Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Khamis, 5 November 2009

Hadi Awang Arahkan J/Kuasa Disiplin Padamkan Pita Rakaman

Khalid Samad telah memberi amaran kepada Tuan Ibrahim Tuan Man


Khalid Samad dan Tuan Ibrahim

Salam satu Malaysia. Diberitakan baru-baru ini Khalid Samad telah berjumpa dan meberi amaran kepada Tuan Ibrahim Tuan Man supaya pita-pita rakaman yang berada dibawah simpanan JawatanKuasa Displin tidak dipadam. Ini kerana TG Hadi Awang telah menitahkan kepada Tuan Ibrahim supaya memadamkan segala bukti-bukti rakaman supaya jejak grup pro "Unity Government" seperti Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasarudin Mat Isa dan beberapa individu lain terpadam.

Tujuan perintah TG Hadi Awang dipercayai kerana ingin "menjaga parti" supaya rahsia parti terus terpelihara. Ini menyebabkan Khalid Samad berjumpa sendiri dengan dan memberi amaran kepada Tuan Ibrahim, jika Tuan Ibrahim memadam bukti-bukti rakaman terbabit bagi menutup jejak pro UG, beliau akan mendedahkan terus rakaman-rakaman yang ada pada simpanan beliau di blog peribadi beliau. Buat makluman yang belum tahu, Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Prof. Dr. Dato' Harun Din adalah Mursyidul Am "Unity Government". Tuan Ibrahim Tuan Man kadangkala dilihat cenderung kepada Harun Din walaupun ia mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz. Arahan terbaru Presiden PAS supaya memadamkan bukti rakaman terbabit amat meragukan. Lebih baik tidak membuang masa dengan mengadakan JawatanKuasa Displin. Kenapa perlu menyelamatkan 4-5 pemimpin PAS jika terbukti benar mereka mengadakan rundingan secara gelap dengan UMNO ??

Roadshow Hasan Ali

Sekarang Hasan Ali sedang berjalan satu Selangor untuk menerangkan bahawa diri dia tidak bersalah dan membuktikan bahawa orang lain yang sebenarnya bersalah. Tuan-tuan boleh melihat road tour Hasan Ali di sini. Tuan-tuan sendiri boleh lihat tarikh-tarikh yang dicatatkan. Ia sangat berdekatan dengan tarikh Seminar Khas yang akan diadakan pada Sabtu ini pada 7 November. Ini menimbulkan banyak persoalan. Bercakap disalah sebuah tempat, Hasan Ali telah mempertahankan tindakannya memecat Khalid Samad dan Saari Sungip. Ini point-point kenapa Hasan Ali memecat mereka berdua :
Sebenarnya, kesemua point-point tersebut adalah rekacipta Hasan Ali. Sedangkan kebanyakan point-point itu berlaku dalam tahun ini sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat pada tahun lepas lagi. Pemecatan itu pula berlaku tanpa rundingan dengan Dewan Harian PAS Selangor.

Kenapa Hasan Ali memecat mereka berdua ??

Sebab utama pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungip ialah mereka kacau daun plan Unity Government di negeri Selangor. Setiap bulan laporan dari setiap negeri akan diberi kepada PAS Pusat untuk dilaporkan tentang aktiviti dan masalah mereka. Khalid Samad mempertikaikan laporan yang dibikin dari negeri beliau sendiri. Kerana setiap bulan laporan PAS negeri Selangor selepas kemenangan 8 Mac 2008 berunsur negetif dan berniat jahat dengan Pakatan Rakyat. Setiap kali laporan bulanan, PAS negeri Selangor menceritakan bahawa mereka tidak sesuai berada dibawah kawalan Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Laporan PAS Selangor juga menyatakan setiap bulan yang mereka ini tidak sesuai berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Setiap bulan juga, Ronnie Liew menjadi kambing hitam dalam laporan bulanan PAS Selangor.

Khalid Samad dan Saari Sungip mempertikaikan laporan bulanan negeri Selangor yang berunsur 'malafide' ini. Kerana sebahagian besarnya adalah rekaan semata-mata dan mempunyai unsur mahu khianat terhadap Pakatan Rakyat. Oleh kerana tidak tahan telinga dan tidak tahan dijatuhkan integriti dan kredibiliti oleh mereka berdua, atas nasihat ulamak "Unity Government" Hasan Ali terus memecat mereka berdua sebagai langkah menenangkan keadaan. Hasan Ali berkira-kira dengan pemencatan itu, cita-citanya menjadi Menteri Besar Selangor akan tercapai tidak lama lagi. Hasan Ali tidak sedar bahawa dirinya adalah bidak catur bagi agenda Task Force 2010.


Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com