Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Khamis, 23 September 2010

Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk

Malaysiakini

Penyelaras Pakatan Rakyat hari ini menafikan menggelar timbalan presiden PKR Syed Husin Ali sebagai nyanyuk, seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today semalam.

Sebaliknya, menurut Zaid (kanan), perkataan yang digunakannya adalah "nyanyu", lapor portal itu dalam penjelasannya hari ini.

"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Zaid, yang bertanding jawatan nombor dua dalam PKR diselar pelbagai pihak, termasuk pesaingnya Naib Presiden Azmin Ali (kiri) ekoran kenyataan kontroversi tentang Syed Husin itu.

Semalam, versi bahasa Malaysia portal berkenan melaporkan Zaid sebagai berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu semalam.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com