Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 24 April 2010

Semangat Pakatan Rakyat Bangkit Kembali


MALAM ini adalah malam paling bererti bagi saya sepanjang mengikuti ceramah PKR di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Bagi saya kalau PKR kalah pun tidak akan merasai apa-apa rasa terkilan kerana apa yang berlaku malam ini satu hadiah atau cenderamata paling bermakna buat saya sendiri. Saya percaya mereka yang hadir malam ini juga berpuas hati dan balik rumah tanpa merasakan kesal kerana berjaga. Malam ini adalah berbaloi.
Apa yang berlaku malam ini adalah satu bingkasan yang menakjubkan.

Malam ini bertempat di Sungai Buaya, ceramah PKR yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencatat rekod sebagai majlis paling berjaya, berkesan dan penuh dengan semangat. Keyakinan semua orang juga bertambah bahawa PKR akan menang. Kejayaan malam ini juga sebagai membayar kelemahan dan kesuraman beberapa puluh jam lalu!

Kehadiran malam ini saya anggarkan lebih 10,000. Padang seluas pandang bola penuh sedak. Di kiri jalan, belakang dan hadapan padang berkenaan juga penuh sesak.
Di jalan besar untuk masuk ke taman itu juga bebondong-bodong dengan orang ramai, kecil besar, tua muda, lelaki dan perempuan. Kereta memenuhi kiri jalan lebih 1 km. Keadaan itu seolah-olah majlis meraikan kemenangan!
Kalau majlis berkenaan adalah majlis BN sudah tentu akhabr dan tv akan merekodkan kehadirannya melebih 20,000. Tetapi saya tidak suka menambahkan angka. Saya lebih suka memberi gambaran angka sebenarnya walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju.

Sekiranya laporan dalam blog atau media pro pembangkang menyimpulkan orang yang hadir pada majlis malam ini 15,000 saya bersetuju dan angka itu bukan palsu. Tetapi untuk adil saya tidak mahu mencatat demikian.
Kenapa? Kerana mungkin 3/4 daripada jumlah itu adalah pemerhati luar, namun apa yang jelasnya bahawa semangat rakyat untuk melihat kerajaan BN runtuh berkobar-kobar di jiwa orang ramai. Tepukan dan sorakan bergemuruh apabila ucapan penceramah mengusik hati dan perasaan hadirin.

Mungkin tidak salah kalau saya mengatakan berdasarkan perkembangan malam ini bahawa pintu untuk Zaid Ibrahim melangkah masuk ke parlimen kini sudah mulai terbuka perlahan demi perlahan dan akan memubuka luas pada keesokkannya.

Suasana malam ini merubah sama sekali senario beberama malam lalu yang boleh dianggap sebagai redup dan kabur. Semangat orang ramai dan para petugas jentera PKR juga naik dengan tiba-tiba. Ada yang sudah bersiap membungkus tikar bantal untuk pulang esok, membatalkan semula niat kerana melihat perubahan mendadak malam ini.

Kenapa malam ini saya mengatakan malam yang cukup melegakan, (saya percaya bukan saja saya tetapi pemerhati lain juga) kerana kesemua pemimpin tertinggi PKR turut sama berada di pentas dan mendampingi Zaid Ibrahim. Keempat-empat pemimpin PKR yang sebelum ini saya tandai di dalam kepala dan tercari-cari wajah mereka semuanya ada kecuali seorang, Mustapa Kamil Ayub. Bagaimana pun Mustafa tetap ada dan berceramah di Hulu Berenam.

Saifuddin Nasution Ismail, Mohd Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md Akin turut berada di pentas dan masing-masing menyampaikan ceramah. Barisan ini diperkuatkan dengan kedatangan Ketua Pemuda DAP, Pengerusinya Lim Kit Siang. Mengejutkan juga pada majlis itu diumumkan kemasukan bekas ahli parlimen MCA ke dalam PKR dan beberapa orang anak muda dari Negeri Sembilan.
Bukan itu saja majlis malam ini juga bertambah bererti lagi apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghabar Baba, iaitu Tamrin Ghafar turut sama berada di pentas. Selain Tamrin beberapa rakan seangkatannya dalam Umno turut sama hadir memberi sokongan moral kepada Zaid Ibrahim.

Meskipun Tamrin tidak bercakap tetapi penampilannya sudah cukup memberi mesej kepada rakyat. Sebaik Anwar menyedari kehadiran Tamrin dan mengumumkannya, orang ramai bertepuk mengalu-alukan kedatangan Tamrin. Walaupun Tun Ghabar sudah meninggal tetapi dengan kehadiran warisnya itu menunjukkan bahawa semangat Tun Ghafar bersama PKR.

Dengan kehadiran hampir semua pemimpin tertinggi dan semangat yang ditunjukkan orang ramai malam ini seolah ceramah PKR sudah berada di kemuncak. Dan malam ini seperti malam penutup sebelum para penyokong menanti untuk merayakan kemenangan pada Ahad ini.

Pada mulanya Tok Guru Nik Aziz dijangka akan bersama dalam majlis berkenaan. Tetapi kerana beliau keletihan kehadirannya dibatalkan. Seperti mana dijanjikan MB Kelantan itu telah memasuki Hulu Selangor petang tadi. Mulanya beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib di masjid al Rahimiah, Kuala Kubu Baru tetapi dibatalkan kerana ada larangan keras agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik.

Beliau hanya bersembahyang jemaah Maghrib. Selepas menunaikan solat Maghrib beliau ke sidang akhbar bersama Zaid Ibrahim kemudian menyampaikan ceramah di Kampung Rasa.

Disebabkan keletihan beliau minta menuzurkan diri dari hadir di Sungai Buaya Bagaimana pun petang esok Tok Guru akan ke Felda Sungai Tengi dan malamnya akan berceramah di stadium Kuala Kubu Baru. Apakah ceramah beliau bakal mengegarkan stadium? Sama-samalah saksi sendiri dan sama-samalah mengaminkan doa Tok Guru untuk kemenangan rakyat.

Dari pengamatan malam ini, semangat dan prestasi PKR juga meningkat mandadak. Saya berani mengatakan graf PKR naik mencanak malam ini. Sekiranya semangat dan momentum malam ini dapat dipertahankan dan tidak ada kejahatan-kejahatan lain dari BN sudah pasti keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang tidak sampai 48 jam itu akan berlaku kejutan besar! [wm.kl. 1:15 am 24/04/10]

Sumber MSO

Isnin, 19 April 2010

Isu Zaid Kaki Botol Umno Dedah Tembelang Sendiri

HISHAMUDDIN Husein menafikan Umno yang menimbulkan isu Zaid Ibrahim sebagai kaki bolol. Beliau meminta agar jangan dikaitkan dengan Umno. Perkara itu menurutnya didedahkan oleh blog.

Kata beliau Umno juga tidak akan layan permintaan Mohd Azmin Ali agar membuktikan tuduhan itu. Hishmuddin beralasan, untuk apa Umno membuktikannya, kerana yang timbul itu adalah blog.

Betulkah isu itu bukan dari Umno? Hishamuddin hendak mengelak dalam soal ini kenapa? Apakah beliau takut isu arak itu akan terpalit ke mukanya sendiri. Bimbang selepas ini akan keluar pula gambar para pemimpin Umno sedang menongok arah bersama perempuan?

Hishamuddin tidak boleh cuba membersihkan Umno dari memainkan isu itu. Kalau dibuka blog pro UBN berderek cerita Zaid minum arak. Ada setengah blog mempamerkan gambar Zaid sedang pegang gelas. (Gelas ini pun boleh dinafikan sama ada Zaid pegang gelas jus apel macam Dr Mahathir pegang suatu masa dulu atau memang gelas arak).

Sebuah akhbar dikenali sebagai akhbat penjilat buntut Umno secara reverst psiokologis turut memainkan isu itu bila mana membesarkan perminatan Azmin agar membuktikan yang Zaid minum arak.

Mereka yang mempelajari ilmu propanda dan psywar sangat faham apa yang diketengahkan akhabr berkenaan. Ia bertujuan memberi tahu dunia bahawa calon PKR itu seorang kaki arak.

Saya tidak mahu menafikan kalau Zaid minum arak. Cuma apa yang perlu diketahui bahawa Zaid adalah bekas ahli Umno. Dunia politik Zaid sebelum ini bukan dalam DAP atau Pas, tetapi Umno. Malahan Zaid pernah menjadi ahli parlimen Umno dan menjadi ketua bahagian Umno Kota Bharu. Kalau hendak dikira apa kisahnya dengan arak bukankah lesen penjualan arak dibenarkan oleh Umno? Bukan itu saja anak bekas Perdana Menteri itu ada melabur dalam syarikat arak.

Bila disebut Umno, di dalam parti itu semua ada. Semua bentuk maksiat dan jenayah ada di dalam parti kebangsaan itu. Bukan saja arak, rasuah, maksiat, jenayah pun ada. Banyak pemimpin Umno yang terlibat dengan perjudian dan melakukan rasuah. Orang politik yang banyak kena tangkap dalam kes rasuah adalah dari kalangan pemimpin Umno.

Pemimpin Umno bukan saja setakat minum arak, yang merogol anak murid sekolah, melarikan anak raja ataupun berkahwin dengan isteri orang sebelum edah cerai habis pun ada. Bahkan yang membunuh dan terbunuhpun adalah ahli dan pemimpin Umno. Begitu juga yang rasuah, alias politik wang, ianya berlaku dalam Umno. Ali Rutam, Tajuddin Rahman dan ramai lagi digantung jawatan atau ahli kerana rasuah. Malahan Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda dan dibenci Mahathir sampai kini juga dikaitkan dengan rasuah dalam pemilihan.

Jadi apa nak dihairankan dengan dunia dan budaya Zaid sebelum ini yang dihalalkan oleh parti berkenaan. Zaid dikatakan minum arak bukan hari ini. Tetapi lama sebelum ini. Semasa dalam Umno Zaid sudah pun dikatakan minum arak. Dia sudah dituduh sebagai peminum tegar. Kenapa waktu itu Umno tidak mengambil apa-apa tindakan?

Jawabnya mudah saja, sebab Umno menghalalkan arak. Dan kalau Umno nak buang pemimpinnya yang minum arak mungkin yang tinggal hanya beberapa kerat saja. Di kalangan pemimpin tertinggi Umno hari ini yang dikira bersih dan agak berbau dengan air zam-zam dan setanggi Kaabah ialah Ahmad Zahid Hamid. Sementara yang lain menakutkan kalau hendak didedahkan. Ada setengah pemimpin ada tanda karat di pipi kanan, karat itu menurut ahli perubatan kerana beliau ada mengamalkan penggunaan benda haram. Sebab itu beberapa kali karat itu cuba dibuat melalui proses rawatan dan treatment tetapi tidak berhasil.

Jadi arak adalah isu yang paling kecil dalam juzuk-juzuk kejahatan di dalam Umno. Tetapi kenapa isu ini menjadi penting disebabkan Zaid tidak lagi bersama Umno. Mungkin kalau Zaid masih bersama Umno parti itu tidak mempedulikannya.

Tetapi apakah isu peribadi itu sesuatu yang penting untuk diperkatakan dalam kontkes pilihan raya di Hulu Selangor hari ini. Apakah ia menjadi isu ampuh dalam meraih undi. Kita tahu kenapa Umno menimbulkan itu kerana ingin meraih simpati undi Melayu. Ada unsur-unsur Islam dalam soal ini. Tetapi Umno terlupa bahawa calonnya bukan Melayu dan bukan beragama Islam. Jadi apakah relevannya isu Zaid minum arak itu ditimbulkan. Apakah dari segi sejarah kemanusiaan dan fitrah agamanya Kamalananthan lebih suci dari Zaid?

Dari sudut Melayu dan Islam pengundi akan dapat menilai siapa yang lebih hampir dengan masjid atau syurga berbanding Zaid dengan Kalamananthan. Hukum adat boleh menghukumkannya. Malahan kalau mengikut keharusan hukum Islam dalam memilih pemimpin ini ternyata Zaid perlu didahulu dan diutamakan dari yang lain malah beliau patut diistyharkan menang tidak bertanding.

Tetapi kita telah menerima dasar persatuan dan perpaduan kaum. Soal agama dan bangsa tidak menjadi masalah. Untuk diangkat sebagai pemimpin ialah tokoh yang berwibawa, berpengalaman dan ada iltizam untuk membela rakyat miskin. Itu yang penting. Bukannya berdasarkan merit kaum dan agama.

Ada orang mempertikaikan kenapa Pas sokong Zaid. Bukan saja orang luar tetapi ahli Pas ada juga yang sesat akal mempersoalkannya. Mungkin ahli Pas yang menerima sebatang dua rokom dari Umno semasa sembenag di kedai kopi yang mempertikikannya. Kalau ahli Pas yang faham masalahat politik dan akur kepada pemimpin mereka tidak akan mempersoalkan pencalonan Zaid.

Seperti mana kata Abdul Hadi Awang, Zaid sudah berubah dan Pas menerima perubahan itu. Islam bukan saja membuka pintu kepada peminum khamar, tetapi kepada pembunuh juga Islam sedia memaafinya. Sejerah menunjukkan bagaimana Islam menerima taubat Ymar Khattab dan ribuan kufar lain yang memusuhi Islam sebelum itu. Itulah kebesaran Allah dan kehebatan Islam. Apa lagi dalam kes Zaid ini beliau sendiri mengakui kesalahannya secara jujur dan beliau juga sudah bertaubat. Apakah kelebihan dan alasan Pas untuk tidak menerima Zaid?

Sebenarnya tidak hairan kalau Pas menerima Zaid dengan senang sebagai sahabat dan didokong sepenuhnya dalam pilihan raya ini. Itulah politik Pas dan itulah siasah syariah yang menjadi keutamaan Pas. Pas tidak bermusuh dengan sesiapa dan sedia menerima sesiapa saja yang berniat baik. Bukan saja Zaid, tetapi kalau Umno ingin berbaik dengannya dengan ikhlas dan tidak memasang jerat dalam poket Pas sedia menerimanya. Kenapa Pas liat untuk menerima Umno kerana parti itu tidak menunjukkan keikhlasan mereka untuk berkerjasama dengan Pas.

Tengok apa yang berlaku di Kelantan. Royalti minyak yang menjadi hak Pas terang-terang cuba diseleweng dan dinafikan.

Tidak lama dulu Pas menerima seorang ynag mengutuk dan menghemtam Pas siang dan malam. Malahan orang ini mencaci Tok Guru Nik Aziz sebagai kera dan beruk. Ulama kepala hotak dan sejuta maki hamun. Apabila orang ini dibuang oleh parti yang diagungnya, dia datang berlutut dan menyinding kepada Pas. Pas bukan saja sedia menerima taubat nasuha orang ini tetapi diberikan pelamin dan lambang untuk bertanding dalam pilihan raya. Pas menganggap orang ini sebagai jahil murakab maka Pas perlu memberi peluang untuk dia insaf.

Pas tidak mengenang dosa dan perbuatan jahat orang ini. Pas menerima dengan hati lapang dengan mendoakan Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya. Namun kerana asal usul orang ini keturunan Abu Lahab dan Abu Jahal akhirnya dia mencelakakan dirinya dengan terus memusuhi Pas semula. Perangai orang ini lebih buruk daripada seekor anjing yang terjempit dan pernah diberikan bantuan!

Jadi kalau Zaid sudah taubat, tidak menjadi kesalahan untuk Pas dan seluruh orang Melayu menerima Zaid. Mudah-mudahan dengan menerima Zaid yang ikhlas dan jujur, Allah akan memberi pahala kepada setiap yang mendokongnya. Kemenangan bukan segala-galanya tetapi keinsafan dan kesedaran itu lebih bermakna dan bererti. Kepada saya Zaid menunjukkan kesedarannya untuk mencari keredhaan Allah dan kita harus merasa bahagia dengannya. [wm.kl. 9:00 am 19/04/10]

Sumber MSO
Template by : realaduka .blogspot.com