Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 19 September 2010

Timbalan: Azmin 36, Zaid 19, Mustaffa 10, Tian 2

8.00pm Tiga calon utama jawatan timbalan presiden PKR menambah jumlah pencalonan masing-masing selepas 69 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Naib presiden PKR, Azmin Ali memperolehi 36 pencalonan manakala pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 19 pencalonan, diikuti oleh pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub yang memperolehi 10 pencalonan.

Azmin berjaya menambah lapan lagi pencalonan hari ini, manakala Zaid menambah sembilan pencalonan. Mustaffa menambah empat lagi pencalonan - semua dari cabang PKR Perak.

Turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua yang memperolehi dua pencalonan; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masing-masing mendapat satu pencalonan sehingga ini.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendapat lima pencalonan untuk jawatan presiden. Bagaimanapun sebahagian besar cabang yang telah bermesyuarat mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Manakala ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; Fuziah; naib presiden - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah - menjadi calon pilihan kebanyakan cabang untuk bertanding jawatan naib presiden.

7.50pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-36 dari cabang Bentong, Pahang.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Sebanyak 69 cabang PKR selesai bermesyuarat setakat ini.

7.35pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-35 dari cabang Kepala Batas, Pulau Pinang.

Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Kepala Batas mencalonkan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain Abas dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

7.03pm Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub mendapat tiga lagi pencalonan dari Perak untuk bertanding jawatan timbalan presiden.


Beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Ipoh Barat, Kuala Kangsar dan Parit. Dengan itu, Mustaffa kini mendapat 10 pencalonan.

Manakala satu lagi cabang di Perak - Kampar - mencalonkan naib presiden PKR, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Azmin kini mendapat 34 pencalonan.

Ipoh dan Kuala Kangsar mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Bagaimanapun, Parit dan Kampar mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula Ipoh Barat mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan Suresh Ramachandran.

Kuala Kangsar pula mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Dr Mohd Nor Manuty.

Parit pula mencalonkan Azmin Ali, Boon Chye, Fuziah dan Sivarasa

Manakala Kampar pula mencalonkan Mustaffa, Sivarasa, Tian Chua dan Suresh.

Sehingga ini 67 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.43pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapatkan pencalonan ke-19 dari cabang PKR Tampin, Negeri Sembilan.

Cabang itu turut mencalon mengekalkan Datuk Seri Dr Wan Aziah Wan Ismail bagi jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Tampin mencalonkan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; pengarah penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.

Sehingga 63 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali menambah satu lagi pencalonan - menjadi 33 sehingga ini - dari cabang Bruas, Perak, yang bermesyuarat hari ini.

Cawangan itu juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Sehingga 62 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

6.25pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi pencalonan ke-18 dari cabang PKR Rembau, Negeri Sembilan.

Bagi jawatan presiden, cabang itu mencalon ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk naib presiden pula, Rembau mencalonkan naib presiden Lee Boon Chye; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan.

Sehingga ini, sejumlah 61 cabang PKR telah selesai bermesyuarat.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com