Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 19 September 2010

Timbalan: Azmin 32, Zaid 17, Mustaffa 7, Tian 2

6.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali terus menambah pencalonannya untuk jawatan timbalan presiden yang kini mencecah 32. Beliau mendapat satu lagi pencalonan dari cabang PKR Batu Gajah, Perak.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Batu Gajah mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sehingga ini, sejumlah 60 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.05pm Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi pencalonan ke-31 daripada cabang Ipoh Timur, Perak, untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Ipoh Timur mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehingga ini, sejumlah 59 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.




5.15pm
Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-17 dari cabang PKR Tangga Batu, Melaka.

Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub, pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

Bagi hari ini, Zaid sehingga ini mendapat tambahan tujuh pencalonan, naib presiden Azmin Ali (tambahan dua) dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub bertambah satu.

Turut mendapat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua (2); Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1) dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (1).

5.10pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-30 untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Terbaru beliau mendapat pencalonan daripada cabang PKR Bukit Katil, Melaka.

Cabang itu mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Bukit Katil mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

4.45pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan - juga dari Pahang - untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dengan ini, Zaid kini mengumpul 16 pencalonan.

Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Maran dan Temerloh.

Kedua-dua cabang tersebut juga mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, Maran mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

Manakala Temerloh pula mencalonkan Mustaffa, Fuziah, naib presiden Amin Ali dan pengarah strategik PKR, Tian Chua.

Sehingga ini, Zaid memperolehi enam pencalonan hari ini, Azmin (1), pengarah strategik PKR, Tian Chua (1) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (1).

Dengan itu, Tian sudah memperolehi dua pencalonan dan layak bertanding manakala Fuziah masih kekal dengan satu pencalonan.

Sehingga ini 56 cabang PKR sudah bermesyuarat.

4.00pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub masing-masing mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.

Zaid kini mengumpulkan 14 pencalonan manakala pencalonan bagi Mustaffa pula bertambah kepada tujuh.

Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Paya Besar Payang. Manakala satu lagi cabang PKR di Perak - Tambun - mencalonkan Mustaffa.

Sementara itu, Paya Besar dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagai jawatan naib presiden, Paya Besar mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden Azmin Ali; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Mustaffa Kamil.

Tambun pula mencalonkan naib presiden, Lee Bon Chye; Dr Mohd Nor Manuty; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan Gobalakrisnan.

3.45pm Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat tiga lagi kepada 13 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan dan Tasek Gelugor - kedua-duanya di Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.

Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.

Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.

Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib pula, Permatang Pauh mencalonkan, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; naib presiden Lee Boon Chye dan exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Dengan tiga lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 13. Cabang Batu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Sementara itu, Masjid Tanah merupakan cabang PKR pertama yang mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Masjid Tanah turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.

Sejumlah 36 cabang PKR bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.

Calon timbalan presidenyang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.

Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.

Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.


Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com