Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Isnin, 16 November 2009

Sah Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh


Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

Ulasan Penulis,

Harap berita ini akan menyatukan pimpinan pas untuk bersama sama berusha memenangi DUN Kota Siputeh di Kedah , seperti yang kita ketahui kerusi dun itu adalah diperuntukan untuk Pas di pru 12, penulis berharap ia mampu memulihkan pas yg di selubungi masalah dalaman dan persepsi negatif.

jika pas memenangi pilihanraya kecil itu maka ia mampu memulihkan pas dan membaharui semangat ahlinya

Selamat Berjuang.

apa pun kita kena tunggu dulu adakah mahkamah akan menangguh dan membenarkan rayuan bekas adun DUN Kota Siputeh.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com