Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 26 Disember 2009

Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10juta Dari Felcra


Datuk Husam Musa, yang digerami oleh sesetengah pihak di dalam partinya sendiri dengan sebab yang hanya Allah s.w.t. saja mengetahui membuktikan lagi bahawa beliau adalah sorang pemimpin berkebolehan yang menunggu masa segala-galanya reda untuk kebenaran menjelma.

Ada yang cemburu dan ada yang dengki, tatkala Tuan Guru Nik Aziz mengungkapkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.

“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”

Sebelum ini, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia. Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501, sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu menangani kesan-kesan pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia.di dalam ucapan di Copenhagen.

Kemudian di dalam kes Ahmad Lutfi Othman yang kini menerima rawatan kritikal, Husam dengan Kijang Carenya dilaporkan telah menyumbang RM18,000 untuk menanggung kos pembedahan fasa pertama.

Hasil dari kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan itu, maka benarlah hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan juga.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.

Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.

Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.

''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.

Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.

''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.

Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.

Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.

Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.

Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.

Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.

BERITA BERKAITAN

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com