"Tengok muka dapat pahala? Ini kira ajaran sesat. Pahala itu bergantung pada amal maaruf, pahala itu kita buat kebaikan, kita sembahyang dan buat kebajikan ihsan, itu pahala. Tapi tengok gambar... tidak ada nas dalam Al-Quran atau Hadis, saya tidak tahulah, saya bukan ulama besar dalam Malaysia. "Saya tidak baca mana-mana kitab yang kata, tengok gambar dapat pahala. Ini macam puja, kira tidak betullah pada pandangan atau ilmu yang ada pada saya. Saya tidak pernah dengar tengok gambar tokoh dapat pahala."
Sumber Agenda DailyPETIKAN di atas adalah kata-kata dari Datuk Mustapha Mohamed, Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Manek Urai saya jadikan mukaddimah tulisan ini. Persoalan saya pada Tok Pa, berpahala atau tidak jika kita melihat benda-benda yang baik dan mulia? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah kedua-dua orang tua kita? Berpahala atau tidak jika kita melihat wajah para alim Ulamak atau guru-guru yang mendidik kita? Jika beliau tidak boleh menjawabnya, maka saya rasa beliau bukan anak Kelantan jati. Setahu saya anak Kelantan kebanyakannya mempunyai asas agama dan tahu menjawab persoalan saya tadi. Sebaliknya jika Tok Pa menjawab tiada berpahala melihat wajah sesiapa pun, saya cadangkan Tok Pa meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti, baliklah ke kampung untuk mengaji semula.
Nasib baik Umno tidak menang di dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini di Kelantan. Jika tidak, bayangkan Kelantan dipimpin oleh MB seperti Tok Pa yang begitu sekali ilmu agamanya. Kita bukan hendak memperlekehkan ilmu agama Tok Pa, tetapi sekiranya kita rasa kita jahil dan tidak tahu, kita hendaklah bertanya atau mengaji. Jangan kita pandai-pandai bercakap kerana elok-elok orang tidak tahu kita jahil, bila kita bercakap memang comfirm kita ni jahil. Itulah salah satu sebab mengapa Umno begitu takut untuk berdebat soal agama dengan Pas kerana inilah tahap mentaliti yang ada pada pemimpin Umno. Mereka berhujah dalam soal agama berpandukan akal mereka semata-mata.
Jika Tok Pa berkata beliau dah banyak baca kitab dan tidak berjumpa tentang nas mengatakan melihat wajah seseorang seperti yang saya sebutkan di atas tadi boleh berpahala, saya yakin Tok Pa cuma baca kitab `Al-Islam Hadhari' . Sah, memang tidak akan jumpa. Jika hendak tahu di mana kitab yang menyebut bahawa memandang wajah kedua ibu bapa dan para alim ulamak itu berpahala, maka saya nasihatkan Tok Pa tidak perlu pergi belajat sampai ke Universiti Al-Azhar atau Madinah, memadai bertanya Ketua Cawangan Pas di Manek Urai pun mereka akan terangkan pada Tok Pa. Jangan bertanya pada Ustazah Mashitah pula, nanti dia kata `jika dharurat, baru boleh berpahala'. Dan, jangan berani-berani bertanya pada Ustaz Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara kerana saya khuatir Tok Pa akan disepaknya. Maklumlah, sedangkan peti undi yang keras itu pun disepak oleh bekas Tok Imam tersebut semasa di Permatang Pauh beberapa tahun dahulu.
Akhir kalam dari saya, Tok Pa harus berhati-hati bila bercakap dalam bab agama di Kelantan ini. Jika Tok Pa bercakap sedemikian di depan Najib atau Mahyudin mereka mungkin menganggap Tok Pa memang seorang ilmuan agama. Justeru itu, Tok Pa lebih baik dan afdhal berdiam diri kerana berdiam pun orang sudah tahu kejahilan Tok Pa, bercakap pula lebih lagi orang tahu./ wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan