Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Isnin, 23 November 2009

Ceita Yang Mana Benar Tentang Husam

penilaian di tangan anda - Harakah daily dan Mstar jua penjelasan tuan badan....

HARAKAH DAILY-KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

MSTAR-PETALING JAYA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar mingguan hari ini mengenai khabar angin yang beliau berhasrat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai satu 'gurauan' media.

Malah Husam berkata, tidak ada apa yang perlu beliau nafikan mengenai laporan tersebut kerana isu itu langsung tidak berbangkit.

"Bagaimana saya nak nafi atau nak sangkal, sedangkan ia tidak wujud.

"Kalau benda (isu) itu ada bolehlah saya nafi, ini tak ada... jadi tak boleh nak nafilah," katanya kepada mStar Online hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini dalam laporan muka depannya menyebut, Husam mahu melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri tetapi keputusannya tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS,yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut laporan itu lagi, Nik Aziz sebaliknya dikatakan memberi cuti selama lima hari kepada Husam untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Isu mengenai hasrat Husam untuk meletakkan jawatan itu dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang menyaksikan pemecatan pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai bloger kickdefella selepas berlaku dakwaan dan tuduh menuduh berhubung penyalahgunaan kuasa menantu Nik Aziz yang juga ketua pegawai operasi PMBK, Abdul Ariffahmi Rahman.

Dakwaan itu telah mendorong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan ke atas PMBK. Dan Husam dikatakan tidak berpuashati dengan pemecatan Syed Azidi.

Sumber akhbar berkenaan juga menyebut dalam tempoh cuti tersebut, Husam akan menjalani pembedahan tulang belakang yang ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya.SINI

"Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Jelas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu lagi, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai arahan cuti oleh Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan itu.

"Saya tak tahu, hari ini kalau tak silap Tok Guru (Nik Abdul Aziz) ada majlis, kamu pergi tanya beliau sendiri... kalau tak dapat, pergi tanya pihak akhbar berkenaan.

"Buat masa ini saya tak bercuti, saya akan bertugas macam biasa, saya sihat," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak akhbar berkenaan kerana menyiarkan laporan seumpama itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata: "Tengoklah nanti macam mana, hari ini hari Ahad, saya nak berehat... keluar makan-makan dulu."


YANG NI PULAK DARI BLOG TUAN BADAN SENDIRI...

Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya - Tok Guru Nik Aziz.

Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.

Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.

Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?

Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.

"Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana..."

Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?




DI atas adalah sumber Harakah daily yang lebih diyakini... memet ikata kata TGNA. Di bawah adalah petikan Mstar memetik kata kata Husam.... yang akhir dari blog tuan badan sendiri.... walau ada sedikit berbeza... Moga kebenarannya akan membawa kebaikan untu Islam , PAS dan Kelantan... awasi berita fasiq


Sumber Anak Sengat

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com