Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Khamis, 30 September 2010

Kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat

Kenyataan Media
Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan pemilihan parti
30 September 2010

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan UMNO. Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang UMNO. Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.

Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan “agenda reformasi” beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.

Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau. Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.

Keadilan ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di Negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.

Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya – UMNO/BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Dikeluarkan oleh:

Lee Boon Chye
Naib Presiden
KEADILAN

~~~~~~~~~~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

2 ulasan:

mo berkata...

Salam. Dalam kita sebok dgn pemilihan pkr, pelbagai isu yg di bangkit dalam dunia cyber ? Tak kan daun bergoyang kalau tak ada angin. Kretikan zaid atas apa yg berlaku ada benarnya jua. Mungkin terlalu awal kita nak membuat kesimpulan apa yg berlaku kini. Persoalan/ ini lah julong kali pemilihan secara lansung oleh setiap ahli, erti nya peluang yg cukup luas untuk calon berkempen secara tertip. Walaupun mungkin sistem pemilihan pkr kali ini sunguh hebat, namun cara dan budaya lama masih lagimenjadi amalan, personel attack, pemperkecil lawan, isu senior dan junior, tidak perlu di ungkit lagi, pkr sendiri berjuang atas landasan kebebesan. Pemerhatian kami bkan ahli di luar sini, belum cukup puas dgn reform yg di buat pkr ? Namun demikian harap itu masih tinggi terhadap pkr dan pr.

da berkata...

Selamat, Biarlah zaid dgn gaya nay, mungkin itu lah strategi zaid untuk mendapat undi,, tidak ada salah demokrasi memberi kita kebebesan untuk bersuara, asal berertika dan tidak menyalah peraturan parti. Mungkin sedar, azmin org dah lama, mempunyai ikatan yg kuat dgn ahli pkr . Mungkin dgn menyuarakan pendapat yg porvocative atau suara yg luar jangkaan akan memberi kelebihan kepada zaid, bercakap dgn visi dan misi nampak nya zaid lebih menonjol. Ahli pkr sedikit sebanyak memberi perhatian dan apa yg di suarakan dan mungkin dapat memancing undi? Budaya kita di malaysia ini biasa akan mencuriga bila mana ahli atau calon bercakap agak vokol dan jarang sekali kita menerima dgn polsitif atau terbuka. Disini lah kita dapat membuat perhitungan kematangan kita masih terlalu jauh. tq

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com