Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 18 September 2010

Tak Rasmi Azmin Mendahului 24 Pencalonan Untuk Timbalan Presiden

MI

TERKINI @ 07:43:51 PM 18-09-2010
September 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali mendahului pencalonan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung buat hari kedua hari ini.

Dalam perkembangan dilihat mengejutkan, salah satu cabang turut mencalonkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden walaupun Rabu lalu beliau menolak sebarang usaha mencalonkan beliau.

Cabang itu ialah Arau dari Perlis.

Daripada 35 cabang yang diketahui keputusan tidak rasmi setakat 7 petang tadi, Azmin yang juga Naib Presiden memperoleh 24 pencalonan.

Ia termasuklah empat yang diperoleh semalam.

Cabang yang mencalonkan Azmin ialah Pasir Mas, Rantau Panjang, Ketereh, Tanah Merah, Langkawi, Kubang Pasu, Kulim-Bandar Baharu, Lipis, Raub, Indera Mahkota, Cameron Highlands, Kuantan, Jelebu, Rasah, Larut, Bagan Serai, Bukit Gantang, Sungai Siput, Parti Buntar; Sabah, Kudat, Libaran, Silam, Kangar dan Arau.

Zaid menerima pencalonan Alor Setar, Kota Baru, Tumpat, Jerantut dan Kota Belud.

Mustafa Kamil Ayub dicalonkan oleh Kuala Kedah, Gerik, Lenggong, Taiping dan Padang Besar.

Kesemua mereka layak bertanding kerusi itu.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua masih kekal dengan satu pencalonan iaitu daripada Pokok Sena di Kedah. Ia diperoleh semalam.

Sebanyak 40 cabang dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini.

Bermakna, Dr Wan Azizah kekal calon menerima pencalonan terbanyak setakat ini.

Sembilan cabang bermesyuarat semalam.

Keputusan penuh:

Kangar: Presiden (Wan Azizah), timbalan presiden (Azmin), naib presiden (Saifuddin Nasution Ismail, Tian Chua, Gopalakrishnan dan Fuziah Salleh)

Kulim-Bandar Baharu: Presiden (Wan Azizah), timbalan presiden (Azmin), naib presiden (Dr Lee Boon Chye, Senator Zamri, Sivarasa, Tian Chua)

Lipis: Presiden (Wan Azizah), timbalan presiden (Azmin), naib presiden (Fuziah, Mansor, Dr Lee Boon Chye dan Dr Xavier Jayakumar)

Silam: Presiden (Wan Azizah), timbalan presiden (Azmin), naib presiden (Ansari Abdullah, Dr Jeffrey Kitingan, Mustafa dan Shamsul Iskandar

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com