Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 19 September 2010

Timbalan: Azmin 29, Zaid 12, Mustaffa 6, Tian 2

Malasiakini

Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat dua lagi kepada 12 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan, Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.

Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Dengan dua lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 12. Cabang Batu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Batu Kawan dan Putatan adalah antara 36 cabang PKR yang bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.

Calon timbalan presidenyang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.

Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.

Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com