Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 7 September 2010

Antara Zaid dengan Azmin.


Oleh : AdukaTaruna

Serahkan sesuatu itu kepada ahlinya.

Allah menunjukkan satu sunnah yang harus kita ikuti dalam mencari dan memilih pemimpin. Nabi Adam melalui satu peristiwa getir yang membentuk segala kekuatan. Dicampak ke dunia, berpisah dengan Hawa, etc. Isa dilahirkan tanpa bapa, miskin. Sejak kecil pemimpin itu dibentuk Allah dalam satu konsep sunnahNya sendiri.

Malas cerita banyak, lu lagi terer bab cerita nabi; Nabi Yusuf kena buang dalam perigi, berpisah dari keluarga sejak kecil. Muhammad miskin dan perlu dibuang ke rumah Halimatussaadiah. Sejak kecil juga. Itu sunnah atau format alam yang Allah sediakan untuk kita.

Asas menetapkan falsafah.

Gua memang tak suka Azmin dalam beberapa tajuk, dan gua memang tak suka Zaid dalam beberapa tajuk. Sebenarnya gua lebih banyak tak suka Azmin dari Zaid untuk beberapa hujah yang masih belum dibentangkan. Dan kedua mereka lagi la buat tak port terhadap gua. Sama ada suka atau tidak. Pergi jahanam dengan semua itu.

Berbuih2 jari dan mulut gua dalam membawa kepada lu orang bahawa, dalam satu-satu permasalahan, PERTAMANYA, kita harus down tu basic. Yakni, kita adalah genetik yang bodoh.

Dari sini, seterusnya kita perlu terus kepada bahan mentah dari langit. Bukan terus ambil pendapat mana2 mazhab. Fisrt party. Kemudian, baru timbang dengan tafsiran 3rd party dari golongan lain. Golongan ahli. Setelah itu, barulah kita buat keputusan yang terbaik. Wallahualam.

Tapi kalau ikut bodoh Melayu, Najib Razak tu tak pernah kena gigit pacat pun boleh terus jadi MB Pahang. Ada yang tak pernah main bola tapi pimpin pertubuhan bola. Melayu dan bodoh memang tak habes2...

Azmin.

Zaid bagus dalam bidang tertentu. Azmin juga bagus dalam bidang tertentu. Tapi skang kita berdiskus bab PKR. Survival dan corak haluan PKR.

Merujuk semula kepada bab sunnah di atas, untuk mencari pemimpin bagi PKR, gua berpendapat, Azmin paling layak. Berapa derita dan laluan yang harus ditempuh Azmin untuk meletakkan PKR berada di tahap ini?

Mari menggigit 1st party.

"Patutkah manusia mengatakan mereka beriman, sedangkan mereka tidak diuji?"

Ezam pun tewas la bro... tapi setakat ini, Azmin masih berada dalam landasan. Alhamdulillah. Atas mengatakan hak kepada yang hak, walau gua tak suka dengan Azmin, gua tetap mengatakan Azmin lebih layak dalam tajuk perbincangan ini.

Zaid.

Zaid juga mempunyai prinsip yang jelas. Bagus. Tapi untuk meletakkan Zahid setinggi Timbalan Presiden dalam tahap ujian yang rendah, gua rasa seolah2 ahli PKR sudah menjadi Melayu bodoh. Memang benar Zaid meletak jawatan dan bersedia untuk susah dalam isu ISA. Tapi dengan setakat satu ujian itu, melantik Zahid sebagai leader GMI pun, masih belum layak berbanding leader2 dan aktivis2 yang berjuang sejak zaman UMNO kuat dan ganas.

Jika Zaid ikhlas dalam memperjuangkan rakyat melalui PKR, untuk apa jawatan Timbalan Presiden?

"Saya sanggup meletak jawatan dalam kabinet untuk bersama memperjuangkan hak rakyat. Tapi untuk itu, sila berikan saya calon pilihanraya dan jawatan Naib Presiden. Jika tidak, sukar untuk saya berjuang untuk rakyat."

Soalan gua, adakah seperti itu? Dan apabila Zaid menerima lumrah pemilihan, mudah sahaja mengeluarkan kenyataan terbuka yang negatif. Jika takut bertanding, jangan rosakkan suasana pertandinganlah. Kalau nak merajuk, petik nama sini-sana, tak payah bersama kami pun takpa. Baik gua sokong Nora Reformis tu.

Hujah.

Selain dari faktor amanah, memilih pemimpin juga harus membabitkan intelek. Intelek harus berada dalam cengkerang amanah. Jika intelek hebat, tapi amanah out, maka jadilah seperti Mahathir Mohammad. Tahap kemusnahan dasyat. Jika amanah hebat, intelek out, jadilah seperti Hadi Awang. Tahap kelam-kabut satu2 organisasi.

Sekarang ini, pada gua, intelek Zaid masih samar2. Intelek Azmin juga masih samar2. Walau gua tahu ramai meluat, gua pun malas juga nak tulis, gua sebut juga lah di sini. Antara Zaid dan Azmin, kalau nak dibandingkan dengan Husam, macam Perodua Viva dengan Honda i-Vtec. Tapi laluan penderitaan Azmin, kesetiaan, amanah boleh dibariskan dengan Husam (tapi tidak layak nak dibariskan dengan Mat Sabu). Cuma Zaid, gua tak nampak. Itu pandangan gua. Stakat lawyer, Sam Kepala AMK pun lawyer. Nazri Aziz pun lawyer.

Jadi, kalaulah Mat Saman Kati boleh anjurkan perbahasan intelek antara Zaid dengan Azmin, apa rangka yang mahu diperjuangkan Azmin jika dipilih, dan apa rangka yang mahu diperjuangkan Zaid jika dipilih, gua sokong amat.

Wallahualam.

Markah oleh gua (5 adalah bintang penuh).


Azmin - Pemikir - (3) [Perbandingan Husam 4.5]
Zaid - Pemikir - (2)

Azmin - Aktivis -(2) [Perbandingan CheguBard 4; Mat Sabu 5]
Zaid - Aktivis - (0)

Azmin - Amanah - (4)
Zaid - Amanah - (belum boleh menilai)


Azmin - Kaedah berjemaah - (2) [Perbandingan Hadi Awang 5]
Zaid- Kaedah berjemaah - (-1)

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com