Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Jumaat, 8 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - ZAID SEMAKIN CELARU ARAH HALUANNYA ?


Oleh: WFAUZDIN NS


NAMPAKNYA Dato Zaid Ibrahim semakin hilang punca dan arah di dalam membuat keputusan walaupun terhadap dirinya sendiri. Calon yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada YB Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu selalu membuat kita terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Dato Zaid.

Masih kita ingat di awal kemasukannya ke dalam PKR, beliau berkali-kali menyebut tidak berminat untuk menduduki kerusi tertinggi parti. Kemudiannya, Dato Zaid menyebut bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Terbaru pula, di sini, Dato Zaid menyebut pula beliau sedia tidak bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Dato Zaid? Adakah beliau mahu Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR atau lebih suka jika YB Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR? Atau, Dato Zaid semata-mata mahu YB Azmin tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR? Sikap Dato Zaid seperti ini amat membingungkan, beliau seperti tiada panduan di dalam menentukan masa depan beliau sendiri. Apakah wajar orang seperti ini untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau bertanding?

Di dalam isu boikot akhbar pencacai, Dato Zaid mempersoalkan mengapa perlu boikot akhbar seperti Utusan. Sukar untuk kita terima mengapa Dato Zaid begitu `sayang' kepada akhbar seperti ini. Adakah beliau lupa akhbar pencacai ini pernah menyiarkan gambar beliau `meneguk arak' sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor? Adakah kerana akhbar tersebut pernah mewancaranya baru-baru ini dan memberi ruang untuk beliau berkempen pemilihan parti, maka Dato Zaid mula merasa `kasih dan sayang' terhadap akhbar tersebut?

Kesemua pemimpin PR telah lama bersetuju untuk memboikot akhbar ini, tiba-tiba hadir Dato Zaid menyeru agar kita semua kembali menatap akhbar pencacai tersebut. Tersenyum lebar pihak pengurusan akhbar milik Umno itu dengan kenyataan Dato Zaid itu apatah lagi pada ketika ini kita sedia maklum betapa akhbar tersebut semakin merudum penjualannya. Dato Zaid kini berperanan untuk mengembalikan semula prestasi dan imej akhbar milik Umno itu.

Berbalik kepada kisah tadi, mengapa Dato Zaid ingin sangat YB Nurul Izzah bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR? Apakah beliau yakin YB Nurul Izzah mampu menewaskan YB Azmin semata-mata YB Nurul Izzah anak kepada DS Wan Azizah dan DS Anwar? Ini satu cara simbolik untuk menghancurkan PKR. Mana mungkin ahli boleh terima di dalam PKR Ketua Umum adalah DS Anwar, Presiden isteri beliau dan Timbalan Presiden pula anak beliau. Sedangkan pada ketika ini pun pihak Umno masih menuduh bahawa PKR adalah parti `keluarga Anwar'. Apa muslihat Dato Zaid membuat percaturan sedemikian rupa?

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin anda dengan betul berdasarkan kebolehan dan komitmen mereka terhadap parti. Teruskan boikot akhbar yang telah dipersetujui oleh pimpinan kita demi kebaikan parti. Apa jua pandangan dari mana-mana pihak yang kita lihat seperti ingin menjahanamkan parti haruslah kita tolak. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak `bersekongkol' dengan musuh atau `tali barut'nya. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com