Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Khamis, 12 November 2009

Makin Ramai Wakil Rakyat Akan Tinggalkan PKR

Kerajaan Rakyat

Dengan pendedahan bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus yang memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas, rasanya ramailah pemimpin dan wakil rakyat PKR yang selama ini ibarat ‘Musang berbulu ayam’ akan buat perangai dan meninggalkan PKR.

Musang-musang berbulu ayam yang bersepah dalam PKR ini memang mengharapkan habuan wang ringgit semata-mata. Mereka ingat DSAI ni kaya. Alahai kesian mereka. Anwar tiada duit nak ulok.

Alhamdulillah, terbongkar sudah satu lagi bukti fitnah gagasan Mahathir yang ditaja oleh umno dan dikendalikan oleh balaci-balaci umno - SPRM, PDRM, Gani Petail.

Malaysiakini seterusnya melaporkan: Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com