Jika Tok Pa berkata beliau dah banyak baca kitab dan tidak berjumpa tentang nas mengatakan melihat wajah seseorang seperti yang saya sebutkan di atas tadi boleh berpahala, saya yakin Tok Pa cuma baca kitab `Al-Islam Hadhari' . Sah, memang tidak akan jumpa. Jika hendak tahu di mana kitab yang menyebut bahawa memandang wajah kedua ibu bapa dan para alim ulamak itu berpahala, maka saya nasihatkan Tok Pa tidak perlu pergi belajat sampai ke Universiti Al-Azhar atau Madinah, memadai bertanya Ketua Cawangan Pas di Manek Urai pun mereka akan terangkan pada Tok Pa. Jangan bertanya pada Ustazah Mashitah pula, nanti dia kata `jika dharurat, baru boleh berpahala'. Dan, jangan berani-berani bertanya pada Ustaz Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara kerana saya khuatir Tok Pa akan disepaknya. Maklumlah, sedangkan peti undi yang keras itu pun disepak oleh bekas Tok Imam tersebut semasa di Permatang Pauh beberapa tahun dahulu.
Akhir kalam dari saya, Tok Pa harus berhati-hati bila bercakap dalam bab agama di Kelantan ini. Jika Tok Pa bercakap sedemikian di depan Najib atau Mahyudin mereka mungkin menganggap Tok Pa memang seorang ilmuan agama. Justeru itu, Tok Pa lebih baik dan afdhal berdiam diri kerana berdiam pun orang sudah tahu kejahilan Tok Pa, bercakap pula lebih lagi orang tahu./ wfauzdin.blogspot.com
Anda Pengunjung Yg Ke

Sembang Siber
Radio / Tv Online
Akhbar Web Online
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata7 tahun yang lalu
-
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Forum Debat Alam Maya
Blogger Pro Umno
-
KEHEBATAN PEMIMPIN.4 minggu yang lalu
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat4 bulan yang lalu
-
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan3 tahun yang lalu
-
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI4 tahun yang lalu
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk5 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU5 tahun yang lalu
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH..10 tahun yang lalu
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN14 tahun yang lalu
-
-
Keputusan PRU-12
Blog Archive
-
▼
2009
(176)
-
▼
Julai
(28)
- Nizar dgn Lilin..Lu BISING, Najib dgn Tugu Negara ...
- Anda Patut Tahu..!!!
- Tips hadiri Himpunan Anti ISA
- Faktor2 tak lepas hadiri demo GMI
- Hong Kong Kuasai Beras kita
- GMI: 1,000 petugas PAS kawal demo anti-ISA
- Apabila saya berdebat dengan Umno
- Sah! Chua Jui Meng umum sertai PKR!
- Orang terakhir jumpa Teo: Saya didera SPRM...
- Sah Chua Jui Meng Letak Jawatan
- Manek Urai: Keputusan Ganjil TAPI Kemenangan Gemil...
- Rasuah di Manik Urai
- Analisis awal kemenangan PAS dengan majoriti 65 un...
- PAS menang nyawa-nyawa ikan
- BN-PAS bergaduh, lima ke hospital
- Orang ramai beratur dapat wang di MU
- PAS yakin kekal tapi majoriti kurang
- UMNO KINI KESEORANGAN DI DALAM BN? Pemuda Gerakan ...
- MSO CUBA HASUT US NASHA JANGAN DATANG KE MANEK URAI?
- Mee Segera HALAL Tapi Ada Perisa Babi
- Ini rumah YAB MB Kedah Di Jalan Sultanah
- 'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
- CERAMAH PERDANA DS ANWAR 08 JUL DI KL
- CiL: Hari penamaan calon N 41 Manek Urai
- TOK PA KENA BANYAK MENGAJI LAGI
- AWANG SELAMAT YANG SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI
- MANEK URAI : MENJELANG PENAMAAN CALON ESOK
- Pusat sembelih babi di laman rumah Lee dan Thomas
-
▼
Julai
(28)