Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 3 Oktober 2010

Timbalan: Azmin 98, Zaid 37, Mus 17, Tian 5, Khalid 4

4.39pm Azmin Ali menerima pencalonan ke-98 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Pontian.

Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim.
Ini bermakna beliau mendapat pencalonan ketiga untuk jawatan itu.

Manakala untuk jawatan naib presiden pula, mereka menamakan Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Saiman Marzuki.

4.23pm Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim gagal mendapat pencalonan untuk kerusi timbalan presiden apabila cabang Kuala Selangor mencadangkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismai.

Cabang yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR.

Manakala untuk jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Azmin, Khalid, Suresh Kumar dan Mustafa Kamil Ayub.

3.55pm
Azmin Ali mendapat pencalonan ke 97 untuk jawatan timbalan presiden daripada cabang Kulai.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti itu.

Bagi jawatan naib pula, empat calon yang dipilih ialah Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki, Tian Chua, S Manikavasagam dan Datuk Zaid Ibrahim.

3.46pm Di Gelang Patah, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan yang ke-37 bagi bertanding jawatan timbalan presiden.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-14 untuk jawatan presiden.

Untuk jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Nurul Izzah Anwar.

Perkembangan sebelum ini:

Naib presiden Azmin Ali dan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menambah pencalonan masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan presiden November ini.

Azmin menambah tiga lagi pencalonan menjadi 96 manakala Zaid pula menambah satu lagi pencalonan kepada 36.

Ahli parlimen Gombak itu memperolehi pencalonan terbaru dari cabang Sungai Besar dan Serdang - kedua-duanya di Selangor - dan cabang Santubong, Sarawak.

Zaid mendapatkan pencalonan terbaru dari cabang PKR Tenggara, Johor.

Sebanyak 18 cabang PKR bermesyuarat hari ini - iaitu minggu terakhir pemilihan peringkat cabang dan pencalonan jawatan tertinggi pusat.

Seorang lagi calon, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, kekal dengan 17 pencalonan, ahli parlimen Batu Tian Chua (5) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ahmad mendapat dua pencalonan, manakala ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masing-masing dengan satu pencalonan.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com