Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 31 Oktober 2010

Update Jumlah Undian Timbalan Presiden

Pengundian Untuk Hari Ini

(Kemaskini)

Sebanyak 27 cabang PKR di lima buah negeri pada hari ke-3 mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti termasuk memilih pemimpin di peringkat sayap - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR.

Cabang-cabang tersebut adalah enam di Pulau Pinang, Perak (8) Pahang (7), Melaka (4) dan dua cabang di Negeri Sembilan.

Ipoh Timor: Timbalan Presiden (Azmin, 50; Zaid, 14; Mustaffa, 2)


Kuala Kangsar: Timbalan Presiden (Mustaffa, 48, Azmin, 13; Zaid, 12)


Kampar: Timbalan Presiden (Mustaffa, 22, Azmin, 21; Zaid, 16)


Beruas: Timbalan Presiden (Azmin, 173, Zaid, 14; Mustaffa, 4)


Bagan: Timbalan Presiden (Azmin, 9; Zaid, 6; Mustaffa, 4)


Batu Kawan: Timbalan Presiden (Zaid, 94; Azmin, 59; Mustaffa, 9)


Temerloh: Timbalan Presiden (Zaid, 25; Azmin, 24; Mustaffa, 0)


Rompin: Timbalan Presiden (Zaid, 55; Azmin, 19; Mustaffa, 2)


Tampin: Timbalan Presiden (Zaid, 115; Azmin, 6: Mustaffa, 2)


Ipoh Barat: Timbalan Presiden (Mustaffa, 40, Zaid, 14; Azmin, 9)


Permatang Pauh: Timbalan Presiden (Azmin, 211; Zaid, 58; Mustaffa, 11)


Tambun: Timbalan Presiden (Mustaffa, 11; Azmin, 33; Zaid, 10);


Naib Presiden (Nurul Izzah, 120; Tian Chua, 118; Gobalakrishnan, 116; Yahya, 96)


Maran: Timbalan Presiden (Zaid, 24; Azmin, 4; Mustaffa, 1)


Rembau: Timbalan Presiden (Zaid, 49; Azmin, 7; Mustaffa, 4);


Naib Presiden (Nurul Izzah, 44; Fuziah, 39; Jonson, 30; Tian Chua, 14); Ketua AMK (Badrul Hisham, 39; Shamsul, 0)


Kepala Batas: Timbalan Presiden (Zaid, 56; Azmin, 38)


Alor Gajah: Timbalan Presiden (Zaid 104; Azmin, 93; Mustaffa, 33)


Bukit Mertajam: Azmin (100), Zaid (15), Mustaffa (6)


Tangga Batu: Azmin (80), Zaid (85), Mustaffa (22)


Bukit Katil: Azmin (97), Zaid (41), Mustaffa (8)


Masjid Tanah: Azmin (16), Zaid (38), Mustaffa (8)


Paya Besar: Azmin (11), Zaid (32), Mustaffa (3)


Kuala Krau: Azmin (104), Zaid (19), Mustaffa (7)


Bentong: Azmin (99), Zaid (30), Mustaffa (1)


Tasek Gelugor: Azmin (8), Zaid (40), Mustaffa (41)


Parit: Azmin (20), Zaid (2), Mustaffa (120)


Batu Gajah: Azmin (157), Zaid (5), Mustaffa (5)

cuma cabang Bera belum tahu keputusanya

Azmin kumpul undi terbanyak semalam, Zaid masih di depan

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rancak, walaupun peratusan keluar mengundi masih rendah, dengan ketiga-tiga calon mula merapatkan jurang undi khususnya pada hari kedua semalam.

Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi persaingan sengit dilihat membabitkan Zaid dan Azmin. Keputusan tidak rasmi diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan Zaid telah mengumpulkan 1,552 undi manakala Azmin pula 1,509 dan Mustaffa 636 — jumlah undi sepanjang dua hari pertama pengundian pemilihan pusat dilangsungkan.

Ini kali pertama PKR mengadakan sistem pemilihan secara langsung membolehkan kaedah satu ahli satu undi digunakan.

Pun begitu, Azmin memperoleh undi terbanyak semalam iaitu 1,008 berbanding Zaid 974 manakala Mustaffa 572. Pada hari pertama kelmarin, Zaid menerima 577 undi, Azmin 374 dan Mustaffa 61.

Bagi kerusi naib presiden, empat calon yang memperoleh undi terbanyak pada hari pertama masih berada di depan dalam saingan membabitkan seramai 17 calon. Mereka ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi PKR Tian Chua dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

“Keempat-empat calon ini dilihat masih di depan, tetapi saya tiada jumlah undi yang tepat,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider. Sumber memberitahu, bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), daripada 30 cabang yang dikumpulkan keputusan pengundian setakat awal pagi ini, Badrul Hisham Shaharin memperoleh 459 undi manakala penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin 328 undi.

Setakat semalam 41 cabang telah mengadakan pengundian manakala 27 cabang lagi hari ini. Tiga cabang di Melaka iaitu Masjid Tanah, Alor Gajah dan Tangga Batu, dua di Negeri Sembilan (Rembau dan Tampin) dan enam di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam. Pulau Pinang dan Melaka memulakan tirai pengundian hari ini.

Sejumlah lapan cabang di Perak iaitu Tambun, Ipoh Timor, Ipoh Barat, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas, Parit dan Kampar terlibat dalam pengundian hari ini.

Sembilan cabang di Perak telah menyelesaikan pengundian mereka semalam. Pahang juga menyambung pengundian hari ini dengan cabang yang terbabit ialah Paya Besar, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera dan Rompin.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Zaid dahului Azmin, Mustaffa pengundian hari pertama

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua calon lain bagi jawatan timbalan presiden pada hari pertama pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di dua negeri hari ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menguasai enam daripada sembilan cabang yang melangsungkan pengundian di bawah sistem pemilihan langsung yang julung kali diadakan selepas parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu.

Kedua-dua Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali dipercayai berhadapan dengan saingan sengit. Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, yang juga naib presiden, berada di kedudukan ketiga.

Daripada lapan cabang yang diketahui keputusan pengiraan undi, yang berakhir sekitar 10 malam tadi, Zaid memperoleh 573 undi berbanding 311 undi buat Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Daripada lima cabang di Kedah, Zaid memperoleh 282 undi manakala Azmin pula 238 undi.

Sementara itu bagi jawatan naib presiden, daripada 17 calon yang bertanding Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh, Pengarah Strategi Tian Chua, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan mendahului calon-calon lain.

“Ada beberapa calon yang memperoleh undi yang rapat jumlah mereka,” kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider malam ini.

Sembilan cabang yang mengadakan pengundian hari ini ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Baki 59 cabang akan melangsungkan pengundian esok dan lusa, yang bakal mengubah senario dan meningkatkan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan, daripada enam cabang yang diumumkan keputusan tidak rasmi, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai “Chegubard” mendapat 109 undi berbanding penyandang jawatan Shamsul Iskandar Mohd Akin sekitar 80 undi.

Bagaimanapun Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dikatakan mendahului cabaran jawatan itu.

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengekalkan kedudukannya tanpa cabaran.

Dalam pada itu, laporan Bernama yang memetik Timbalan Pengerusi PKR Kedah Wan Salleh Wan Isa berkata, bagi cabang Langkawi, untuk jawatan timbalan presiden, Azmin mendapat 116 undi manakala Zaid 74 undi Mustaffa tiga undi, dengan undi rosak 13.

Bagi Naib Presiden, Fuziah di tempat teratas mendapat 129 undi, Tian Chua (104), Mansor (73), Nurul Izzah (66) dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan (44).

“Daripada jumlah 17 itu, dua calon mendapat kurang daripada 10 undi manakala enam kosong (tidak mendapat undi langsung),” katanya.

Katanya beliau masih menunggu keputusan untuk empat lagi cabang.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Azmin ketinggalan dalam undian Timbalan Presiden

Daripada sembilan cabang PKR yang mula mengadakan pemilihan jawatan untuk jawatan tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim kini mendahului di depan dengan 263 undi untuk jawatan timbalan presiden.

Beliau diekori dua lagi pencabar Azmin Ali dengan 116 undi dan Mustaffa Kamil Ayub dengan 32 undi.

Lima cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan memulakan pemilihannya hari ini.

Berbeza dengan pencalonan, kemenangan calon dikira berdasarkan jumlah undi yang terkumpul dan tidak dikira berdasarkan kemenangan di cabang.

Berikut keputusan yang diperoleh setakat ini:

Rantau Panjang
Timbalan Presiden: Azmin Ali (69), Zaid Ibrahim (2), Mustaffa Kamil Ayub (0)
Naib Presiden: Fuziah Salleh (68), Mansor Othman (68), Tian Chua (63), R Sivarasa (61)

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin (30), Animah Ferrar 0, Suraya Sudin (0)
Timbalan ketua wanita: Rodziah Ismail (30), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (26), Haniza Talha (26), Noor Sham Abu samah (25)

(Seramai 72 daripada 281 anggota hadir mengundi)

Kota Bharu
Timbalan: Zaid Ibrahim (174), Azmin Ali (11), Mustaffa Kamil Ayub (25)

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar (147), N Gobalakrishnan (88), Baru Bian (74),
Jonson Chong (60)

(Seramai 206 daripada 1,935 anggota hadir mengundi)

Pengkalan Chepa
Timbalan presiden: Azmin Ali (14), Zaid Ibrahim (8), Mustaffa Kamil Ayub (1).

(Hanya 23 daripada lebih 300 yang layak, hadir membuang undi)

Rantau Panjang
Ketua AMK: Shamsul Iskandar Md Akin (14), Badrul Hisham Shaharin (0)
Timbalan: Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (14), Chang Lih Kang (0)
Naib: Azmizam Zaman Huri (14), Erveana Ansari Ali (13), V Sivam (13), Abdul Yunus Jamahri (1)

Alor Setar
Timbalan: Zaid Ibrahim (59), Azmin Ali (20), Mustaffa Kamil Ayub (5)

Pokok Sena
Timbalan: Zaid Ibrahim (20), Azmin Ali (2), Mustaffa Kamil Ayub (1)

Naib: Tian Chua (20), Sivarasa (17), Nurul Izzah Anwar (15), Mansor Othman (10), N Gobalakhrisnan (9), Fuziah Salleh (5), Suresh Kumar (3), Baru Bian (1), Xavier Jayakumar (1)

Ketua AMK: Badrul Hisham Shaharin (3), Shamsul Iskandar (0)
Timbalan: Chang Lih Kang (2), Kharul Anuar Ahmad Zainuddin (1)
Naib: Azmizam Zaman Huri (3 undi), S Kesavan (2) dan Lee Khai Loon (2 undi).

Ketua Wanita: Animah Ferrar (1), Suraya Sudin (2), Zuraida Kamarudin (0)
Timbalan: Rodziah Ismail (3), Asmah Abd Kadir (0)
Naib: Gan Pei Nei (3), Haniza Talha (3) dan Salma Ismail (2).

(Hanya 24 daripada 314 yang layak, membuang undi)

Rabu, 27 Oktober 2010

Hub hiburan: NGO Islam ucap 'tahniah', tunggu p'raya




Seperti dijangkakan, tindakan kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam mula mendapat tentangan kumpulan NGO Islam.

Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), tindakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu 'disambut' mereka secara amat sinis.

"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (kiri) sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan kelmarin, pentadbiran Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Lebih mengejutkan, EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Dr Ma'amor - pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya.

"Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.

Ditanya berhubung tindakan susulan PPIM bagi menyatakan menangani rancangan itu, Ma'mor berkata:

"Kita tak pergilah (ke kelab malam). Boikot pun tak guna. Tak ada ahli kita yang pergi ke kelab malam. Tunggu pilihan rayalah nanti."

PPIM antara NGO pengguna Islam yang diingati kerana kempen boikot produk barangan tertentu seperti barangan keluaraan Yahudi dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Azmin dan Saifuddin bidas Zaid, jangan bawa propaganda Umno

Azmin menuduh bahawa Zaid bercakap menggunakan bahasa Umno. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Calon timbalan presiden Azmin Ali mendakwa pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim mengamalkan pendekatan propaganda Umno ekoran kenyataan beliau kelmarin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bergerak atas isu tunggal — Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nak bertanya Zaid, mengapa beliau bercakap menggunakan bahasa Umno?” kata Azmin kepada The Malaysian Insider mengulas tulisan Zaid dalam blognya kelmarin.

“Ini adalah kedudukan yang diambil Umno sejak hari pertama (Anwar dipecat pada) 1998, mengatakan bahawa Keadilan adalah parti yang hanya berpusatkan (kepentingan) Anwar,” kata beliau yang memperoleh pencalonan tertinggi pada pemilihan PKR kali ini.

Dalam tulisan terbarunya, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, PKR perlu diacuankan untuk menjadi sebuah “kekuatan politik yang tulen, sebagai sebuah kekuatan yang boleh dijadikan sandaran rakyat dan rakan-rakan dalam pakatan dalam usaha membentuk masa depan yang lebih baik.”

Oleh itu kata beliau, pemilihan ini — yang julung kali berlandaskan sistem pemilihan langsung — adalah penentu masa depan parti dan negara.

“Kita perlu terlebih dahulu memperbaiki diri kita sebelum kita boleh memikirkan soal memperbaiki negara.

“Kita perlu meletakkan diri sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat, menjadi pentas yang kukuh bagi orang ramai dan mengemudi Pakatan bagi memenangi PRU-13 nanti.

“Kewujudan kita harus menguntungkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukannya hambatan. Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita,” kata beliau.

Zaid menambah, rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang.

“Kita tidak patut menurunkan darjat parti ini menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hanya satu isu. Hal ini tidak adil bagi mereka yang ingin kita wakili.

“Kita bukan sahaja sebuah parti ‘reformasi’, sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut refromasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri,” kata bekas pemimpin Umno ini yang menyertai PKR pertengahan tahun lalu.

Azmin, yang juga Naib Presiden PKR menekankan bahawa partinya tidak pernah berpusatkan isu Anwar meskipun ia berjuang memastikan perbicaraan yang adil bagi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 12 tahun ini.

“Keadilan tidak pernah bertindak sebagai parti berpusatkan Anwar. Pandangan bahawa Keadilan adalah parti berpusatkan Anwar adalah propaganda Umno,” kata Azmin.

“Ya, kami berjuang untuk keadilan bagi Datuk Seri Anwar pada 1998, 1999, tetapi sudah pasti PKR bukan merupakan parti berpusatkan Anwar kerana kami juga bercakap mengenai agenda reformasi,” katanya.

Saifuddin turut berbeza dengan pandangan Zaid.
Azmin menekankan bahawa pemimpin-pemimpin parti tidak harus mengulangi fitnah satu dekad Umno terhadap PKR.

“Pemimpin-pemimpin parti tidak harus membuat kenyataan yang dibawa oleh umno sejak 10, 12 tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Gombak ini.

“Sebagai pemimpin kanan parti, kami tidak akan jatuh dalam perangkap Umno.

“Menjadi keyakinan saya dan keyakinan ahli-ahli parti bahawa ini adalah parti reformasi,” tambah beliau.

Azmin berkata, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat oleh kerajaan negeri Selangor dan pendiriannya partinya mempertahankan hak peneroka Felda adalah bukti PKR memperjuangkan prinsip demokrasi, yang sudah pasti berbeza daripada isu Anwar.

“Kami memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat. Ia tiada kaitan dengan Anwar,” katanya.

Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden ialah Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memperlihatkan nada yang seiring dengan pendirian Azmin sambil menekankan, kenyataan-kenyataan Zaid menggambarkan pemikiran tipikal yang dibawa Umno selama ini.

“Ini fikiran tipikal Umno sejak 12 tahun lalu. Untuk mengatakan PKR hanya berjuang demi kepentingan Anwar (seorang), ia sebahagian daripada usaha mereka cuba membuatkan orang ramai percaya perkara ini,” kata Saifuddin.

Ahli Parlimen Machang ini memberitahu, partinya berdiri teguh bersama Anwar sebab pendirian beliau memperjuangkan keadilan adalah simbolik membawa matlamat yang lebih besar.

“Saya tidak bersetuju dengan Zaid. PKR mempertahankan Anwar kerana layanan tidak adil yang beliau lalui 12 tahun lalu... ketidakadilan di mana beliau dipenjarakan, beliau dipukul, dan bagaimana beliau melalui perbicaraan... kesemua ini adalah gambaran kemusnahan institusi-institusi negara,” katanya lagi.

“Kami berjuang bagi Anwar sebagaimana kami berjuang untuk Teoh Beng Hock, Kugan dan Aminulrasyid Amzah,” kata Saifuddin.

Justeru kata beliau, keputusan pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan BN dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen adalah bukti rakyat percaya pada perjuangan PKR.

“Rakyat mengundi PKR, Pakatan kerana mereka tidak percaya cara BN menguruskan negara. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan yang PKR hanya berjuang untuk Anwar,” kata beliau lagi.


TMI

Ahad, 17 Oktober 2010

Pemilihan PKR: "Azmin Ali untuk semua"

12 tahun sejak gerakan Reformasi, Azmin Ali disifatkan tidak lebih sebagai pengikut setia bosnya, Anwar Ibrahim. Azmin bukan Ezam yang hebat berpidato sehingga membakar emosi orang muda; Azmin tidak terserlah seperti Tian Chua apabila turun ke jalan raya; Azmin tidak memiliki otak Khalid Jaafar yang sarat dengan falsafah; malah Azmin gagal menandingi kepakaran Khalid Ibrahim dalam dunia korporat.

12 tahun Azmin Ali berada dalam gerakan Reformasi, tetapi kemungkinan Azmin Ali untuk berpaling tadah tidak pernah mencecah ke paras sifar. Persepsi terhadap Azmin Ali di media sentiasa negatif - beliau dituduh cuba merampas kedudukan Timbalan Presiden daripada Syed Husin Ali; beliau disyaki berkomplot untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor; beliau dituduh menghina kaum India; beliau dikatakan tidak disenangi anggota PKR Sabah dan Sarawak...

Calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali cuba menjawab segala-gala ini dalam Majlis Pidato Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto "Reformasi Menuju Putrajaya" pada 16 Oktober 2010. Majlis dimulakan dengan persembahan seni, disusuli dengan ucapan pemimpin dalam partinya.

Antara pemimpin yang berucap termasuklah rakan sekerjanya sejak zaman Anwar Ibrahim menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, iaitu Khalid Jaafar dan Mansor Othman. Wakil ketiga-tiga sayap parti, Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita dan Srikandi turut tampil berucap. Wakil dari Sabah, kemudian S. Manikavasagam dan Xavier Jayakumar, Hee Loy Sian (yang mewakili Tian Chua) tampil berucap menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali.

Kehadiran kira-kira 1,500 orang penyokong memenuhi Dewan Auditorium yang bertingkat dua. Azmin Ali memasuki medan pertarungan jawatan Timbalan Presiden, dalam laungan "Reformasi" dan tepukan gemuruh - untuk berdepan dengan Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub.

Penghargaan terhadap Syed Husin Ali

Berbeza daripada Zaid Ibrahim, yang mencungkil ketidakselesaan sesetengah anggota parti yang menyanjungi Syed Husin Ali dengan tuduhan "nyanyuk" atau "nyanyu"-nya, Azmin Ali dengan tangkas merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya, malah menggelar Timbalan Presiden PKR ini sebagai "seorang negarawan ulung yang komited dan istiqamah dalam perjuangan".

Bukan itu sahaja, malah adik Syed Husin Ali, Syed Hamid yang bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat, disebut namanya oleh Azmin Ali. Sasarannya jelas, sama ada untuk meraih sokongan daripada bekas ahli Parti Rakyat Malaysia, mahupun anggota di negeri Johor.

Bukan begitu sahaja, Manikavasagam tampil untuk menjamin sokongan daripada kaum India. Beliau menyebut nama N.Gobalakrishnan dalam ucapan bahasa Tamilnya, dipercayai cuba membersihkan tuduhan terhadap Azmin Ali, yang dikatakan pernah menghina N.Gobalakrishnan dengan panggilan "pariah". Begitu juga, wakil dari Sabah yang tampil untuk memuji Azmin Ali atas sumbangan beliau dalam usaha mempertingkatkan bilangan anggota di Sabah, memperkembangkan aktiviti parti dan mempertahankan prinsip "satu lawan satu" di Sabah.

Manifesto Azmin Ali

Malah, Azmin sendiri cuba menampilkan imejnya yang selari dengan prinsip perjuangan PKR dalam manifestonya yang bertemakan "Reformasi menuju Putrajaya". Beliau yang tidak berpuas hati kerana dituduh sebagai "ultra-Malay", semata-mata kerana pesaingnya Zaid Ibrahim mempunyai imej yang lebih "terbuka" dalam isu perkauman, menekankan bahawa dirinya pernah mempertahankan pendirian bahawa "KeADILan bukanlah sebuah parti Melayu".

Azmin (gambar kiri) mengulangi pendiriannya untuk berperang terhadap PERKASA habis-habisan, tidak akan meminta maaf kepada Mahathir Mohamad, sebagai tekadnya untuk menolak politik perkauman. Malah, dalam teks pidatonya, beliau memetik ayat hikmah daripada tokoh tamadun Islam, India, China malah Martin Luther King (pejuang hak kaum kulit hitam di Amerika Syarikat) - untuk menjulang nilai sejagat kemanusiaan.

Azmin tidak lupa "Agenda Borneo"-nya, yang menuntut agar kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak dikembalikan mengikut Watikah Permasyhuran Malaysia yang ditandatangani pada 16 September 1963.

Menyedari persepsi umum bahawa Zaid Ibrahim lebih disenangi parti komponan Pakatan Rakyat, Azmin Ali turut menyentuh bentuk kerjasama yang berdasarkan kedudukan kesamarataan antara parti di dalam Pakatan Rakyat, sambil mengakui hakikat dan realiti bahawa PKR tidak mampu mentadbir negara tanpa kerjasama rakan parti.

3 M

Sering kali teori 3 M (Machinery, Money and Media) digunakan untuk menjelaskan kemenangan Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Khalid Jaafar ketika merungkai manifesto Azmin Ali, juga menyimpulkannya sebagai 3 M, iaitu menggilap idealisme, memupuk kesetiaan kepada parti dan memperkasa organisasi.

Khalid Jaafar memberi penilaian yang tinggi terhadap tekad Azmin Ali (gambar kanan) untuk "membina PKR yang bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah parti politik yang hanya mahu memenangi pilihan raya, namun menjadi wahana pendidikan serta pencerahan politik di negara ini".

Nilai kebebasan dan demokrasi turut dibicarakan dalam ucapan pemimpin, yang dipercayai untuk menyangkal hujah yang diketengahkan Zaid Ibrahim sebelum ini. Ketika membincangkan kebebasan, sama ada Khalid Jaafar mahupun Azmin Ali, akan menjurus kepada kebebasan yang akan "memperkukuhkan parti".

Azmin Ali cuba menonjolkan kelebihan dirinya. Antaranya, calon Ketua Wanita Zuraidah Kamaruddin menegaskan "kesetiaan", yang dikatakan nilai yang paling penting. Disiplin, "diuji dan teruji" - menjadi frasa yang paling kerap disebut, untuk menonjolkan Azmin Ali sebagai pemimpin yang sudah 12 tahun berada dalam PKR - kelebihan yang tidak dimiliki Zaid Ibrahim.

Manusia Organisasi

Ciri-ciri kelebihan Azmin Ali dihuraikan oleh rakan sekerjanya, Khalid Jaafar dan Mansor Othman. Khalid Jaafar menggelar Azmin sebagai "manusia dan insan organisasi", mengingatkan bahawa sesungguhnya PKR mempunyai gagasan yang mendahului zaman, namun perjuangan ini hanya berjaya apabila mempunyai organisasi yang "sakti".

Dari kaca mata Khalid Jaafar, Azmin Ali merupakan seorang jeneral, jikalau dibaca dalam konteks peperangan, malah seorang strategis yang mempunyai kecekapan dan kelinchan seperti Zhu Ge Liang (dalam Romance of Three Kingdoms).

Mansor Othman pula membacakan profile Azmin Ali, seterusnya menceritakan bagaimana terperincinya Azmin Ali dalam mengatur kerjanya. Calon Naib Presiden ini mengisahkan pengalaman dalam satu pilihan raya di Sarawak, di mana Azmin Ali begitu teliti sehingga mencatatkan waktu dan jarak dari satu tempat ke satu tempat semasa lawatannya, untuk digunakan ketika menyusun jadual lawatan Anwar Ibrahim - yang tidak mempunyai masa yang lebih untuk dibazirkan.

Azmin Ali telah cuba sedaya-upaya untuk menampilkan yang terbaik daripada dirinya - daripada gerak gerinya, ucapannya, manifestonya, malah keupayaannya untuk mengerah sokongan rakan seperjuangannya ke Majlis ini. Terpulanglah kepada anggota PKR untuk menerima atau tidak pimpinan beliau, dalam perjuangan PKR menuju ke arah Putrajaya.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Khamis, 14 Oktober 2010

Timbalan PKR: Jangan pandang rendah Nurul Izzah

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau yakin dengan kebolehan anak sulungnya, Nurul Izzah untuk menentukan sendiri sama ada untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti itu ataupun tidak.

Mengulas buat kali pertama, hasrat anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai untuk merebut jawatan nombor dua PKR, Anwar berkata adalah tidak bijak bagi tersilap anggap, kerana Nurul Izzah mampu mengenali siapa mereka “penyokong sebenarnya”.

"Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Azmin: Saya tak manipulasi pemilihan untuk menang

October 14, 2010
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Calon jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama “puaknya” memanipulasikan proses pemilihan agar memihak kepada mereka.

“Kesemua masalah dalam parti, saya dipersalahkan. Saya bukan ahli jawatankuasa pemilihan pusat, jadi anda kena rujuk perkara ini kepada mereka,” kata beliau (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

“Bagaimana saya boleh memanipulasikan keputusan pemilihan? Saya bertanya anda... bagaimana saya memanipulasikan undi?

“Ini adalah pemilihan langsung, sistem baru dalam parti.

“Setiap ahli ada satu undi, jadi mereka perlu datang untuk mengundi. Saya tidak boleh memanipulasikan undi,” kata beliau dalam nada jengkel apabila wartawan terus mengajukan soalan berkaitan dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR N. Gobalakrishnan juga di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika proses pengiraan undi, pegawai-pegawai pemilihan parti akan turut hadir dan memang mustahil baginya memanipulasikan undi.

“Dan, cabang-cabang pula akan mengemukakan laporan mereka kepada ibu pejabat. Jadi, saya tidak berada dalam kedudukan untuk memanipulasikan undi,” katanya lagi.

Azmin juga menegaskan bahawa parti telah menghantar notis kepada semua cabang supaya mengemukakan senarai pencalonan mereka kepada jawatankuasa pemilihan sebelum 10 Oktober.

“Sebagai ketua cabang, saya juga menerima notis daripada sekretariat mengingatkan bahawa setiap cabang perlu mengemukakan laporan bertulis mereka sebelum 10 Oktober.

“Jadi, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, anda kena memastikan bahawa kesemua laporan diserahkan. Ia proses yang mudah dan kena menghormatinya. Jangan berkata, kerana masalah itu pun saya juga dipersalahkan.

“Tidakkah anda bersimpati dengan saya... saya dipersalahkan kerana semua masalah,” katanya lagi.

Rabu, 13 Oktober 2010

Drama Pemilihan 2010: TS Khalid Bertanding, Zaid Ibrahim Berundur?



Sumber: Oldtown Simpang Ampat, Rembau

Desas-desus kuat bertiup membawa perkhabaran bhwa TS Khalid Ibrahim akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR kali ini telah terjawab akhirnya!! Zaid Ibrahim pula sedia untuk berundur. (klik disini)

Penulis akui, tindakan Zaid Ibrahim sedia untuk berundur dan memberi laluan pada TS Khalid bertanding dilihat sebagai langkah yang 'very gentleman'. Walaubagaimanapun, tindakannya ini juga turut mencalar kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yang dicanang sebagai seorang yang berprinsip dan reform. Penulis rasa, khidmat kepimpinan Zaid Ibrahim ini perlu juga, kerana setiap pemimpin amat diperlukan untuk berkhidmat pada parti, dan negara,bagi memcapai matlamat PR secara bersama.

Penulis membuat spekulasi,hanya 3 langkah kemungkinan Zaid Ibrahim selepas ini, yang pastinya memberi kesan besar:

1. Bertanding Naib Presiden, yang pastinya menganggu gugat undi dan sokongan buat calon sedia ada, Shamsul Iskandar dan Fuziah Salleh.

2. Bertanding Presiden Parti, bagi membuktikan beliau adalah lebih layak dari pencabar utamanya, Azmin Ali.

3. Menarik diri dari bertanding. Namun langkah ini dilihat amat berbahaya kerana setelah pelbagai janji ditabur sewaktu penamaan, apabila Zaid Ibrahim menarik diri, semua cabang yang mencalonkannya dan penyokongnya pastinya hampa, malah mungkin membencinya selepas ini. Andai ini langkah yang dipilih, maka Zaid Ibrahim seolah menggali lubang kubur karier politiknya sendiri!!

Ada rasionalnya juga tindakan Zaid ini. Penulis melihat, andai Zaid Ibrahim mahu meneruskannya niat untuk bertanding pun, sokongan padanya akan dilihat amat sukar untuk dicapai, kerana, calon lain iaitu Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan TS Khalid sendiri pastiya akan sedia berpakat untuk menentangnya yang jelas adalah "orang baru" dalam parti, jika mahu dibandingkan dengan calon-calon lain. Kesetiaan pencabar-pencabarnya ini pada parti tentunya membuatkan mereka tidak rela membiarkan parti ini dipimpin oleh pemimpin baru sepertinya. Ini lah realistiknya tindakan Zaid.


Pada Zaid, kini masanya untuk menjawab kenyataan dan bukti-bukti berikut, anadi mahu terus 'hidup' bersama PKR:

1. Kenyataan yang mengaitkannya dengan sponsorship dari Daim dan Umno, untuknya bertanding pada Pemilihan kali ini.

2. Harta yang bernilai berbillion ringgit, yang didakwa dikumpul secara haram sewaktu beliau bersama UMNO dahulu.

3. Pakatannya bersama Jeffry Kitingan, Soh Chee Wen, atau Salehuddin Hashi yang dilihat sebagai langkah awal untuk menghancurkan Parti, kerana jelas ketahui, mereka ini (termasuk Zaid Ibrahim sendiri) tiada rekod perjuangan yang benar-benar meyakinkan, dan ini amat membimbangkan untuk membiarkan golongan seperti ini menerajui Parti.

Benar, Pemilihan kali ini adalah yang kali pertama secara pemilihan terbuka "1 Ahli 1 Undi". namun, adakah semua yang dipilih benar-benar layak untuk menerajui Parti? Pemimpin yang berpengalaman, bijak, berkepimpinan dan berkarisma adalah penting bagi menbawa hala tuju PKR bagi menghadapi cabaran politik yang mendatang. Usah lah semua mahu merebut jawatan. Di antara kita, memang layak menjadi pemimpin, ada sesetengah yang berkebolehan menjadi pekerja. rendah hati dan sedarlah kemampuan masing-masing.

Pandangan penulis, merujuk sehingga senario Pemilihan baru-baru ini, sama ada TS Khalid atau Azmin Ali, kedua-duanya cukup layak..jangan pula dibawa isu lama untuk melagakan TS Khalid dan Azmin Ali sudah lah..

Sumber di sini

Selasa, 12 Oktober 2010

YB NURUL IZZAH BAKAL PM WANITA PERTAMA ?


Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK juga apabila membaca tulisan teman yang popular dengan `kopitiam' nya di sini. Satu tulisan ringkas, tetapi penuh dengan pengertiannya yang tersendiri. Satu nasihat terbaik kepada tokoh muda di kalangan wanita muda juga iaitu YB Nurul Izzah. Nama beliau tidak asing lagi kepada kita semenjak era reformasi sehinggakan beliau di`tabal'kan sebagai `Puteri Reformasi'.

`Ke mana tidak tumpah kuah, jika bukan ke nasi'. Itulah dia YB Nurul Izzah, seorang insan yang gigih yang telah diuji dengan seberat ujian sejak di alam remaja lagi. Beliau cekal menghadapi ujian dan mehnah, menghadapi tuduhan serta fitnah yang tidak masuk akal terhadap ayahandanya DS Anwar Ibrahim. YB Nurul Izzah tidak pernah berputus asa, sebaliknya sentiasa bersama bonda tersayang DS Wan Azizah untuk sama-sama mengharungi segala dugaan terhadap keluarganya.

Peringkat awalnya, tiada siapa boleh menjangkakan Puteri Sulung DS Anwar dan DS Wan Azizah ini akan berani menceburkan diri sepenuh masa di dalam politik, apatah lagi setelah melihat orang politik seperti ayahandanya sentiasa terbuka untuk diserang, difitnah sehinggakan ke tahap dipukul dan dipenjarakan. Kekuatan jiwa yang ada pada YB Nurul Izzah tidak lain adalah kerana darah yang mengalir ditubuhnya sekarang adalah dari darah perjuangan ayahandanya.

Kini, YB Nurul Izzah benar-benar berada di landasan yang betul. Beliau telah diberi kepercayaan untuk bersama ayahandanya bagi membela nasib rakyat dan menegakkan keadilan selaku Ahli Parlimen. Saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tidak mustahil di suatu ketika, YB Nurul Izzah bakal diberi kepercayaan untuk menjadi PM Wanita Pertama di negara ini. Kebijaksanaan, keberanian serta ketokohan beliau sebagai pemimpin terserlah sedikit demi sedikit.

Justeru itu, tidak menghairankan apabila terdapat beberapa Cabang PKR telah mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden PKR, malahan beliau juga mendapat pencalonan untuk Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Seperti yang dinyatakan oleh penulis blog tadi, cuma masanya belum sesuai dan kurang bijak sekiranya YB Nurul Izzah menyertai pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Umpama sebiji buah yang tersangat baik kualitinya, tanpa sebarang penyakit yang sedang dibalut tetapi belum cukup ranum untuk dimakan.

Meskipun Dato Zaid Ibrahim seorang tokoh politik yang berpengalaman menunjukkan minat yang tinggi untuk melihat YB Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua tersebut, ini bukan bererti YB Nurul Izzah boleh terus menerimanya. Saya tidak tahu mengapa dan apa tujuan Dato Zaid begitu ingin melihat YB Nurul Izzah `melompat' sebegitu jauh. Mungkinkah Dato Zaid ingin mencuba nasib bertanding sebagai Presiden dan mengharapkan pengaruh atau sokongan dari YB Nurul Izzah? Wallahu Aklam.

Amat dibimbangi sekiranya YB Nurul Izzah `terpedaya' dengan `umpan' sedemikian. Belum tentu YB Nurul Izzah boleh mencapai kemenangan, tetapi mungkin ada pihak lain yang ingin `memperkuda'kannya untuk kepentingan diri sendiri. YB Nurul Izzah tidak perlu `melangkah kepala' orang lain jika ingin ke depan. Beliau patut bersyukur dengan apa yang beliau ada sekarang dan tidak perlu gelojoh dan rakus seperti orang yang menyuruhnya bertanding itu. Memadai terlebih dahulu beliau mencuba di peringkat Naib Presiden, walaupun beliau akan menghadapi laluan yang agak sukar juga kerana ketokohan YB Fuziah Salleh tidak juga boleh dipandang ringan.

PKR juga sering dicop sebagai parti keluarga DS Anwar. Adakah YB Nurul Izzah ingin membuktikan apa yang mereka kata itu benar? Kehadiran YB Azmin dan Sdr Mustafa Kamil Ayub sudah memadai untuk membuktikan bahawa PKR bukan dimonopoli oleh `dinasti Anwar'. Tidak tahulah jika Dato Zaid memikirkan agenda lain di mana beliau akan menjadi Presiden PKR, dan YB Nurul Izzah akan menjadi Timbalannya. Ketika itu tidak timbul lagi cerita `Dinasti Anwar' di dalam PKR. Itu satu kemungkinan yang mungkin ada di dalam kepala Dato Zaid.

Di kesempatan ini, secara peribadi saya juga ingin menasihatkan kepada YB Nurul Izzah agar bersabar sedikit masa lagi untuk berada di saf hadapan. Jangan beliau terlalu gelojoh sehinggakan akhirnya beliau sendiri akan tersungkur di medan yang sepatutnya bukan tempat beliau. PKR masih mempunyai beberapa `Pendekar' yang handal dan berpengalaman untuk berada di medan segetir itu. Awasilah, dan berhatilah dengan `sokongan yang membawa rebah'./wfauzdin.blogspot.com

Nurul Izzah tak layak tanding timbalan presiden

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan daripada bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah.

"Perkara ini kami berikan perhatian istimewa. Saya pun tidak tahu bagaimana beliau dikatakan mendapat tiga atau empat pencalonan.

"Pihak kami semak dengan Nurul Izzah (kanan) sendiri, beliau pun tidak tahu," katan Raden Shamsulkamar.

PKR menetapkan setiap calon yang mahu bertanding mesti mendapat sekurang-kurang dua pencalonan minumum.

Keputusan itu dinanti-nanti kerana Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim pada 7 Oktober lalu mengumumkan beliau sanggup mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu jika Nurul Izzah Anwar turut menyertainya.

Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah kerana anak sulung Anwar itu "satu nafas baru" dalam PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar berkata, pasukan pentadbir pemilihan juga membuat panggilan spesifik ke cabang-cabang tertentu yang gagal menghantar pencalonannya pada masa yang ditetapkan.

Beliau mengesahkah tujuh orang layak bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Mereka adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail, dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.

Raden Shamsulkamar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima tokoh-tokoh terbabit kepada pihak media.

Bagaimanapun, daripada rekod Malaysiakini (tidak rasmi), Azmin terus mendahului jauh di depan dengan pencalonan sebanyak 102.

Sementara itu, bagi pencalonan untuk jawatan naib presiden pula, difahamkan Nurul Izzah berjaya mendapat lebih daripada 30 pencalonan cabang.

SU Agung: Pemilihan tak hancurkan PKR, sudah lepasi ujian besar


October 12, 2010
Saifuddin menunjukkan fail panduan pemilihan yang disediakan untuk menganjurkan pemilihan cabang dan pusat PKR. — Gambar oleh Choo Choy May

PETALING JAYA, 12 Okt — Persaingan ekoran pemilihan kaedah langsung julung kali diguna pakai termasuk pertarungan jawatan timbalan presiden tidak akan membawa kepada perpecahan ataupun sama sekali tidak akan menghancurkan PKR, kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.

“Apakah melahirkan sokongan akan membawa perpecahan dalam parti, saya tidak fikir begitu,” kata beliau pada satu pertemuan di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau yang dilantik sebagai ketua pentadbir Februari lalu berkata, beliau percaya bahawa sebuah parti yang matang harus boleh menguruskan perbezaan pendapat dengan baik dan ia berlaku dalam PKR dari semasa ke semasa.

Kata Saifuddin, perbezaan pendapat paling besar berlaku dalam sejarah PKR adalah ketika merundingkan idea penggabungan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang membawa kepada PKR.

“Tak ramai orang yang ingat proses percantuman itu memerlukan diadakan tiga kongres khas. Mula-mula di Kelana Jaya, usul bercantum Keadilan dan PRM, tewas dengan 11 undi.

“Maka tak jadilah bercantum,” kata beliau sambil memberitahu, ia telah dibawa ke kongres khas di Kemaman dan Sungai Petani.

Sambil menegaskan pandangan bahawa PKR akan hancur bukan baru pertama kali didengar, kata beliau, ia terus dibangkitkan oleh musuh mereka khususnya Umno dan rakan-rakan mereka sepanjang sedekad lalu.

“Saya masih ingat editorial sebuah akhbar perdana bahawa Keadilan (PKR) ini hancur bersepai dah, sebab kumpulan yang pro-Abim sudah meninggalkan parti, berdondong-dondong, ayat yang digunakan.. dan satu lagi, perpecahan yang tiada perekat, yang boleh mendekatkan (semula). Keadilan dianggap sebagai sesuatu yang palsu,” katanya.

Pun begitu, Saifuddin yang mengetuai proses pemilihan keempat bagi PKR sejak ia ditubuhkan menjelaskan, kemudian PKR terbukti muncul sebuah parti pelbagai kaum yang “gagah selepas episod itu.”

“Kalau percantuman dua parti yang berbeza budaya, berbeza pendekatan, berbeza sasaran kumpulan masyarakatnya boleh dicantumkan dan hari ini boleh bergerak sebagai satu kekuatan, apa sangatlah pemilihan parti.

“Kalau kita boleh melepasi ujian itu dengan jayanya, saya optimis perbezaan, sokongan yang ada sekarang boleh saja didekatkan kembali,” kata beliau.

PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah.

Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.

Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang menggariskan ukuran tertentu yang boleh menentukan sama ada hancur atau tidak sesebuah parti pilitik.

“Nak tengok hancur atau tidak parti, mesti ada beberapa petunjuk... (antaranya) berapa banyak kerusi Parlimen dan DUN dimenangi?” katanya.

Pada pilihan raya umum 1999 PKR menang lima kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN.

“Kemudian cantum dengan PRM, dan kita tinggal satu kerusi (pada 2004), maka ramai mengatakan bahawa parti ini sudah hancur.

“Kemudian pada 2008, kami memenangi 31 kerusi Parlimen dan DUN 43, ada kerajaan negeri kita kuasai dan ada negeri yang kami menyumbang kepada kerajaan PR, membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Kedah dan untuk tempoh singkat di Perak.

“Kami juga menerima 1.5 juta undi (populariti) dengan bertanding di 68 kerusi (pada 8 Mac 2008). PAS dapat 1.1 juta manakala DAP pula 1 juta undi,” katanya lagi.

Oleh itu Saifuddin berkata, antara pemimpin yang mengasaskan penubuhan PKR 12 tahun lalu berkata, beliau tidak fikir situasi yang digembar-gemburkan seolah-olah PKR sudah hancur atau sedang menuju saat kehancuran hanya kerana persaingan timbalan presiden dilihat begitu tegang.

“Tiada suasana lebih tegang berbanding ketika episod hendak mencantumkan kedua-dua parti. Itu optimis saya berdasarkan fakta-fakta itu,” katanya lagi.

Sementara ramai yang beranggapan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengekalkan jawatan presidennya, tiga orang telah mengesahkan akan bertanding kerusi nombor iaitu dua naib presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menawarkan diri tetapi belum ada pengesahan rasmi setakat ini.

Kesemua mereka yang dicalonkan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing sebelum 16 Oktober ini.

Daripada 145 bahagian atau cabang, mengikut istilah perlembagaan PKR yang mengadakan pemilihan, sembilan cabang bermasalah yang bersamaan dengan 6.2 peratus.

Saifuddin menegaskan PKR sudah melalui ujian lebih mencabar ketika merundingkan penggabungan Keadilan dan PRM. — Gambar oleh Choo Choy May
Serangan Umno-BN

Mengenai serangan musuh PKR khususnya Umno dan BN, Saifuddin juga mengkui Umno dan BN sedang memberikan tumpuan yang luar biasa.

“Dan, diterjemahkan dalam bentuk serangan dan juga pandangan negatif terhadap proses pemilihan PKR kali, saya percaya dengan satu niat iaitu memberikan gambaran bahawa PKR tidak ada kemampuan dan keupayaan untuk menjalankan proses pemilihan parti secara satu anggota, satu undi seperti yang kita laksanakan,” katanya.

Beliau menambah serangan seumpama itu bertujuan supaya rakyat khususnya akan berpaling sokongan yang mereka berikan kepada PKR jika menggambarkan komponen PR ini tidak punyai keupayaan menjalankan pemilihan parti dengan cekap.

“Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana mesyuarat agung tahunan cabang, pemilihan cabang yang berakhir 3 Oktober, walaupun ada kekurangan di sana, di sini, pengalaman pertama PKR dan sistem baru ini akan memberi satu lonjakan semangat dan juga kekuatan baru kepada parti.

“Oleh itu, niat dan tujuan pemimpin Umno-BN untuk menidakkan keupayaan parti, saya percaya akan berkubur begitu sahaja,” katanya.

Saifuddin seterusnya berkata, beliau menilai pandangannya itu berasaskan kepada respons dalam bentuk surat, emel, SMS, panggilan langsung yang diterimanya setakat ini.

“Kalau yang terima itu daripada anggota, saya anggap itu sebagai pujian biasa, tetapi kalau yang memberi maklum balas itu adalah kalangan mereka yang di luar parti, saya anggap ini kejayaan PKR untuk ‘reach-out’ kepada segmen masyarakat yang sebelum ini pasif terhasap isu-isu politik dan pilihan raya,” katanya.

Katanya, antara kesannya ialah mereka memandang tinggi terhadap kesungguhan PKR meneruskan pemilihan parti ini disebut-sebutkan oleh perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh berlangsung bila-bila masa sahaja.

“Kita sanggup berdepan dengan walau apa jua kesan dan akibatnya,” katanya lagi.

“Dan, hari ini terbukti bahawa kekecohan yang berlaku adalah pada tahap yang sangat kecil, tahap minimum.

“Ini memerlukan lagi proses pembelajaran dalam PKR. Itu maklum balas-maklum balas yang paling berharga. Kalau tak berlangsung sistem pemilihan langsung ini, ada elemen dan aspek disiplin, kesedaran terhadap perjuangan parti itu diperkukuhkan,” katanya.

Saifuddin juga menjustifikasikan persekitaran itu dengan berkata, segmen keanggotaan parti itu yang pelbagai, terdiri daripada kelompok intelektual, kelas menengah, sampai ke peringkat masyarakat bawahan, golongan pekerja dan sebagainya.

“Sudah tentulah tahap pemahaman terhadap perjuangan parti akan berbeza,” kata beliau menjawab soalan sama ada benar masalah kekecohan wujud kerana tiada idealisme parti.

“Kenapa Umno tumpu? Lebih kepada mereka hendak menyerang soal keupayaan dan kemampuan parti. Namun hasil adalah sebaliknya.

“Saya melihat bahawa parti telah membuat keputusan yang betul dan kami bergerak di landasan betul, kalau melihat parti masa depan, inilah wajah Malaysia dengan keanggotaan 50 peratus Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus lain-lain.

“Inilah rupa wajah Malaysia akan datang. Kalaulah boleh kita jalankan pemilihan, dan menguruskan parti dengan baik, saya percaya parti mempunyai masa depan yang cerah,” kata beliau sambil menambah, parti berurusan dengan manusia yang ada ego, perasaan dan sentimen yang berlainan.

Saifuddin juga tidak menolak tanggapan bahawa PKR terlalu “bercita-cita tinggi” dalam melaksanakan sistem pemilihan langsung sedangkan Umno, dengan tiga juta ahli, sendiri tidak berupaya disebabkan masalah logistik.

“Ini yang membezakan kita dengan umno. Ada seorang ahli MT Umno berkata PKR terlalu ‘ambitious’, sebab itu juga PKR teruskan juga buat pemilihan.

“Saya tanya kenapa Umno tangguh (sistem pemilihan langsung), dia kata Umno menghadapi logistik. Kalau cukup baru kita di Umno akan melakukan, tetapi saya kata biarlah kami (PKR) lakukan.

“Kita buktikan bahawa daripada 204 cabang, 145 bertanding, daripada situ, sembilan bermasalah. Saya fikir pengalaman yang mahal ini, untuk kita tambah nilai,” kata Saifuddin yang turut mengakui bahawa pihaknya akan melakukan beberapa penambahbaikan selepas ini.

“... misalnya ketua pentadbir (Setiausaha agung) sedang memikirkan perlembagaan parti dalam soal pemilihan.

“Saya hampir pasti akan mengemukakan beberapa cadangan terhadap perlembagaan parti, misalnya pengundian mesyuarat agung tahunan cabang dan pengundian MPP yang jarak masa begitu panjang, ini menyebabkan kesulitan di peringkat kepimpinan cabang untuk melakukan mobilisasi dua kali, maknanya kos, ertinya persiapan logistik.

“Jadi, alangkah baiknya kalau pengundian cabang dan MPP dibuat pada hari yang sama, bagi membolehkan ini berlaku, pindaan perlembagaan parti mesti dibuat,” katanya lagi.

Suasana pemilihan cabang Hulu Selangor pada 2 Oktober lalu, yang menyaksikan pilihan raya kecil April lalu, seolah-olah ia mengadakan pilihan raya.
Kekecewaan

Ditanya sama ada kecewa dengan kekecohan yang berlaku di sesetengah cabang, Saifuddin berkata, “saya, dari sudut pelaksanaan, tentulah saya tidak boleh menyembunyikan rasa kekecewaan.”

“Insiden yang berlaku sebenarnya mampu, boleh dielakkan. Pertama, ia berpunca daripada... saya sendiri salah anggar berkenaan dengan lonjakan keghairahan yang luar biasa, saya salah sangka.”

Sebagai contoh, ada cabang dengan keanggotaan seramai 5,000 orang hanya menyaksikan penyertaan 200 orang pada mesyuarat tahunan 2004 dan 300 orang tiga tahun lalu.

“Jadi, saya kata saya nak cetak berapa banyak kertas undi? Tetapi rekod 2004 dan 2007, hanya 200 dan 300, tidak sampai pun 10 peratus, tak apalah saya kata kalau cetak 50 peratus, saya selamat... 2,500 okeylah, tapi tiba-tiba yang keluar 3,000 orang. Jadi tidak cukup.

“Pada saya perkara itu boleh dielak kalau ada sikap tolak ansur dan persefahaman misal kata... tetapi tidak.

“Ketika pertandingan berlaku suasana tegang, dia akan tengok setiap perkara, dengan teliti. Jadi sebagai pentadbir parti, saya kecewa atau tidak, saya kecewa,” katanya.

“Tetapi sebahagian kekecewaan wujud kerana kelemahan perancangan, di mana kita salah sangka,” jelas Saifuddin.

Selain itu, kata beliau, pihaknya awalnya menganggap persaingan pemilihan adalah pertandingan keluarga, tetapi yang berlaku sebaliknya.

“Kita sifatkan ini sebagai pertandingan keluarga, keluarga besar PKR.

“Rupanya tidak. Kalau namanya pertandingan, setengah daripada calon memandang serius, pemilihan parti mestilah standard SPR. Ini berlaku di Hulu Selangor.

“Ada pondok panas, ada tujuh calon ada tujuh pondok panas. Ada ejen calon... maklumkah dia baru ada pilihan raya kecil (April lalu) setiap undi dia kira, begitu juga berlaku di Kelana Jaya,” katanya.

“Jika ini keadaan, saya melihat SPR tidak akan senang duduk (nanti)... saya fikir ini berjaya melengkapkan dengan pengalaman di mana kepentingan parti akan dipertahankan, dari segi itu, saya terubat sedikit (walaupun ada kelemahan),” tegas beliau.

Bekas setiausaha Pemuda Umno ini juga menjelaskan, insiden kekecohan di Kuala Langat, Klang dan Kota Raja cuma kecil berbanding pengalaman beliau ketika menguruskan sayap parti dominan BN itu.

“Sebab itu, saya tidak risau. Kalau saya lulus sebagai (bekas) setiausaha Pemuda Umno, saya boleh jadi setiausha agung mana-mana parti, dalam hal-hal menguruskan kekacauan ini... jadi ini kecil sangat.

“Menjawab soalan tadi, dalam kekecohan ada kepuasan,” kata beliau.

Mengenai kebimbangan bahawa ekoran kekecohan pemilihan cabang dan pusat akan ada mereka yang mungkin keluar parti, Saifuddin menjawab: “Saya tidak mahu membuat spekulasi, dan saya juga tidak menolak kemungkinan.”

“Apabila ada situasi tidak dapat menguruskan yang kalah. ini menguruskan yang kalah, kalau mereka tidak dapat mengawal sentimen, emosi, dan perasaan sebagaimana saya katakan (tadi), senario paling buruk ialah mereka akan meninggalkan parti,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan bahawa parti ada saluran untuk mereka yang ada masalah dengan pemilihan.

Saifuddin juga menolak tanggapan bahawa pemilihan cabang PKR kali ini dicemari dengan sentimen perkauman meskipun ia digambarkan sebagai parti pelbagai kaum.

Kata Saifuddin, beliau boleh menyangkal tanggapan sedemikian kerana walaupun ada cabang yang majoriti ahli mengundi dalam pemilihan adalah orang India, tetapi yang menang calon Melayu.

“Ada cabang yang keanggotaan ramai orang India, tetapi yang menang orang Melayu. Kuala Selangor jelas... Kuala Langat (cabang yang digantung), yang ramai keluar mengundi ialah India.

“Kalau dalam kes Kuala Selangor, ternyata ahli tidak mengundi ikut garisan kaum, dia (ahli) bagi begitu sahaja. Ada cabang, misalnya Grik, yang mempunyai kawasan Felda, ketuanya orang India.

“Saya dapat tengok beberapa cabang, pengundian ada ukuran lain, bukan ukuran kaum,” kata beliau sambil menambah, “kalaulah ada beberapa kejayaan, tidak mengundi ikut sentimen kaum adalah antaranya.”

Jawatan ketua cabang Kuala Selangor dipertahankan oleh Menteri Besar Selangor.

“Sangat menarik sama ada ia paten umum, saya kena buat analisis, tetapi mengikut pemantauan rambang, pengundian tidak ikut sentimen kaum,” katanya lagi.

Isnin, 11 Oktober 2010

Zaid Sejak Menyertai KEADILAN Merancang Jadi Presiden

SHAH ALAM 9 Okt - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata memang menjadi perancangan dan strategi Datuk Zaid Ibrahim untuk mengambil alih pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail sejak beliau menyertai sebagai anggota parti tahun lalu.

Dr Syed Husin berkata kini semua perancangan Zaid sudah terserlah dan terpulang kepadanya samada mahu mencabar Dr Wan Azizah untuk merampas jawatan presiden parti pada pemilihan pimpinan pusat November depan.

"Tak apalah, biarlah, dia berhak untuk mencabar (Wan Azizah), dia berhak untuk bertanding. "Memang itu yang dirancang daripada awal dulu. Itu hak dia," katanya kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai usaha Zaid mahu mencabar Wan Azizah untuk jawatan berkenaan.

Pada sidang media semalam Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan berkata beliau akan bertembung dengan Dr Wan Azizah bagi jawatan presiden dengan syarat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzan Anwar bersetuju menyertai pertandingan bagi kerusi Timbalan Presiden.

Dr Syed bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya samada keghairahan Zaid mahu merebut jawatan tertinggi parti telah menyebabkan keadaan tegang dalam parti. "Soal dia nak porak-perandakan (KEADILAN), itu saya tak mahu komen," katanya.

Sebelum ini, Zaid menunjukkan pendirian yang berbeza apabila menegaskan beliau tidak mementingkan jawatan dan hanya mahu menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Beliau juga berjanji untuk menarik diri daripada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya beliau berminat kepada jawatan itu.

Tetapi semalam nadanya bertukar apabila sanggup pula memberi laluan jika Nurul Izzah bertanding jawatan tersebut.

Zaid berkata beliau sanggup bertanding jawatan lain dan tidak menafikan kemungkinan mencabar Dr Wan Azizah untuk kerusi Presiden. Dr Wan Azizah mendapat pencalonan dari 123 cabang untuk mengekalkan jawatan Presiden manakala Zaid menerima tiga pencalonan.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, Zaid menerima 38 pencalonan manakala seorang lagi pencabar, Mohamed Azmin Ali mendapat 102 pencalonan dan Mustaffa Kamil Ayub pula sebanyak 25 pencalonan.

Nurul Izzah pula menyatakan beliau hanya berminat untuk mengisi jawatan Naib Presiden.

Suara Keadilan

Tak mungkin Zaid beri laluan pada Khalid

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR, telah meletakkan semula tumpuan terhadap pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.

Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.

Zaid (kiri) masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.

Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.

Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.

Tumpuan pada Nurul Izzah
Sumber itu berkata, orang yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang belum memutuskan sama ada akan menerima "tawaran' Zaid untuk menyokongnya jika bertanding timbalan presiden.

"Dia masih belum putuskan. Saya berhati-hati terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zaid (berdasarkan keputusan Nurul Izzah nanti)," katanya.

Nurul hanya menerima satu pencalonan untuk bertanding jawatan his timbalan presiden. Beliau memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding.

Bagaimanapun, Nurul dilaporkan telah mendapat pencalonan yang mencukupi, dari kalangan kira-kira 30 cabang yang belum lagi menghantar keputusan rasmi kepada ibupejabat parti.

Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat sehingga ini membisu tentang jawatan yang akan ditandinginya jika Nurul menerima tawaran bertanding timbalan presiden, tetapi wujud spekulasi yang mengatakan beliau mungkin mensasarkan jawatan presiden.

Sama ada Zaid akan menggunakan 'persetujuan Nurul" sebagai satu alasan untuk bertanding jawatan tersebut masih menjadi teka-teki, tetapi mereka yang mengetahui, telah menyatakan kebimbangan masing-masing dengan langkah Zaid seterusnya.

sumber

PEMILIHAN PKR - TERGUGATKAH AZMIN DENGAN KEHADIRAN TAN SRI KHALID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang berani membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Pengumuman beliau itu patut kita lihat secara positif walaupun beliau mungkin dianggap terlalu awal untuk menduduki kerusi berkenaan namun Dato Zaid dilihat lebih `muda' dari Tan Sri Khalid di dalam PKR. Dato Zaid juga ingin bertanding jawatan yang sama. Tidak menjadi masalah besar kerana ini suatu bukti menunjukkan PKR sentiasa mengamalkan demokrasi yang lebih baik dari Umno.

Beberapa alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid yang merasakan wajar beliau bertanding jawatan tersebut bolehlah kita terima sebagai alasan yang munasabah. Lebih wajar lagi untuk beliau mencuba nasib di kerusi nombor dua itu adalah kerana kedudukan Tan Sri Khalid sekarang sebagai MB Selangor. Beliau juga dilihat tidak `rakus' berkempen dan tidak pernah `mengusik' sesiapa apatah lagi memburukkan kepimpinan parti. Beliau seorang yang tegas, berkarisma dan tidak mudah untuk di`provokasi'kan oleh musuh luar dan dalam parti. Semangat setiakawan Tan Sri Khalid amat disenangi oleh ahli-ahli PKR termasuk pemimpin parti.

Jika ada pun sesiapa yang ingin mencari sebab untuk tidak menyokong beliau hanyalah kerana Tan Sri Khalid terlalu bersifat `profesional' dan tidak mempunyai kepintaran politik. Walaupun Tan Sri Khalid tidak sebaik YB Azmin di dalam kehebatan berpidato, tetapi kecekapannya menguruskan Negeri Selangor mungkin lebih baik dari YB Azmin sekiranya MP Gombak itu menjadi MB Selangor. Itulah hebatnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana pula dengan Dato Zaid Ibrahim? Bagaimana dengan janji beliau yang tidak akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR sekiranya Tan Sri Khalid bertanding jawatan yang sama? Apakah Dato Zaid sudah bersedia untuk menunaikan janjinya? Bagaimana pula dengan janji terbaru Dato Zaid, bahawa beliau sanggup menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Nurul Izzah juga bertanding jawatan yang sama? Mana satu pilihan Dato Zaid sekarang? Kita percaya Dato Zaid tidak akan memungkiri janji-janji beliau lagi.

Adakah YB Azmin tergugat dengan keputusan Tan Sri Khalid ini? Sudah tentu keputusan Tan Sri Khalid sedikit sebanyak akan membuatkan YB Azmin lebih perlu bekerja kuat untuk meyakinkan ahli-ahli PKR. Pertandingan ini tentunya akan menjadi lebih hebat dan meriah sekiranya YB Nurul Izzah juga memasuki gelanggang. Sdr Mustafa Kamil Ayub juga mempunyai peluang yang agak besar sama seperti Tan Sri Khalid. Pada saya, YB Nurul Izzah harus berfikir banyak kali untuk mencuba nasib di peringkat ini.

Saya tetap yakin, menaruh harapan bahawa YB Azmin akan dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Komitmen beliau terhadap parti, berkarisma serta mempunyai kelebihan berkomunikasi yang hebat menjadi salah satu faktor mengapa YB Azmin perlu diangkat menduduki kerusi nombor dua di dalam PKR itu.

Namun, seandainya beliau tewas tidak ralat atau rugi rasanya jika Sdr Mustafa Kamil Ayub mahu pun Tan Sri Khalid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Calon yang lain daripada itu sukar untuk saya lihat kehebatan dan kelebihannya. Namun, semuanya atas pilihan ahli-ahli PKR sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Khalid Ibrahim tanding timbalan presiden PKR

Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

"Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini," katanya.

Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.

Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.

Mengumumkan keputusan itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi, Khalid berkata keputusan itu diambil ekoran pemilihan PKR "yang banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti".

Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.

"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.

Khalid juga berkata, bagi memastikan keputusannya bertanding memberi kesan positif kepada parti, beliau menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.

Jawatankuasa itu, menurutnya, terdiri daripada aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty yang bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

"Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini," katanya.

Syed Shahir juga dilantik sebagai pengurus operasi kempen.

Sementara itu, beliau juga mengumumkan 'manifestonya' bertemakan “Memperkasakan Reformasi” yang antaranya menggariskan lima teras, iaitu: Setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.

Lima itu, menurut Khalid akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti.

malaysiakini

Sabtu, 9 Oktober 2010

MENGAPA DATO ZAID DISERANG, TIDAK MUSTAFA KAMIL ?

MENGAPA Dato Zaid Ibrahim dikatakan hebat `diserang' oleh YB Azmin malahan kununnya YB Azmin mendapat `perlindungan' daripada media Keadilan seperti Suara Keadilan dan juga TV Selangor? Tidak pula kita bertanya mengapa Dato Zaid lebih hebat `menyerang' kepimpinan parti tanpa menunjukkan rasa hormat beliau yang baru `dua hari' menyertai PKR? Ini semua patut difikirkan.

Kemunculan Dato Zaid di dalam PKR sememangnya amat dialu-alukan kerana beliau seorang tokoh berpengalaman dan dilihat berprinsip apabila menolak Akta zalim ISA yang diteruskan oleh rejim Umno. Sehubungan itu, pencalonan Dato Zaid sebagai calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu disambut meriah oleh semua penyokong parti termasuk rakan-rakan di dalam PR, walaupun sebelum itu terdapat suara-suara yang mempersoalkan wajarkah Dato Zaid dicalonkan memandangkan beliau masih `mentah' di dalam PKR. Namun, parti lebih tahu menilai Dato Zaid dan kita semua patuh arahan parti.

Menjelang pemilihan kepimpinan di dalam PKR, Dato Zaid menarik balik pendiriannya sebelum ini untuk tidak merebut sebarang jawatan tertinggi di dalam parti. Kita masih tidak mempersoalkan prinsip beliau kerana amalan demokrasi yang diamalkan oleh PKR. Dato Zaid seterusnya memberikan syarat beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut bertanding jawatan yang sama. Kita berfikir mungkin itu adalah prinsip terbaru beliau. Dan, terbaru pula Dato Zaid meletakkan `syarat' bahawa beliau sanggup tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Adakah ini pendirian terbaru dan terakhir beliau?

Pertikaian di sini bukan masalah beliau ingin bertanding merebut jawatan atau tidak. PKR adalah parti yang menuju cita-cita untuk mewujudkan demokrasi sebaik mungkin walaupun belum berada di tahap terbaiknya. Tetapi, Dato Zaid tidak boleh mempergunakan alasan demokrasi sesuka hatinya sehingga melanggar batas-batas adab dan kesopanan. Kenyataan Dato Zaid yang banyak dilihat memperlekehkan kepimpinan parti sehingga ke tahap `menyanyu' (nyanyuk?) Timbalan Presiden parti bukan suatu amalan yang baik di dalam demokrasi. Setiap ahli tentunya ada disiplin yang wajib dipatuhi.

Mengapa Dato Zaid di`serang'? Jawapannya mudah, ia adalah kerana Dato Zaid tidak boleh dibenarkan terus melakukan sesuka hatinya di dalam parti yang baru disertainya. Menjadi tanggungjawab pemimpin dan media parti untuk memberitahu Dato Zaid bahawa beliau tidak harus bersikap seperti `Umno'. Apabila arahan parti agar pemimpin memboikot akhbar Utusan terutamanya, apa jawapan Dato Zaid? "Saya tidak peduli". Katanya. Dato Zaid juga pernah mengeluh betapa tidak bagusnya jika calon yang bertanding membentuk regu atau mana-mana Wakil Rakyat/MP menyuarakan sokongan terbuka kepada mana-mana calon. Mungkin beliau merujuk kepada sekumpulan MP yang hadir memberikan sokongan terbuka kepada YB Azmin sebagai calon Timbalan Presiden PKR.

Salahkah MP berkenaan menyokong YB Azmin? Bukankah Dato Zaid juga menyebut beliau bersedia memberikan laluan kepada YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan beliau bersedia untuk membantu kemenangannya? Bukankah ini juga sokongan terbuka beliau terhadap YB Nurul Izzah? Jadi, di mana silap dan salahnya MP lain yang menyokong YB Azmin?

Pada saya, serangan yang dikatakan `hebat' ditujukan kepada Dato Zaid tidaklah sehebat serangan beliau kepada kepimpinan parti. Jika Dato Zaid yang memulakan dan membuka gelanggang ini secara terbuka, maka beliau tidak harus gusar menghadapinya. Cuba kita lihat, tiada media atau mana-mana calon yang bertanding dilihat `menyerang' seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Mengapa? Ini adalah kerana Sdr Mustafa Kamil tidak memulakan `serangan' ke atas lawannya dan beliau cukup berdisplin.

Pendapat saya, seandainya YB Azmin tidak dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR, maka kerusi tersebut amat tepat boleh diberikan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub. Kenyataan Dato Zaid bahawa beliau `tidak akan berubah' stailnya walaupun kini sudah berada di dalam PKR boleh kita nilai semula. PKR bukan memerlukan pemimpin yang bermegah dan ego dengan `stail'nya tetapi kita memerlukan pemimpin yang berani dan setia kepada arahan parti. Apatah lagi, wajib kita tolak pemimpin yang `bersekongkol' dengan media pencacai yang terang-terang kepunyaan Umno itu./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 8 Oktober 2010

Fikir ‘masak-masak’ jika mahu tanding timbalan, Nurul Izzah dinasihati

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Calon timbalan presiden PKR Azmin Ali mengingatkan partinya bahawa mereka perlu bersedia menghadapi kritikan ‘pedas’ jika Nurul Izzah Anwar bertanding kerusi nombor dua berikutan laluan yang hendak diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Azmin yang juga naib presiden berkata, beliau tidak akan terkejut jika PKR dituduh sebagai parti “dinasti keluarga” sambil menambah, “dalam politik, kritikan-kritikan tidak boleh dielakkan.”

“Memang, dalam politik kritikan-kritikan tidak boleh dielakkan.

“Kita perlu menjustifikasikan penyertaan Nurul Izzah dalam parti, tetapi bagi saya, saya mengalu-alukan apa jua keputusan (Nurul Izzah),” kata Azmin.

Azmin mendakwa isu nepotisme dan kronisme tidak wujud dalam parti dan sekiranya Nurul Izzah memutuskan untuk bertanding jawatan itu, ia semata-mata adalah kerana beliau layak berbuat demikian.

“Tiada isu kronisme atau nepotisme dalam parti. Nurul Izzah bersuara lantang dalam banyak isu, beliau aset kepada parti.

“Apabila ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berada di penjara, beliau banyak menyumbang kepada parti.

“Nurul Izzah mempunyai ikutan besar khususnya di kalangan generasi muda,” kata Azmin yang buat pertama kali bertanding jawatan timbalan presiden yang kosong selepas penyandang Senator Dr Syed Husin Ali memutuskan tidak mahu mempertahankan kedudukannya.

Bagaimanapun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak memberitahu, bebannya adalah pada Ahli Parlimen Lembah Pantai itu untuk memutuskan sama ada beliau “bersedia” untuk bertanding jawatan timbalan presiden ataupun sebaliknya.

“Mengetahui tentang Izzah, beliau (pasti) akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti sebelum memutuskan apa-apa,” kata Azmin kepada The Malaysian Insider.

Azmin berada di depan dari segi pencalonan dengan memperoleh sokongan daripada 102 cabang, dan diikuti 38 bagi Zaid, dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub sebanyak 17.

Turut dicalonkan dan layak bertanding ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mustaffa melahirkan pandangan yang mirip dengan Azmin sambil mengakui beliau telah menemui Nurul Izzah petang semalam berhubung isu ini.

“Saya percaya beliau akan memikirkan dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Mustaffa kepada The Malaysian Insider dalam temu bual khas.

“Dan, ya, saya bertemu dengan beliau semalam untuk membincangkan soal ini... bukan nasihat tetapi (saya bertemu) untuk berkongsi beberapa maklumat,” kata naib presiden ini.

Ditanya apakah Nurul Izzah tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden, Mustaffa memberitahu:

“Kita perlu menunggu sehingga 16 Oktober,” kata Mustaffa dengan merujuk kepada tarikh akhir penerimaan pencalonan bagi mereka yang berminat bertanding kali ini.

Mustaffa memberitahu, Nurul Izzah perlu memikirkan kemungkinan bertanding kerusi nombor dua secara mendalam memandangkan ibunya, Dr Wan Azizah juga kemungkinan akan mengekalkan kedudukannya sebagai presiden PKR.

“Sesiapa boleh bertanding... ini adalah negara demokrasi dan sudah pasti anda kena fikirkan mengenai kesan dan persepsi memandangkan kemungkinan besar Datuk Seri Dr Wan Azizah akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden, jika tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kemungkinan tidak akan turun gelanggang,” kata Mustaffa.

Anwar sudah pun meminta cabang-cabang tidak menamakan beliau untuk mana-mana jawatan parti kali ini.

Sesi bagi cabang menamakan calon masing-masing bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir Ahad lalu.

Mustaffa berkata, jika Nurul Izzah bertanding akan ada persepi negatif sekiranya presiden dan timbalan presiden adalah dari “keluarga yang sama.”

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider semalam, Nurul Izzah berkata, beliau memerlukan masa untuk memikirkan tawaran laluan yang hendak diberikan oleh Zaid bertanding jawatan timbalan presiden parti.

Sehubungan itu kata Nurul Izzah, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini.

Nurul Izzah merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.

Kelmarin, Zaid yang juga anggota MPP PKR berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Nurul Izzah ingin bertanding jawatan itu.

Sebelum ini Zaid berkata beliau akan turun gelanggang saingan timbalan presiden jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berbuat demikian.

Khalid yang telah pun mengesahkan bertanding jawatan pusat belum memutuskan sama ada bertanding timbalan presiden ataupun naib presiden.

Ia akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar, dijangka juga Ahad ini.

“Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.

“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.

“Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” kata Zaid.

Zaid tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.

“Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi daripada timbalan presiden,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.

Nurul Izzah, “Puteri Reformasi”, sebelum ini menegaskan, beliau bertanding kerusi peringkat pusat bukan untuk meneruskan dinasti keluarganya.


Sumber MI

Template by : realaduka .blogspot.com