Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 5 Oktober 2010

Apa Yang Menyebabkan Azmin kata Zaid Desperado?

Pahang Daily


Benarkah Zaid Guna Kempen Matlamat Halalkan Cara Semata-Mata Dia Mahu Memenangi Jawatan Timbalan Presiden PKR Dalam Pemilihan 2010 Ini

Sejak beberapa bulan lalu, satu usaha halus dan jijik dilakukan untuk memaparkan keluargaDatuk Seri Anwar Ibrahimberpecah belah akibat fahaman politik yang berbeza. Pihak disebalik usaha itu menggunakan portal Free Malaysia Today(FMT) untuk cuba memaparkan bahawa Puteri Reformasi Nurul Izzah memberi sokongan padu kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presidenmanakala Anwar pula memihak kepada Azmin Ali. Setiap lawatan Nurul untuk memantapkan jentera parti di Sabah dan Sarawak dikibarkan oleh FMT sebagai isyarat jelas Nurul mendokong kempen Zaid untuk menjadi timbalan kepada ibunya dalam memimpin PKR. Pada masa sama, Zaid menulis dalam blognya bahawa kuasa politik dalam PKR yang sepatutnya berada ditangan presiden telah diambilalih oleh Anwar selaku Ketua Umum parti. Zaid berjanji untuk mengembalikan maruah Datuk Seri Dr Wan Azizah jika ahli PKR mengundi beliau. Usaha jijik memecahbelah dan menimbulkan kesangsian serta kecurigaan dalam sebuah keluarga dilakukan, demi cita-cita seorang individu untuk mengejar kedudukan dan pangkat dalam parti. Kemuncak konspirasi itu berlaku pada minggu lalu, apabila FMT memetik Nurul sebagai menggambarkan kononnya Azmin adalah ahli politik bertopeng serigala manakala Zaid adalah pemimpin yang harus disokong kerana melakukan begitu banyak kebaikan untuk PKR dan dalam masa yang singkat berjaya “membangunkan Kuala Lumpur”.

Pernahkah Nurul Izaah Umum Menyokong Zaid

Laporan itu memetik Nurul sebagai berkata demikian kepada pemberita di Sarawak. Perkara yang paling aneh mengenai laporan yang agak sensasi ini adalah, walaupun Nurul disebut memberitahu isihatinya pada sidang media di Kuching, TIDAK ADA SATU PUN media yang melaporkan berita sebagaimana yang disiarkan oleh FMT. Mereka yang dalam bidang kewartawanan tentunya akur bahawa jika benar Nurul berucap sebagaimana yang didakwa oleh FMT, ia adalah tajuk utama akhbar dan stesen TV diseluruh negara. Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 tentunya bertepuk gembira jika benar Nurul menyatakan demikian. Namun kecuali FMT, seluruh media arus perdana dan media alternatif lain termasuk Malaysiakini membisu. Dan, sebab mereka berbuat demikian ialah kerana Nurul tidak melafazkan sebarang sokongan untuk Zaid atau pun mencemuh Azmin dari apa segi sekali pun. Laporan fitnah FMT itu adalah cubaan terdesak untuk memaparkan Zaid menerima sokongan Nurul dan memberi erti beliau menyanggah ayahnya.

Free Malaysia Today Dibiayai Oleh Soh Chee Wen

Nurul yang menyatakan dari awal beliau akan bersikap berkecuali dalam pemilihan Timbalan Presiden – sama seperti kedudukan yang diambil oleh ibu-bapanya - diheret kedalam kancah perebutan jawatan itu menerusi laporan fitnah FMT. Nurul terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi ibupejabat PKR minggu lalu, menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana calon, tetapi hanya mahukan ahli mengundi calon yang difikirkan dapat mendokong perjuangan parti. Selasa (21 September) akhbar The Starmemetik Nurul sebagai menafikan laporan FMT itu. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak timbul soalan beliau memihak kepada Zaid atau menentang Azmin. Sebagaimana yang kita maklum, FMT adalah dibiayai oleh Soh Chee Wen, seorang jutawan dan bekas ahli MCA yang menjadi penggerak utama kempen Zaid untuk menjadi timbalan presiden. Selain FMT, Soh juga membiayai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang diedarkan percuma kepada ahli PKR dalam usaha mencari sokongan untuk Zaid. Walaupun ghairah mencanang sifat “gentleman”nya, amat mendukacitakan Zaid, Soh Chee Wen dan orang upahannya Nelson Fernandez sanggup mengheret Nurul dan ibunya dalam kempen fitnah mereka. Nama Nurul dan Wan Azizah diperdagangkan oleh kem Zaid dalam kerakusan untuk meletakkan bekas Ketua bahagian Umno itu sebagaiTimbalan Presiden PKR.

Zaid Sanggup Menfitnah Untuk Menang Jawatan

Orang-orang yang sama tidak berfikir dua kali untuk mencemuh Anwar secara terbuka, menerusi FMT mahupun bloger-bloger yang menerima upah bulanan daripada Soh dan Nelson. Kenapa Soh dan Nelson berbuat demikian, malah sanggup menghabiskan wang ratusan ribu ringgit setiap bulan bagi membiayai FMT untuk meletakkan Zaid sebagai timbalan presiden PKR? Dan apabila usaha itu semakin sukar kerana sokongan untuk Zaid terhad, kenapa mereka tergamak untuk menfitnah Nurul, Wan Azizah dan Anwar? Mereka melakukannya walaupun sedar tindakan itu membabitkan keharmonian sebuah keluarga yang telah banyak melalui onak dan duri perjuangan dan masih saban hari menghadapi ujian akibat konspirasi dan fitnah Umno-Barisan Nasional. Adakah imbuhan daripada kejelekan ini terlalu besar sehingga soal kesopanan dan maruah tidak perlu diambilkira lagi oleh Zaid? Mungkin Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson mencongak bahawa memimpin PKR bererti menerajui Pakatan Rakyatdan seterusnya menawan Putrajaya. Dan, pulangannya termasuk segala kuasa yang dikaitkan dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia – cukup lumayan untuk mereka kongsi bersama. Namun persoalan asas bagi Zaid, Soh Chee Wen dan Nelson adalah patutkah matlamat menghalalkan cara – apakah perlu mengheret seisi keluarga Anwar dalam kancah fitnah semata-mata untuk menobatkan seorang individu sebagai timbalan presiden? Mungkin Zaid dapat memberi jawapan kepada persoalan ini apabila beliau mencanang ciri-ciri keikhlasan dan kepimpinan diri dalam blognya atau pun menerusi FMT!

[Mungkin ramai yang terkejut dengan artikel panas ini, namun hanya mereka yang faham dan mengetahunya sahaja yang boleh menilai semua ini. Soalnya sekarang, benarkah Datuk Zaid Ibrahim sanggup melakukan tindakan sedemikian semata-mata untuk menang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dalamPemilihan 2010 nanti?. Atau mungkin semua ini juga adalah satu konspirasi untuk mengaitkan beliau dengan kenyataan itu. Soalnya sekarang, jika benar dakwaan ini maka ternyata ia sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Oleh itu ahli PKR di seluruh negara perlu melihat perkara ini dari kontek yang lebih jelas sebelum membuat keputusan untuk memilih seseorang calon itu nanti. Apapun, semua ini hanyalah berdasarkan pandangan kami semata-mata. Mungkin ianya hanyalah satu teori semata-mata di saat kempen pemilihan 2010 yang semakin hangat kini].

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com