Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 17 November 2009

Dakwa DSAI Terima RM60juta, permohonan Nalla ditolak

PETALING JAYA, Nov 16 - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk S Nallakarupan agar mengetepikan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu dibekalkan dengan butiran individu dan transaksi berhubung dakwaan beliau menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation kira-kira 14 tahun yang lalu.

Permohonan Nallakarupan, yang merupakan bekas rakan sepermainan tenis Anwar, ditolak oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya, pagi ini.

Nallakarupan mengemukakan permohonan itu untuk mengetepikan keputusan Timbalan Pendaftar yang membenarkan permohonan Anwar pada 28 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair berkata permohonan Nallakarupan ditolak dengan kos dan beliau perlu menyerahkan butiran berkenaan dalam tempoh 14 hari.

“Kegagalan mengemukakan butiran ini akan membolehkan Anwar memohon untuk mengetepikan pembelaan Nallakarupan, sekali gus memohon mendapatkan penghakiman,” katanya.

Ketika pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lalu, Nallakarupan mendedahkan Anwar menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation.

Ekoran pendedahan itu, Anwar menyaman Nallakarupan dengan menuntut beliau membayar ganti rugi RM50 juta.

Nallakarupan mendakwa pendedahan itu dibuat kerana merasakan beliau perlu mendedahkan siapa Anwar sebenarnya sewaktu beliau memegang jawatan kerajaan sehingga sanggup mengambil wang dari sumber judi tetapi cuba menonjolkan imej dirinya seorang pemimpin yang Islamik. - The Malaysian Insider,

Ulasan Penulis,


Isu ini sudah lama di hebohkan oleh media masa tak kira semasa pru atau prk , harap Nallkarupan dapat menerima kesan yang dia lakukan

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com