Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 26 Disember 2009

Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10juta Dari Felcra


Datuk Husam Musa, yang digerami oleh sesetengah pihak di dalam partinya sendiri dengan sebab yang hanya Allah s.w.t. saja mengetahui membuktikan lagi bahawa beliau adalah sorang pemimpin berkebolehan yang menunggu masa segala-galanya reda untuk kebenaran menjelma.

Ada yang cemburu dan ada yang dengki, tatkala Tuan Guru Nik Aziz mengungkapkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”

Sebelum ini, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia. Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501, sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu menangani kesan-kesan pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia.di dalam ucapan di Copenhagen.

Kemudian di dalam kes Ahmad Lutfi Othman yang kini menerima rawatan kritikal, Husam dengan Kijang Carenya dilaporkan telah menyumbang RM18,000 untuk menanggung kos pembedahan fasa pertama.

Hasil dari kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan itu, maka benarlah hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan juga.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.

Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.

Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.

''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.

Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.

''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.

Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.

Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.

Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.

Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.

Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.

BERITA BERKAITAN

Rabu, 23 Disember 2009

Nasib Hassan Ali Ditentukan Malam Ini

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.

"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika ditemui mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.

Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.

"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.

Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.

"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya.

mstar

Sidang Live Dun Terengganu

Isnin, 21 Disember 2009

HUSAM CABAR MUSTAPA JADI HERO

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mencabar Pengerusi Umno negeri itu Datuk Mustapa Mohamed agar "menjadi hero" dengan mengadakan perundingan membabitkan kerajaan negeri itu dan pusat dalam menyelesaikan pertikaian royalti minyak.

"Mengapa tidak Datuk Mustapa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?

"Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga," kata beliau mengulas kenyataan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semalam Mustapa berkata kerajaan pusat belum dapat menentukan jumlah dan kaedah bagaimana pengagihan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan sehingga jumlah bahan pengeluaran hasil petroleum di negeri ini ditentukan oleh Petronas.

Menurut Mustapa, yang pastinya jumlah pemberian wang ihsan itu mungkin tidak sama dengan apa yang diperoleh kerajaan Terengganu, Sabah dan Sarawak kerana separuh daripada hasil petroleum negara adalah dari tiga negeri itu.

Sehubungan itu Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata jika dikatakan bertindih menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindih antara Vietnam dan Terengganu, negeri jiran itu pula dibayar royalti.

"Jika selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindih dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya?

"Sekurang-kurangnya bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, kerajaan pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan kerajaan pusat telah menerima AS$700 juta dari kawasan ini selama ini," kata Husam dalam tulisan blognya.

Tambah beliau begitu juga dengan kawasan JDA yang berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum ia menyertai Malaysia.

"Tidak juga akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita.

"JDA hanya satu kerjasama yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam akta itu," katanya.

Husam mendakwa hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini.

"Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan AS$200 juta sebagai royalti kepada kerajaan pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM800 juta. Mana bahagian Kelantan?" katanya lagi.

Husam menambah bagi medan bintang yang bertindih antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya.

Menurutnya, difahamkan Petronas telah membayar RM10 bilion sebagai royalti kepada kerajaan persekutuan bagi medan tersebut.

"Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM3.3 billion," katanya sambil menambah, sudah masa bagi kerajaan pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan.

"Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian," katanya.

SUMBER di sini.

GST: Kerajaan Negeri tentang habis-habisan



BAYAN LEPAS - Kerajaan Pulau Pinang akan menentang perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan Kerajaan Pusat mulai pertengahan tahun 2011 dengan habis-habisan kerana ia akan membebankan kira-kira 10 bilion rakyat negara ini yang sudah bekerja.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pengenalan cukai itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperoleh daripada pihak industri adalah satu tekanan tambahan kerana purata jumlah cukai yang bakal dibayar rakyat bekerja adalah sebanyak RM640 jika nilai RM6.4 bilion dibahagikan dengan 10 bilion pekerja.

Menurutnya, jumlah cukai RM640 setahun itu adalah jumlah yang amat tinggi dan tidak mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana memandangkan Kerajaan Pusat harus mengambil kira keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu di samping pendapatan isi rumah setiap keluarga terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya memperkenalkan cukai GST.

“Sekiranya cukai GST diluluskan, semua rakyat negara ini yang bekerja bakal menanggung beban tambahan cukai sebanyak RM640, iaitu satu nilai yang tinggi dan tidak mampu dibayar oleh mereka yang berpendapatan rendah mahupun sederhana.

“Kerajaan Negeri akan menentang perlaksanaan ini dengan habis-habisan demi memastikan penduduk negeri ini tidak terbeban dengan cukai-cukai yang tidak munasabah dan membebankan, semata-mata untuk memastikan ‘poket’ Kerajaan Pusat kembung,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Guan Eng berkata, Kerajaan Pusat juga seharusnya memfokuskan kepada memerangi rasuah daripada memperkenalkan sistem cukai GST ke atas rakyat.

“Perlaksanaan cukai GST hanya sebanyak empat peratus sebagaimana dicadangkan tidak akan meningkatkan pungutan cukai kerana ia sekadar meningkatkan pendapatan sebanyak RM1 bilion, berbanding sejumlah RM28 bilion yang boleh diselamatkan Kerajaan Pusat sekiranya masalah rasuah berjaya ditangani,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) antara lima hingga 10 peratus sebelum ini.

Semalam, Rang Undang-Undang GST dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. (sumber)

Rabu, 16 Disember 2009

PERAKEXPRESS.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua pengunjung dan pelayar blog saya, untuk makluman lanjut jadual serta program yang saya laksanakan sila layari laman perakexpress.com. Saya berterima kasih kepada team PerakExpress khususnya SyaReformis dan sdr Naz yg sentiasa membuat liputan dalam setiap program saya.

HIDUP rakyat!
Bubar DUN Perak!
Jumpa di Oditorium MBSA Shah Alam pada 19 Dis. 2009 (Sabtu) semasa Konvensyen PR

Terima kasih dan salam Maal Hijrah dan tahun baru 2010.

Ahad, 13 Disember 2009

Dr Jeffrey KitinganMasih Bersama PKR ?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam buat pertama kalinya secara terbuka mengakui sesetengah calon pilihan raya bagi parti itu yang menang dalam pilihan raya umum tahun lalu ternyata mempunyai trek rekod yang tidak memuaskan.

’’Kita berhadapan dengan masalah kerana beberapa calon yang kita letakkan bertanding mempunyai trek rekod yang lemah.Malah pada sesetengah kawasan, kita tidak jangka pun yang mereka akan menang tetapi mereka menang," katanya.

Anwar berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang pertama di Crown Square.

Anwar, berkata, dua daripada calon mereka yang menang tetapi 'bermasalah' di Perak telah pun mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno (sebenarnya bebas).

Malah beliau memberi amaran mana-mana wakil rakyat PKR yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat akan digugurkan daripada senarai calon menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau menyatakan rasa puashatinya dengan ahli-ahli parlimen PKR yang beliau sifatkan sebagai 'cemerlang' tetapi mereka masih perlu terus mempertingkatkan kecekapan kerana harapan yang diletakkan oleh rakyat adalah tinggi.

Ditanya mengenai keputusan Adun Ngemah, Gabriel Adit yang mengisytihar keluar PKR dan menyertai Parti Cinta Malaysia, Anwar berkata, itu adalah hak beliau untuk menyertai mana-mana parti pilihannya kerana dia telah lama meninggalkan PKR.

Dalam nada yang sinis, Anwar berkata, PKR tidak mempunyai tempat untuk seseorang pemimpin yang menyertainya dengan harapan mereka akan menyelesaikan hutang pribadi atau hutang cukai pendapat.

Mengenai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Anwar sambil tersenyum berkata; "Saya telah mendengar pelbagai khabar angin tetapi hakikatnya ialah beliau ada bersama saya hari ini (duduk di sebelah Anwar pada sidang akhbar itu).

Sumber Penawar Rindu

Selasa, 8 Disember 2009

Nazri perlu keluar UMNO: Tun Mahathir


KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz digesa meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nazri menuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTNbersifat perkauman,” katanya.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

“Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.

“Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang melayu,” katanya di sini hari ini

Ahad, 6 Disember 2009

Bicara Husam

Sabda Rasulullah: "Seorang Muslim adalah adik beradik kepada seorang Muslim yang lain. Ia tidak akan menganiayai adik beradiknya sendiri dan tidak akan memalukannya dan tidak pula akan membiarkannya (terlantar). Semua hal mengenai Muslim adalah terlarang bagi adik beradik segama dengannya: darahnya, hartanya, maruahnya." Catitan Imam Muslim.

Jika Perpaduan Islam asasnya, 95% rakyat Kelantan beragama Islam. Jika Perpaduan Melayu tajuknya, 95% rakyat Kelantan adalah Melayu.

Jika good governance pertimbangannya, perjanjian telah termaktub bahawa mana-mana negeri pengeluar petroleum akan menikmati 'bayaran tunai dua kali setahun kepada kerajaan negeri berkenaan."

Persaudaraan Islam menghendaki rakyat Kelantan yang majoriti beragama Islam dihulurkan hak mereka. Pasti, pembayaran royalti membuka rasa kasih antara satu sama lain.

Selaku Menteri Besar yang mewakili kepentingan negeri dan rakyat Kelantan, Tok Guru telah menjalankan tugasnya menulis kepada PM. Saya yakin, surat rasmi itu berpijak atas rasa ukhuwwah, selain sudut hak dan perundangan.

Jika permohonan itu dilayan selayaknya dengan memberikan hak kepada yang berhak, iklim politik negara akan jadi lebih nyaman dan tenteram.

Abd al-Rahman b. Shumasah berkata: Saya telah menemui A'ishah untuk bertanya sesuatu kepada baginda. Baginda bertanya: Engkau dari mana? Saya menjawab: Saya dari Mesir. Apa layanan yang dilakukan oleh Gobenor Mesir ke atas kamu? Saya menjawab: Kami tidak mengalami sesuatu yang buruk darinya. Jika ada unta kalangan kami yang mati, beliau berikan unta yang baru. Jika kami kehilangan pembantu, beliau berikan pembantu yang baru. Jika ada sesiapa yang memerlukan keperluan asas kehidupan, beliau menyediakannya. Baginda berkata: Ingatlah! Layanan baik yang telah dikaitkan dengan saudaraku Muhammad bin Abu Bakar (tadi) tidak menghalang saya menyampaikan apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah dalam rumahku ini: Wahai Tuhan! Sesiapa yang ditakdirkan mempunyai kuasa ke atas urusan ummatku dan ia bertindak keras ke atas mereka, maka Engkau berlaku keraslah ke atas mereka dan jika sekiranya mereka berlaku baik dalam urusan ke atas ummatku, Engkau berlaku baiklah ke atas mereka." Catitan Imam Muslim.

Banyak lagi sabda Rasulullah yang menekankan pentingnya pemerentah memenuhi hak dan berlaku adil.

Apa susahnya untuk permohonan Kelantan diberikan sebagaimana amalan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Juga Terengganu sebelum ia jatuh ke tangan PAS?

Jika Allah telah tentukan sejak azali untuk Ia tempatkan khazanah petroleum itu di bumi Kelantan, siapa kita untuk menafikan ketentuan itu?


Bukan sahaja royalti bagi medan Bumi Selatan (seperti yang diumumkan oleh PM), tetapi juga kawasan JDA (Joint Development Area dengan Thailand) yang bernilai RM 800 juta bagi tahun 2010 dan dua medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid yang berada di bahagian utara CAA (Commercial Arrangement Area dengan Vietnam), sebagaimana Terengganu juga menerima royalti dari kawasan CAA bahagian selatan sejak lama. Medan Bintang juga adalah kawasan bertindeh dengan Terengganu mengikut peta dikeluarkan oleh Petroconsultants, di mana kaedah 'unitization' patut diamalkan dan dengan itu Kelantan juga terhak ke atasnya. Bumi Selatan, JDA, CAA dan Bintang - antara lain tuntutan Kelantan.

Persaudaraan Islam dan praktis good governance, kedua-duanya menghendaki royalti dibayar, bukan yang lain. Tok Guru menulis pada PM. Tok Guru mengiringinya dengan doa. Bahagian pertama doanya ialah supaya pintu hati persaudaraan dan amalan good governance menyelinap masuk ke dalam hati PM. Jika selepas itu, masih belum berjaya, perkara sebaliknya dipohon. Ikut turutan itu. Lihat balik doa Tok Guru. Tetapi jika hak orang Mukmin dan rakyat biasa dinafikan terus menerus, Islam juga mengajar kita tidak boleh membiarkan ketidak adilan itu berterusan.

Agenda ini sangat plain. Jika dihebohkan kononnya Tok Guru terus mendoakan laknat, itu hanya sensasi media utama yang juga kononnya berusaha membawa agenda perpaduan. Lain di kata, lain disogokkan.

Jika doa itu salah, adakah menafikan hak yang termaktub adalah betul?? -Husam Musa

Ahad, 29 November 2009

nik Abduh pula diperbodohkan...





Saya Mohamad Shah berasal daripada Dungun Terengganu, bekas anak tahanan ISA 1984, amat tidak senang dengan berita yang disiarkan oleh Malaysiakini tentang penyataan berikut: "Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya

"Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Dalam keadaan orang orang Islam dan perjuangan Islam diserang dari segenap penjuru sama ada di negeri Kelantan Malaysia malah dunia, masih adakah orang seperti Nik Abduh, seorang anak ulama besar yang disanjung mengatakan jika seseorang yang meminta bapanya tidak meletakkan jawatan.

Wahai Nik Abduh. Ustaz Nik Aziz itu bukan hak tuan, dia hanya dipinjamkan Allah dilahirkan ke dunia untuk memimpin dan pemimpin bagi umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam di atas muka bumi ini. Cuma Ustaz Nik Aziz adalah perantara di alam istillah sunatullah.

Selepas Nabi Besar Muhammad wafat, di sambung oleh para sahabat diikuti para ambia dan berbetulan Ustaz Nik Aziz itu seorang alim, warak serta berpandukan al Quran, Hadis Nabi maka dia adalah hak umat manusia. Bukan hak Nik Abduh sahaja.

Apakah Nik Abduh bersedia apabila dipadang mashyar kelak untuk menjawab bahawa dia adalah penghalang umat Islam meminta Ustaz Nik Aziz berkhidmat untuk umat Islam dan manusia.

Kalau Ustaz Nik Aziz selalu mengambil pengiktibaran daripada kisah Rasullah, adakah di zaman Rasullah anak-anak Baginda melarang Rasullah meneruskan penyebaran dan penyampaian Islam kepada manusia?

Tak pernah pula saya terbaca anak Rasullah melarang ayahnya meneruskan Baginda menyampaikan Islam semasa Baginda sakit. Adalah baik Nik Abduh mengambil pengiktibaran daripada seorang Imam di Kampung Sura Tengah Dungun, Arwah Imam Haji Razali apabila ditanya oleh anaknya,

"Ayah sampai bila ayah akan menjadi imam sedangkan ayah dah tua dan sakit" apakah jawapan seorang imam yang tidak bertaraf ustaz dan ulama kepada anaknya, "Ayah akan terus menjadi Imam sehingga ayah mati"

Apakah pengiktibaran yang Allah berikan kepada umat Islam dikampung itu
Imam Haji Razali sempat mengimamkan solat Jumaat terakhir dalam hidupnya dan sebelum beliau meninggal dunia ini pun beliau meneruskan solat walaupun berada di katil hospital.

Oleh itu perkataan "Bodoh" atau tidak cerdik yang diguna pakai oleh Nik Abduh adalah perkataan orang yang tidak cerdik tentang perhitungan hidup mati, ketuhanan dan Islam. Perlu di ingat Nik Aziz hebat bukan kerana nama dia Nik Aziz, tetapi kerana perjuangan, pengucapan, cara hidup, amal ibadatnya mengikut Islam. Mereka yang bakal meminta Ustaz Nik Aziz meneruskan khidmatnya bukannya "Bodoh" tetapi mereka yang bakal meminta Nik Aziz meneruskan khidmatnya adalah mereka yang cerdik serta berpandangan jauh dalam meneruskan perjuangan Islam serta menyambung seruan Rasulullah saw.

Yang demikian Nik Abduh jangan bongkak, kerana sejarah menunjukan anak isteri para nabi ada yang menentang seruan Allah, jangan sampai Nik Abduh tergolong di kalangan mereka itu.

Sekian terima kasih - Mohd Shah (Detikdaily)

Jumaat, 27 November 2009

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS

Malaysia waves

Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.

Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.

Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masaalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.

Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan pribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.

Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota: Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).

Sekarang saya nak tanya:

Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).

Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.

Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.

Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.
PAS wajib mengketegorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.

Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang

Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat:

1.0 Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramaiii orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”

2.0 Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah

3.0 Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.

4.0 Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.

5.0 Ada seorang bekas exco Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.

Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?


Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?

Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.

Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini

(http://shahalam.concordehotelsresorts.com/rooms_premier_suite.php).

Lagi hairan, baru pegang exco pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedez, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?

Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan "mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?". Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.

Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.

Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai exco. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.

Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

Rabu, 25 November 2009

Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebutsebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebutsebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas keduadua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA

Selasa, 24 November 2009

'Husam letih harungi politik dalaman PAS'

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar media arus perdana kelmarin mengenai spekulasi Husam yang juga pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri mahu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri.

Husam yang juga ADUN Salor itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai agenda untuk 'mematikan karier politiknya' yang belum berakhir sejak muktamar PAS Jun lalu, selepas beliau tewas dalam pertandingan kerusi timbalan presiden.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, anggota jawatankuasa PAS Kelantan itu berkata, desas-desus Husam 'sudah keletihan' akibat politik parti, sudah lama kedengaran tetapi ia telah dinasihatkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya 'bertahan'..

"Tok Guru (Nik Aziz) kata, kalau hendak kata letih, dia lagi letih, dia lagi banyak tanggungjawab," kata pemimpin tersebut.

Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut maksud 'keletihan' tersebut, beliau berkata: "Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri.".

Tambahnya, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim pula ketika dihubungi berpendapat, serangan terhadap Husam didalangi musuh politiknya, Umno.

"Biasalah, mereka hendak serang Tok Guru tidak dapat. Jadi, mereka seranglah orang yang dilihat rapat dengannya," katanya yang juga ADUN Kelaboran.

"Datuk Husam ni kalau kita lihat macam perisai (kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan)," tambahnya.

Bagaimanapun, Mohamad Zaki menolak terdapat sabotaj dalaman yang mahu menghancurkan karier politik Husam.

Malaysiakini

Kemelut Kelantan Selesai. Task Force 2010 Menangis Tak Berlagu

Saya dah pernah tulis dalam blog saya ini bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia luar biasa. Beliau adalah benar-benar seorang pejuang Islam yang tidak membezakan antara keluarga dan sahabat andai apabila mahu melakukan yang benar.

Maklumat yang saya dapat adalah Arifahmi adalah harapan terakhir Task Force 2010/UMNO untuk menjatuhkan Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Nama Ariffahmi disebut berulang-ulang kali sewaktu mesyuarat di Langgar bersama dengan 5 orang pegawai2 JPM sebelum kedatangan Najib Tun Razak ke Kelantan bulan Ogos yang lepas.

Selain dari berbincang bagaimana hendak memerangkap Tok Guru, mereka telah menamakan Arifahmi sebagai faktor utama di dalam memastikan Husam Musa disingkirkan dari Exco dan persada politik Kelantan sama sekali.

Tetapi nampaknya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Perancangan mereka mahu memerangkap Tok Guru Nik Aziz untuk solat hajat di Stadium Bukit Jalil sempena menolak bala dari wabak selsema babi. Mereka mahu menangkap gambar Najib Tun Razak bersolat jemaah di belakang Tok Guru Nik Aziz dan gambar itu akan disebarkan bagi mengelirukan seluruh ahli dan penyokong PAS yang rata-rata menolak Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan UMNO.

Pelawaan Najib itu mentah-mentah ditolak Tok Guru.

Selepas itu bermula fasa 2 perancangan Task Force 2010 yakni menyingkirkan Husam Musa dengan menggunakan Ariffahmi. Perancangan tersebut hampir berjaya sebenarnya atas sebab-sebab saya tak mau sebut.

Di dalam mesyuarat yang sama, diperingatkan bahawa Tok Guru tidak boleh dijatuhkan melainkan Husam Musa mesti dijatuhkan terlebih dahulu. Ditakuti Tok Guru akan menamakan Husam Musa sebagai pengganti beliau sekiranya Tok Guru berundur dahulu. Kunci kepada kejatuhan Husam Musa adalah Arifahmi.

Biar saya nyatakan pada mulanya perancangan Task Force 2010 ini nampak seperti akan membuahkan hasil yang positif oleh mereka. Sehingga Mohammad Sayuti Omar pun mula memuji Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau.

Namun, Tok Guru adalah pemimpin yang telah membina serta menjaga PAS selama ini. Dan hubungan beliau dengan Allah SWT adalah amat rapat tidak seperti kita. Tok Guru Nik Aziz berjaya mendapat ilham yang sebenar ke atas tindakan yang sebaiknya yang perlu beliau ambil.

Apabila pada mula nasihat beliau pada Arifahmi untuk letak jawatan tidak diendahkan, maka hari ini, nasihat Tok Guru itu rasmi dinyatakan pada media. PAda hari ini menunjukkan bahawa Tok Guru adalah pemimpin yang sejati kerana boleh ditegur dan boleh dibetulkan.

Arifahmi wajib mengikut nasihat Tok Guru dan jangan cuba melibatkan pihak Istana dalam permasaalahan ini. Cukup sampai di sini sahaja, wahai Arifahmi. Anggaplah ini satu tarbiyyah ke atas kamu.

Saya Tak Peduli Dia Menantu Ke, Anak Ke, Sepupu Ke, Itu Tidak Menjadi Isu

Apa saya peduli apa hubungan kekeluargaan Arifahmi dengan Tok Guru? Kalau Arifahmi ni seorang CEO yang bijak dan mampu mentadbir dengan baik PMBK, saya akan beri 100% sokongan pada beliau.

Nabi Ismail tu ANAK kepada Nabi Ibrahim. Takda pun sapa2 persoal dari sudut nepotisma? Ini kerana walaupun Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim, tapi Nabi Ismail telah menunjukkan sifat2 serta watak2 yang setaraf dengan para Nabi2 dan Rasul2.

Jadi tak jadi soal samada berlaku nepotisma atau tidak.

Arifahmi Tidak Sedar Beliau Jadi Alat Task Force 2010

Itu yang kelakarnya. Walaupun nama Arifahmi disebut berulang kali dalam mesyuarat di Langgar tempohari bersama 5 wakil JPM, namun Arifahmi sendiri tidak hadzir dan tidak mengetahui pun yang beliau adalah sebahagian dari konspirasi menjatuhkan Husam Musa.

Apa yang beliau tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja.

Terdapat beberapa watak dalam PAS Kelantan yang sanggup melacurkan diri mereka demi kepentingan duniawi. Mereka sanggup menjadi budak suruhan UMNO demi mencapai cita-cita jahat mereka yakni meletakkan orang mereka dalam kerusi MB.

Mereka tidak sedar yang tindakan mereka hanya akan menyebabkan Kerajaan Negeri itu sendiri terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sifat ketamakan dan haloba telah menyelimuti pemimpin2 PAS Kelantan ini menjadikan mereka hilang kewarasan dan kebolehan berfikir dengan baik.Mereka sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang mana kawan dan yang mana lawan.

Yang penting, Husam Musa mesti dihapuskan kerana berapa banyak kontrak balak dan projek di Kelantan yang Husam halang dari jatuh kepada kroni2 mereka.

Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya kita tak boleh kata Arifahmi ini pembelot kepada perjuangan Islam bermakna ada masa untuk beliau bertaubat.

Allah SWT Telah Menurunkan BantuanNya dan Mengagalkan Perancangan UMNO, Task Force 2010 dan Najib Tun Razak

Hasan Ali dipertahankan kerana portfolio exco Hasan Ali akan digunakan untuk memberi projek2 kepada beberapa pimpinan PAS yang dilihat dapat dibeli sesuai dengan perancangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pada 2010.

Sekarang ini pun sudah berjalan dengan rancak pembelian pimpinan2 PAS dengan pemberian projek dan kontrak. Dan pembelian itu akan berterusan sehinggalah cita-cita mereka tercapai, yakni mengadakan kerjasama formal antara PAS dengan UMNO( bukan ahli2 PAS masuk UMNO).

Tapi Allah SWT Maha kaya. Allah SWT tidak rela PAS ditunggang seperti kuda oleh beberapa kerat pemimpin PAS yang telah buta mata dan buta hati dengan kesenangan dunia dan pangkat serta darjat.

Allah SWT telah mengagalkan perancangan mereka di Kelantan dan inshaalah selepas ini di Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Inshalaah Allah SWT tidak akan mempersia-siakan doa orang2 yang ikhlas dalam PAS supaya PAS tidak menyimpang dari jalan yang sebenar.

Nasihat kepada Blogger2 yang Terlebih Memaki Husam

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

Isnin, 23 November 2009

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SPR kosongkan Kerusi Kota Siputeh

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan SPR kosongkan Kerusi Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini mengetepikan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Ceita Yang Mana Benar Tentang Husam

penilaian di tangan anda - Harakah daily dan Mstar jua penjelasan tuan badan....

HARAKAH DAILY-KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

MSTAR-PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar mingguan hari ini mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu 'gurauan' media.

Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.

"Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud.

"Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada... jadi tak boleh nak nafilah," katanya kepada mStar Online hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga ketua pegawai operasi PMBK, Abdul Ariffahmi Rahman.

Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.

Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.SINI

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat... keluar makan-makan dulu."


YANG NI PULAK DARI BLOG TUAN BADAN SENDIRI...

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?




DI atas adalah sumber Harakah daily yang lebih diyakini... memet ikata kata TGNA. Di bawah adalah petikan Mstar memetik kata kata Husam.... yang akhir dari blog tuan badan sendiri.... walau ada sedikit berbeza... Moga kebenarannya akan membawa kebaikan untu Islam , PAS dan Kelantan... awasi berita fasiq


Sumber Anak Sengat

Ahad, 22 November 2009

KINI PELUANG TERBUKA BUAT MSO, HUSAM JANGAN BERGANJAK


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca tulisan MSO (Mohd Sayuti Omar) di sini, saya agak kurang senang dengan caranya. Saya maklum sememangnya MSO sudah lama tidak `ngam' dengan YB Husam Musa. Apabila berlaku krisis di dalam PMBK serta isu pembatalan ke Mekah tahun ini oleh Tok Guru Nik Aziz, terbuka terlalu banyak ruang buat MSO untuk menyerang Husam. Penyingkiran Kickdefella atau Syed Azidi dari PMBK dilibatkan dengan Husam kononnya untuk menjatuhkan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Difahami kononnya Husam inginkan lebih kuasa di dalam kerajaan PAS di Kelantan sekarang ini.

Berita terkini menyebut bahawa Tok Guru sebagai MB Kelantan menafikan Husam ingin atau telah menghantar surat untuk melepaskan jawatan yang dipegang di dalam Exco kerajaan Negeri. Husam dikatakan bercuti kerana rawatan sakit belakangnya. Apabila MSO di dalam tulisannya seolah-olah `mempersendakan' sakit yang dialami oleh Husam saya merasakan ada sesuatu `dendam' yang tidak tertunai oleh MSO. Saya fikir Husam tidak tergamak untuk menipu mengaku sakit sekiranya beliau benar-benar sihat. Masalah masa bila beliau hendak mendapatkan rawatan itu jangan kita pertikaikan. Soal Husam bercuti kononnya atas tekanan yang dihadapinya, itu pun tidak perlu kita pertikaikan. Sebagai ahli politik, jika menghadapi tekanan perlu juga untuk berehat menenangkan fikiran agar dapat kembali berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Sudah tentu kita tidak mahu mana-mana wakil rakyat yang bertugas dalam keadaan tekanan kerana sudah tentu perkhidmatan yang diberikan tidak efisyen.

Soalnya, mengapa Husam perlu meletakkan jawatan? Adakah kerana kita terlalu mementingkan persepsi sehinggakan sanggup kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri? Jika persepsi itu lebih penting untuk menilai seseorang, sudah lama DS Anwar berehat sahaja di rumah dan tidak perlu bekerja kuat sekarang untuk rakyat. Bukan persepsi itu tidak perlu diambil kira, tetapi persepsi tidak boleh mengatasi yang hak dan batil. Jika Husam sememangnya mendatangkan `mudharat' kepada PAS atau negeri Kelantan, silalah singkirkan Husam tetapi bukan semata-mata atas dasar persepsi. Buktikan Husam tidak cekap, tidak telus atau pun sentiasa berlawanan dengan dasar kerajaan negeri.

Sebelum ini saya ada mengulas tentang Kickdefella dan juga Arif Fahmi CEO PMBK. Ulasan saya adalah mahukan siasatan dijalankan telus agar terbukti mereka bersalah sebelum diambil tindakan. Begitulah juga terhadap Husam. Buat Husam, teruskan kerja kamu selagi kamu masih diperlukan oleh kerajaan negeri. Tulisan MSO yang beberapa kali menyebut nama beberapa tokoh PAS yang wajar diberi kedudukan oleh MB Kelantan pada saya tidak salah kerana mungkin pada MSO itulah tokoh terbaik, tetapi mengapa pula MSO hendak mengajar Tok Guru Nik Aziz agar memecat Husam kononnya sebagai satu `ujian'. MSO sendiri beranggapan bahawa Husam masih diperlukan oleh kerajaan negeri, oleh yang demikian mengapa perlu dibuang semata-mata untuk satu `ujian'? Buang Husam dan ambil tokoh-tokoh yang MSO sebutkan itu, adakah satu tindakan cerdik?

Tok Guru Nik Aziz sendiri sebut bahawa mengapa ada orang tidak mahu tokoh yang bekerja kuat dan berkebolehan seperti Husam. MB Kelantan sendiri telah banyak menguji Husam dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab dan Tok Guru sendiri memuji peranan Husam, maka mengapa kita pula minta agar Tok Guru uji lagi Husam dengan memecatnya dari jawatan? Tidak cukupkah ujian yang telah diberikan oleh Tok Guru terhadap Husam selama ini? Dan, jika Husam tersingkir siapakah yang paling kuat bersorak? Saya tidak percaya MSO orang yang pertama akan mengadakan kenduri makan `pulut kuning' untuk meraikannya.

Krisis di Kelantan sekarang tidak terlalu besar tetapi dibesar-besarkan oleh `mereka' yang sudah lama menyimpan `dendam'. Kesimpulannya pada saya, YB Husam tidak perlu meletakkan jawatannya kerana Tok Guru sendiri menyatakan kepercayaan kepada beliau. Arif Fahmi juga tidak perlu berganjak selagi SPRM tidak membuktikan apa-apa yang negatif terhadapnya. Bagi yang tahu maklumat atau apa jua tentang keburukan atau penyelewengan terhadap dua insan ini hatta penyelewengan oleh Tok Guru sendiri, sila tampil membantu SPRM agar kerajaan Negeri Kelantan dapat dibersihkan. Jangan kita hanya sibuk menimbulkan persepsi agar rakyat terpedaya dengan persepsi yang kita ada-adakan itu./Kembali ke laman asal.

Sabtu, 21 November 2009

Sekali jamu Rakyat Makan Ikan Bilis Terus canang kata Sedap..

Penahanan Anggota Umno Bukti SPRM Adil

JOHOR BAHARU: Penahanan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata tindakan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang mendakwa SPRM lebih memihak kepada parti pemerintah.

"Saya percaya SPRM tidak memihak mana-mana orang, sesiapa yang didapati terlibat dengan amalan rasuah akan diambil tindakan sama ada daripada pembangkang ataupun parti kerajaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Hospital Pakar Regency di Seri Alam, Masai di sini hari ini.

Menjawab satu soalan, Abdul Ghani yang juga Ketua Perhubungan Umno Johor berkata Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar belum memaklumkan perkara itu kepada beliau.

Abdul Ghani berkata Umno Johor menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat kes berkenaan.

Semalam, SPRM menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000. BERNAMA

Umno tak perlu bising Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor


Oleh: Tok Janggut

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara.

Sumber Kedahlani

anwar beri amaran berubah dalam masa 3 bulan

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan beberapa negeri lain akan berdepan rombakan sekiranya tiada perubahan dalam masa terdekat bagi menguatkan parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan itu perlu dibuat dalam tempoh maksimum tiga bulan, sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Menurutnya, dalam tempoh itu, PKR negeri perlu lebih bersedia meningkatkan aktiviti dan menambahkan keahlian serta prestasi pemimpin akan dinilai.

“Kita akan lihat, jika prestasi terlalu lemah, kita terpaksa membuat rombakan. Sekarang ini nampak ada yang (pimpinan negeri) bermasalah dan kita akan buat penilaian di semua negeri.

“Untuk PKR Terengganu, kita nampak perlu ada suntikan tambahan dan kita harap pimpinan PKR Terengganu boleh buat perubahan itu seperti mana permulaan dahulu,” katanya.

Khamis, 19 November 2009

Rebat air: Johor tiru k'jaan Pakatan

Syarikat Air Johor (SAJ) akan memperkenalkan skim pemberian rebat air kepada keluarga miskin tegar dan miskin bagi meringankan beban golongan berkenaan, kata menteri besar Johor.

Datuk Abdul Ghani Othman berkata golongan miskin tegar itu akan menerima rebat bil air sehingga 20 meter padu pertama atau RM12 manakala keluarga miskin pula akan menerima rebat sehingga 10 meter padu pertama atau RM4.

"Pemberian rebat itu untuk meningkatkan bantuan jaringan keselamatan sosial bagi meringankan beban golongan sasaran seperti keluarga miskin dan miskin tegar termasuk kumpulan Orang Asli miskin tegar," katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2010 pada persidangan DUN di Nusajaya hari ini.

Abdul Ghani berkata sebanyak 9,596 keluarga di negeri ini adalah keluarga miskin, miskin tegar dan mudah miskin yang dikenal pasti sehingga kini melalui pangkalan Data Nasional, E-Kasih.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 4,049 keluarga adalah ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasaran utama kerajaan negeri dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya dan mengurangkan separuh kemiskinan menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk memberi perlindungan takaful bernilai RM30,000 seorang kepada 2,975 anggota penjawat awam negeri yang memegang jawatan berisiko tinggi.

"Insentif ini dicadangkan memandangkan kerajaan negeri prihatin kepada risiko yang dihadapi oleh penjawat awam seperti pembantu penguatkuasa, pemandu, penghantar notis, pegawai keselamatan dan pekerja awam yang lain," katanya. BERNAMA

Ulasan Penulis

Dahulu kerajaan negeri selangor di cemuh kerana memberi 20 meter padu air pertama malahan di tuduh membazir dan memanjakan rakyat ,
walau apa pun penulis mengucap tahniah kepada kerajaan negeri johor kerana usha untuk membela nasib penduduk miskin ..

Rabu, 18 November 2009

52 tahun Umno perintah 1 Tahfiz saja di Selangor


Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mendakwa UMNO hanya menubuhkan sebuah Tahfiz sepanjang 52 tahun pemerintahannya.

“Sepanjang 52 tahun pemerintahannya itu, UMNO hanya membina sebuah Tahfiz di Jugra dengan mempunyai 50 pelajar sahaja.

“Bayangkan selama 52 tahun hanya satu Tahfiz manakala pelajarnya pula seramai 50 orang sahaja,” katanya.

Sumber klik Sini

ulasan penulis,
kerajaan negeri selangor skrg harus melipat gandakan usha memperbanyakkan para tahfiz , jika perlu perbanyakan pondok atau sekolah tahfiz di selangor

Selasa, 17 November 2009

Dakwa DSAI Terima RM60juta, permohonan Nalla ditolak

PETALING JAYA, Nov 16 - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk S Nallakarupan agar mengetepikan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dibekalkan dengan butiran individu dan transaksi berhubung dakwaan beliau menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation kira-kira 14 tahun yang lalu.

Permohonan Nallakarupan, yang merupakan bekas rakan sepermainan tenis Anwar, ditolak oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya, pagi ini.

Nallakarupan mengemukakan permohonan itu untuk mengetepikan keputusan Timbalan Pendaftar yang membenarkan permohonan Anwar pada 28 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair berkata permohonan Nallakarupan ditolak dengan kos dan beliau perlu menyerahkan butiran berkenaan dalam tempoh 14 hari.

“Kegagalan mengemukakan butiran ini akan membolehkan Anwar memohon untuk mengetepikan pembelaan Nallakarupan, sekali gus memohon mendapatkan penghakiman,” katanya.

Ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu, Nallakarupan mendedahkan Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Ekoran pendedahan itu, Anwar menyaman Nallakarupan dengan menuntut beliau membayar ganti rugi RM50 juta.

Nallakarupan mendakwa pendedahan itu dibuat kerana merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau memegang jawatan kerajaan sehingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik. - The Malaysian Insider,

Ulasan Penulis,


Isu ini sudah lama di hebohkan oleh media masa tak kira semasa pru atau prk , harap Nallkarupan dapat menerima kesan yang dia lakukan

RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah



Tok Guru,



Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.



Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.



Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.



Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.



Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.



Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.



Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.



Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.



Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.



Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.



Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…



Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.



Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.



Kemaskini 1.25 pagi.



Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.



Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com



Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.



akaun-maybank

Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.



Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.



Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.



Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)



Sebarang pertanyaan:



email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721



Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Isnin, 16 November 2009

Sah Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Ulasan Penulis,

Harap berita ini akan menyatukan pimpinan pas untuk bersama sama berusha memenangi DUN Kota Siputeh di Kedah , seperti yang kita ketahui kerusi dun itu adalah diperuntukan untuk Pas di pru 12, penulis berharap ia mampu memulihkan pas yg di selubungi masalah dalaman dan persepsi negatif.

jika pas memenangi pilihanraya kecil itu maka ia mampu memulihkan pas dan membaharui semangat ahlinya

Selamat Berjuang.

apa pun kita kena tunggu dulu adakah mahkamah akan menangguh dan membenarkan rayuan bekas adun DUN Kota Siputeh.

Apa kena dengan Tun M ni?

Lantik Anwar Penasihat Ekonomi Akan Jadikan Selangor Muflis - Dr M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.


Ulasan penulis,


Penulis tabek kepada DSAI yg tidak pernah berdendam dengan tun m walau pernah di penjara , di fitnah , dipukul separuh mati dan di aibkan, DSAI menganggap itu suratan nasibnya yang telah tersurat, lihat sajalah tun m yang tidak putus putus cuba memprovokasi anwar , Tun m sudahlah , cukuplah tu.

Kepada DSAI teruskan berjuang demi untuk keadilan , kami akan terus berada dibelakangmu ,


Harapan baru untuk Malaysia





Umno Selangor resah dengan Mat Taib

Umno Selangor akan mendapatkan penjelasan pemimpin veterannya Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang didakwa memuji kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak Mac tahun lalu.

"Buat masa ini kita kena tengok dulu. Kita kena siasat kebenaran kenyataan itu. Kalau betul, kenapa jadi begitu?" kata ketua penerangan Umno negeri, Shukor Idrus.

Beliau diminta mengulas dakwaan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa Muhammad mengakui perubahan bawah kepimpinannya sehingga boleh menyukarkan Umno merampas semula negeri itu.

NONEDalam pertemuan bekas menteri besar BN itu dengan Abdul Khalid minggu lepas, pemimpin PKR itu mendakwa Muhammad (kanan) mahu bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar."

Abdul Khalid melontarkan kenyataan itu sewaktu ucapan penggulungan di konvensyen PKR Selangor di Shah Alam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Shukor bagaimanapun tidak yakin mantan naib presiden Umno itu - yang menurutnya dikenali sangat setia dengan parti - akan sanggup bersekongkol dengan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya tidak yakin dengan apa yang beliau (Khalid) katakan," katanya dari luar negara.

"Tidak mungkin, Muhammad yang lama (dalam Umno), konsisten dan bersemangat dengan BN akan bersekongkol dengan parti lawan."

Menurut Shukor, kali terakhir beliau bertemu dengan Muhammad pada majlis sambutan Aidilfitri lalu tetapi perkara itu tidak langsung ditimbulkan padanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Muhammad setakat ini belum berjaya.


Ulasan Penulis,

Mungkin Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan menafikan kata - katanya setelah di desak oleh pucuk pimpinan , penulis merasakan MB Selangor berkata benar dalam hal ini dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau di kenali gelaran Mike Tyson juga ikhlas meluahkan pendapat dan pandangan beliau sepanjang pemerintah PR di Selangor , apapun kita perlu memahami jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menarik balik atau menafikan kata - kata itu setelah berunding dengan pucuk pimpinan.

Menantu TGNA nafi atur konspirasi jatuhkan HADI


16 November 2009 8:16 AM

KUALA LUMPUR, Nov 15 — Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menjadi tumpuan kontroversi pengurusan Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK), menafikan yang beliau pernah mengatur konspirasi untuk menggulingkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tak betul, sila nafikan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika diminta mengulas pandangan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang awal minggu lalu dipecat dari jawatannya sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Ariffahmi berkata:
“Dia nak lagakan ana dengan ayahanda (Nik Aziz) dan Ustaz Hadi. Lagi dia (Syed Azidi) mengamuk, orang akan lihat dia lagi buruk.”

Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella mendakwa perancangan untuk menjatuhkan Hadi yang juga ahli parlimen Marang telah bermula sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi dibuat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini,” kata Syed Azidi.

“Naib presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum ke-12.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Ariffahmi di Hotel Perdana,” katanya.

Salahuddin juga merupakan ahli parlimen Kubang Kerian dan dipilih sebagai naib presiden PAS Jun lalu.

Syed Azidi memberitahu, Ariffahmi mendakwa bahawa Nik Aziz mahu Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya Datuk Husam Musa sebagai Presiden PAS.

“Ariffahmi mengarahkan supaya Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda menggunakan jentera Pemuda PAS menggulingkan Ustaz Hadi. Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.

“Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik Husam tetapi juga berupaya memporakperandakan PAS,” katanya.

Dalam tulisannya ini, Syed Azidi juga mendakwa bahawa Ariffahmi pernah menjadi ahli Umno Cawangan Chakung yang terletak dalam bahagian Dewan Undangan Negeri Temangan, Machang.

Beliau hanya merupakan ahli biasa cawangan tersebut ketika itu, tulis beliau dalam blognya. Bagaimanapun pandangan itu turut dinafikan oleh Ariffahmi yang menegaskan, beliau hanya merupakan ahli seumur hidup PAS.

“Ada orang yang daftarkan nama ana dalam keadaan ana tak tahu... lama dah. Ana tak pernah tengok borang dan menandatangani borang tu. Ana ahli PAS seumur hidup,” katanya lagi.
“No ahli ialah 427681, daftar sekali gus ahli seumur hidup di kawasan Machang,” kata Ariffahmi sambil menambah, ia didaftarkan pada 25 Februari 1997.

Ariffahmi kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda Machang selain ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan ahli jawatankuasa Lajnah Ekonomi Pemuda PAS pusat - The Malaysian Insider

Sumber mimpi senja


ulasan penulis,


Abdul Ariffahmi Abdul Rahman perlu meletak jawatan dalam PMKB untuk memjaga maruah TGNA yang tercemar,ia perlu di tangani segara kerana persepsi semakin buruk ,Abdul Ariffahmi Abdul Rahman silalah meletak jawatan dengan segera tak kira anda bersalah atau tidak, ia lebih bermaruah ,anda sayang TGNA atau sayang Pangkat di PMKB?

Ahad, 15 November 2009

Amaran pada MP, ADUN PKR tidak berprestasi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pemimpin dan wakil rakyat PKR yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang supaya menunjukkan prestasi yang baik untuk membela rakyat.

Jika tidak, kata Anwar, mereka tidak berpeluang untuk dipilih semula untuk menjadi calon di kawasan yang akan ditandingi.

"Saya tekankan kepada ahli-ahli yang dipilih, kalau prestasinya baik, alhamdulillah. (Tapi) kalau belum baik, jangan harap dapat bertanding semula.

"Sementara ada waktu, baiki. Baik jawatan menteri besar atau exco kerajaan negeri tidak ada jaminan. Minggu lalu saya beri amaran cukup keras di Pulau Pinang. Jangan uji kesabaran saya," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu memberi ucapan di konvensyen PKR Selangor yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang di Selangor.

Beliau mengulas tindakan kontroversi ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang 'Mesra BN' hujung bulan lalu.

Anwar berkata Badrul memang mempunyai masalah dan pimpinan PKR yang lain juga cuba menyelesaikannya sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

"Saya tengok dia lima minit, saya tahu dia memang ada masalah... tapi pada masa itu, kita ambil sikap prikemanusiaan....(Badrul ada) rekod lemah, kerja tak jalan, sidang DUN tak hadir, menteri besar (Khalid Ibrahim) turun kawasan (Pelabuhan Klang), dia tidak ada, saya pergi (dia) tidak ada.

"Sepatutnya kita perlu lebih tegas, kita bagi surat tunjuk sebab dua minggu dan pecat terus," katanya

Menurut Anwar, beliau mengakui "banyak bertanggungjawab" untuk meletakkan calon PKR di peringkat parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Tapi negeri (ADUN) saya tak tahu, saya serah pada negeri...tapi bila ada masalah, orang kata 'Itulah Anwar, kenapa pilih orang-orang yang dungu ini'," katanya

Sehubungan itu beliau mengingatkan badan perhubungan PKR negeri supaya memastikan calon dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang mempunyai kelayakan dan boleh berkhidmat kepada rakyat.

ulasan penulis,

Harap semua pimpinan pakatan rakyat akan memilih calon-calon yg terbukti membela rakyat dan bukannya calon yang mencari kesempatan politik untuk kesenangan diri ,

PR perlu di reformasikan agar nampak kesegarannya setelah melalui berbagai cabaran dan dugaan, rakyat tentu tidak dapat menerima alasan lagi jika calon-calon yg di pilih untuk pru akan datang juga bermasalah.

Sabtu, 14 November 2009

Gaji Anwar RM1

Anwar digaji RM1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor
oleh Harakahdaily

SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.

Jumaat, 13 November 2009

Carta Top Hits Blog Pro-PR

Oleh: MSK

Analisis kali ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan blog mana yang popular atau tidak. Bukan juga untuk menunjukkan blog mana yang glamer atau tidak. Bukan juga untuk menunjukkan blogger mana yang terror atau tidak. Tetapi untuk menunjukkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, tentang persepsi wargamaya tentang Pakatan Rakyat.

Semua blog-blog dibawah adalah blog pro-Pakatan Rakyat dan anti-BN. Semasa PRU 12 ataupun semasa PRK, semua blog ini menyokong Pakatan Rakyat. Tapi sekarang…mana-mana blog yang mengampu Pakatan Rakyat akan jatuh merudum, manakala yang sentiasa menghentam Pakatan Rakyat akan naik. Pasai apa?

Kalau dulu, sapa yang kutuk PAS, PKR atau DAP..dah tentu kena label macam-macam. Tapi sekarang, sapa yang kutuk parti sendiri, jadi hero.

Macam mana boleh jadi macam tu?

Semua ranking yang dibuat adalah berdasarkan ranking di Malaysia yang dikeluarkan oleh www.alexa.com. dan ia bertukar setiap hari. Hangpa nak check ataupun countercheck…pi la kat www.alexa.com.

Ranking yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah pengunjung dan pageviews. Lebih tinggi pengunjung dan pageviews, ranking akan meningkat. Bila pengunjung berkurangan, ranking akan jatuh. Tapi mengapa pengunjung lebih suka melawat blog yang menghentam Pakatan Rakyat…sedangkan kebanyakan pengunjung adalah terdiri dari penyokong Pakatan Rakyat sendiri? Yang ini pemimpin Pakatan Rakyat kena ambil perhatian.

Blog Tukartiub adalah blog yang paling konsisten dari segi pengunjung. Blog ini juga merupakan blog yang paling top sejak ianya mula dibina pada 2008.Selain daripada menghentam Umno, Tukartiub juga mengkritik semua parti, tak kira Pas, PKR atau DAP. Bebas dan berkecuali. Walaupun ia lebih condong kepada Pakatan Rakyat.

Kedahlanie lebih banyak bercerita tentang hal-hal Kedah. Dan oleh kerana tidak banyak blog di Kedah, blog ini menjadi rujukan tentang Kedah. Blog ini diurus oleh orang Pas, tapi cerita pasai orang tak suka kat Hadi pun dia bubuh. Jadi nampak neutral.

Perakexpress…yang ni ramai orang tak suka…sebab suka hentam keliling. Ada yang kata pemecahbelah PR. Ada yang kata ejen Umno.

Penarik Beca..lagi orang tak suka. Ini blogger takdak akhlak. Tak habih-habih cari pasai dengan Pas. Habih cerita dalam kain Pas dibongkar oleh Pak Bakaq. Nasib baik dia bukan ahli Pas…cuma penyokong fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan Pas. Dia bukan suka kat Anwar pun, tapi kalau sebut nama Nasha dan Mustapha Ali, lagi la dia tak suka.

Satu masa dulu, Perisik Rakyat merupakan blog yang paling top, bawah sikit dari Tukartiub dan Albanjari. Kemuncak populariti Perisik Rakyat ialah semasa PRK Bukit Gantang dimana pernah mencapai top 300 dalam Alexa Ranking. Dulu dia asyik hentam Umno dan tak pernah kutuk sapa-sapa dalam Pakatan Rakyat. Akibatnya…ranking dia merudum dengan teruk. Tapi sejak dia mula menghentam geng UG…ranking dia naik balik.

MSO melayu? Yang ni pun tukang hentam Pas..terutamanya Husam. dan oleh kerana dia blogger otai…banyak kenalan yang top…banyak la dia dapat berita sensasi. Tapi orang Pas ramai yang kata dia ni pun pemecahbelah PR…barua Umno.

Wartamaya…orang masuk blog dia pasai blog dia dah jadi directory blog. Tapi dia jugak hentam geng UG. Masuk geng Aduka Taruna pulak tu.

Albanjari…top blog semasa PRK Bukit Gantang. Lebih popular dari blog Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Lebih popular dari blog Perisik Rakyat satu masa dulu…tapi pasai dia nampak pro UG, cuma cerita yang baik-baik tentang Pas…blog dia merudum. Dari tangga ke 246 semasa PRK Bukit Gantang, sekarang jatuh ketangga 1506 pada 12/11/09.

Laman Marhaen adalah laman otai. Sudah ada di alam maya ini sejak era reformasi lagi.

Pahang Daily masih lagi bertahan ditangga ke2231. Tetapi mungkin tak tahan lama, kerana trend Pahangdaily sedang menurun. Enam bulan dulu, Pahangdaily berada diranking top 1000, tetapi sekarang sudah jatuh melepasi 2000 ranking Alexa.

Ok..itu top ten dalam ranking Alexa berdasarkan blog-blog yang dikenalpasti sebagai blog pro-Pakatan Rakyat yang tersenarai dalam direktori Wartamaya. Ada beberapa blog lagi yang dikutip dari link-link yang terdapat di Pautan Perakexpress. Cukup la banyak tu.

Tapi ada beberapa blog lagi yang sedang naik secara mendadak.

Blog Baganutama hanya dibuat semasa PRK Bagan Pinang yang baru lalu. Masa dibuat dulu…tak termasuk dalam ranking Alexa. Entah ke berapa ratus ribu. Tapi dalam masa yang singkat, dia berjaya naik ketangga 5420, mengatasi beberapa blog yang sudah lama ada. Sebabnya…dia juga anti-UG.

Dan yang paling top macam goreng pisang panas sekarang ialah blog Aduka Taruna. Dulu aku nak tengok blog ni pun geli geleman. Habih benda-benda dalam seluar dia sebut. Kalau dulu…Aduka Taruna boleh dianggap macam iblis baru terlepas dari dalam botol, tapi sekarang dia berjaya menjadi pawang. Sama ada apa yang ditulisnya itu betul atau fitnah..itu tidak penting. Tapi…kalau Aduka Taruna lebih berpengaruh dari Ustaz Derih, Pas ada masalah.

Dalam dua bulan dulu, aku tengok ranking dia 6,000 lebih. Aku pun tak peduli la blog cokia macam tu. Tapi semalam sudah mencapai 3091!! Bahasa yang digunakan…aku pun dulu tak teruk macam tu. Pas nak buat Konvensyen Blogger Pas, dia pun nak buat Konvensyen PAS Reform. Orang lain nak selesai tentang UG…dia buat Projek Langgar Hadi.

Sekarang aku tak tau…Aduka Taruna yang gila…atau geng UG yang tak sedar diri. Tapi apa yang pasti, semakin ramai orang yang ikut Aduka Taruna jadi gila. ha..ha..ha. mampuih Umno.

Dalam blog Bumiperak, Ustaz Derih berkata, “Mengenai isu-isu semasa berkenaan Kerajaan Perpaduan (UG) sebenarnya telah berkubur awal lagi tetapi telah dimainkan semula dan dimarakkan oleh penulis fitnah dari ‘blogger’ di alam cyber. Setengah penulis blogger ini ada yang diupah oleh musuh politik PAS yang sengaja untuk 1. Memporak-puranda dan memecah-belahkan ahli-ahli PAS dan ke-2 menimbulkan keraguan dikalangan bukan Islam yang akan memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat. Oleh itu penulis-penulis jauhi dari spekulasi dan fitnah tetapi jadilah pendamai dan pembetulkan fakta.

Ini satu sebab mengapa blogger-blogger lebih seronok menghentam Pakatan Rakyat, sebab pemimpin Pakatan pun dua kali lima.

Ada sapa-sapa yang terima upah oleh musuh politik Pas untuk memporakpurandakan PAS?

Ada sapa-sapa yang terima upah untuk menimbulkan keraguan dikalangan pengundi bukan Islam untuk memencilkan PAS dari Pakatan Rakyat?

Mungkin Isham Rais dengan Tukar Tiub dia kot? Tapi toksah kata ada kereta, kapcai pun takdak.

Mungkin Kedahlanie dah dapat balak dari Ustaz Azizan kot?

Ataupun Bakaq Penarik Beca? tapi aku tengok…sengkek tara tu jugak.

Mintak maaf Ustaz Derih. Semakin hari aku semakin risau…rakyat semakin percaya kepada blogger-blogger pembawa fitnah, dari kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin.

Blogger-blogger yang bebas mengkritik pemimpin..semakin lama semakin top. Mana-mana blog yang mengampu atau menyampaikan kenyataan pemimpin..semakin hilang kredibiliti mereka.

Yang ni pemimpin PR semua kena fikirkan. Tak kan yang tu pun aku nak buat?

rating12
rating-2
rating-3
rating-4

Tags:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com