Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Isnin, 16 November 2009

Umno Selangor resah dengan Mat Taib

Umno Selangor akan mendapatkan penjelasan pemimpin veterannya Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang didakwa memuji kerajaan negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak Mac tahun lalu.

"Buat masa ini kita kena tengok dulu. Kita kena siasat kebenaran kenyataan itu. Kalau betul, kenapa jadi begitu?" kata ketua penerangan Umno negeri, Shukor Idrus.

Beliau diminta mengulas dakwaan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa Muhammad mengakui perubahan bawah kepimpinannya sehingga boleh menyukarkan Umno merampas semula negeri itu.

NONEDalam pertemuan bekas menteri besar BN itu dengan Abdul Khalid minggu lepas, pemimpin PKR itu mendakwa Muhammad (kanan) mahu bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar."

Abdul Khalid melontarkan kenyataan itu sewaktu ucapan penggulungan di konvensyen PKR Selangor di Shah Alam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Shukor bagaimanapun tidak yakin mantan naib presiden Umno itu - yang menurutnya dikenali sangat setia dengan parti - akan sanggup bersekongkol dengan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya tidak yakin dengan apa yang beliau (Khalid) katakan," katanya dari luar negara.

"Tidak mungkin, Muhammad yang lama (dalam Umno), konsisten dan bersemangat dengan BN akan bersekongkol dengan parti lawan."

Menurut Shukor, kali terakhir beliau bertemu dengan Muhammad pada majlis sambutan Aidilfitri lalu tetapi perkara itu tidak langsung ditimbulkan padanya.

Usaha Malaysiakini menghubungi Muhammad setakat ini belum berjaya.


Ulasan Penulis,

Mungkin Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan menafikan kata - katanya setelah di desak oleh pucuk pimpinan , penulis merasakan MB Selangor berkata benar dalam hal ini dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau di kenali gelaran Mike Tyson juga ikhlas meluahkan pendapat dan pandangan beliau sepanjang pemerintah PR di Selangor , apapun kita perlu memahami jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib menarik balik atau menafikan kata - kata itu setelah berunding dengan pucuk pimpinan.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com