Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 2 Jun 2009

Runtuhnya Stadium Di Terengganu Tanda UMNO Terengganu Di ambang Keruntuhan Juga?



Dahulu sewaktu GB mengulas mengenai suasana di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bergelap selama 15 minit sewaktu semua pihak menunggu sebutan kali ke 2 pembicaraan krisis yang berlaku di Perak dan GB bertanya apakah "gelap" selama 15 mnit itu akan membawa satu petanda masih ada ruang "gelap" di dalam sistem kehakiman di dalam negara ini. (baca tulisan ini)

Jawapannya YA apabila ternyata hakim-hakim Mahkamah Rayuan "menggelapkan" suasana kebenaran dan keadilan apabila sehingga kini masih gagal untuk memberikan penghakiman bertulis terhadap keputusan mereka yang menolak Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sebaliknya menobatkan Zambry pula.

Itu petanda dan petujuk Allah sebelum sesuatu kejadian berlaku. Allah Maha Tahu namun Dia Maha Pengasih Maha Penyayang, memberikan tanda-tanda bagi mereka yang boleh membaca dengan mata hati terhadap apa yang tersirat dari menjengah tentang apa yang tersurat.

Kini Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah. Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kereta kancil dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Apa yang tersirat dari peristiwa tersebut?

GB sebelum ini baru sahaja menyiarkan satu berita bertajuk ADUN UMNO BN Trg Berbalah, DUN Bakal Dibubarkan. Sebelumnya di blog ini juga GB ada membuat pertanyaan apakah mungkin Adegan Usung Speaker Akan Berlaku Di Terengganu?

Tiba-tiba Terengganu di kejutkan dengan runtuhnya sebuah stadium paling canggih di pantai timur.

Pada hemat GB, sebuah kerajaan akan runtuh tidak lama lagi. Mungkin ada yang tersenyum enggan mempercayainya, tidak ada masalah apa-apa kerana ia hanya sekadar satu telekan merapu seorang GB. Jauhari akan mengenal manikam mana yang asli.

Sumber Greenboc

3 ulasan:

aa8066 berkata...

Pada aku setiap yg malang itu akan menimpa PAS bukan UMNO. contohnya bila makamah bergelap 15 minit maknanya MB PAS tewas. dan bila runtuhnya stadium Sultan Mirzan maknanya PAS akan runtuh sebab Presiden PAS dari Terenganu. Kita tenguk sape yg kena. Sbb PAS boleh dikatakan sentiasa membawa nasib MALANG.

Tanpa Nama berkata...

saya penyokong umno. saya sokong umno sebab umno banyak runtuhkan bangunan. lepas 2 umno akan panggil syarikat kroni untuk betulkan runtuhan. dan bila runtuh lagi panggil kroni lagi. harap2 umno xruntuh. kalo umno runtuh tiada lagi bangunan runtuh, syiling jatuh, jambatan bergoyang dan xda projek utk kroni

Tanpa Nama berkata...


HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!! HIDUP UMNO !!!

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com