Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 18 September 2010

Anwar dapat tiga pencalonan tanding presiden PKR, tapi isteri dahului

September 18, 2010
Anwar dan Wan Azizah kedua-duanya dicalonlan bertanding jawatan presiden PKR. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan dan layak untuk bertanding jawatan presiden parti itu bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyandang kerusi itu sejak sedekad lalu.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat yang awal minggu ini menyatakan hasrat tidak mahu menerima sebarang pencalonan jawatan pusat PKR, dicalonkan oleh tiga cabang atau bahagian hari ini.

Seseorang hanya perlu memperoleh dua pencalonan untuk bertanding mana-mana jawatan peringkat pusat PKR.

Sebanyak 40 cabang mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini iaitu hari kedua.

Anwar memperoleh pencalonan cabang Sipitang, Kuala Pilah dan Arau.

Setakat 10 malam ini, Dr Wan Azizah mendahului pencalonan bagi jawatan presiden.

Termasuk semalam, Dr Wan Azizah dipercayai sudah pun menerima 38 pencalonan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Azmin Ali berada jauh di depan dalam senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Azmin memperoleh sekitar 26 pencalonan manakala anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima tujuh pencalonan.

Seorang Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub juga layak bertanding jawatan timbalan presiden dengan memperoleh enam pencalonan.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua dicalonkan oleh satu cabang.

Bagi jawatan naib presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk tidak bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendahului calon-calon lain.

Pencalonan akan berlangsung sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 29 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Dalam pada itu, bagi jawatan ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin dikatakan mendahuli yang lain termasuk Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim yang turut menawarkan diri bertanding.

Bagi jawatan ketua Wanita PKR, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dikatakan menerima pencalonan padu.

Sekitar 16 pemimpin telah pun layak untuk bertanding kerusi presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua AMK dan ketua Wanita.

Bagaimanapun usaha mendapatkan butiran terperinci pencalonan gagal mendatangkan hasil

Tiada ulasan:

Template by : realaduka .blogspot.com