Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 21 September 2010

Timbalan: Azmin 43, Zaid 21, Mustaffa 10, Tian 2

Malaysiakini

Naib presiden PKR, Azmin Ali semakin jauh meninggal pencabarnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu November depan.

Selepas 78 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin memperolehi 43 pencalonan.

Manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan.

Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Keputusan pemilihan calon di dua lagi cabang di Sabah - Sepanggar dan Pensiangan - belum dapat disahkan.

Manakala bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tiga lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan lapan pencalonan sehingga ini.

Cabang lain mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Lapan cabang yang mencalonkan Anwar untuk jawatan presiden ialah Bera, Kuala Krau, Sipitang, Tasek Gelugor, Rembau, Parit, Kampar dan Arau.

Cabang PKR mula bermesyuarat sejak 17 September lalu, dan 218 cabang dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Manakala Kongres Nasional Tahunan parti itu dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 November depa

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com