SEBENTAR tadi, saya ditemukan dengan seorang sahabat lama PAS yang sama-sama berada di majlis ukhuwah pemimpin-pemimpin PAS petang dan malam semalam berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.
"Okey. Semuanya beres, yang seolah-olah luka itu sudah nampak sembuh sekarang??" Saya tanya.
"Ya! Luka luar sudah nampak sembuh, tapi yang bengkak masih belum surut, seolah-olah ada duri yang masih belum boleh dicabut!" Jawabnya. "Memang duri-duri kecil sudah dicabut, tetapi bengkak tak nampak surut lagi, mungkin masih ada bapak duri mencengkam di dalamnya.."
"Ah.. berkias-kias pula.." Saya nak terus terang. "Apa duri-duri itu?"
"Terus terang aku kata.. Sebelum dijalankan undi dalam muktamar 55 lepas, melihat kepada perlantikan pengira undi, dari segi jumlah, masa dan ketidak telusan pemerhati, pemerahati tidak dibenarkan masuk dan segala macam, kami sudah tahu idola kami akan kalah. Tapi bukan kerana kalah kurang dari undi perwakilan.. kalah kerana SPR muktamar!!"
Kami yang dengar, terkejut.
"Dalam pertandingan Timbalan Presiden, undi penentang penyandang, keputusannya tiba-tiba terpecah dua. AJK yang menangpun tidak imbang, ditinjau dengan selidik perwakilan. Bila perlantikan AJK pula, orang yang sudah tidak dilantik muktamar beberapa penggal, tiba-tiba dipilih memegang jawatan penting! Seolah-olah dia yang menentukan dasar, apalagi bila dilihat rekod-rekod lalunya berhubung Kerajaan Campuran/Perpaduan dalam ertikata hubungan PAS/UMNO saja...."
Mata yang mendengar kritiknya mulai terbeliak.
Seorang dari kawan kami mencelah, "Aku terima SMS sebelum ini dari penyokong PAS yang bukan Islam, katanya, Lu sokong Tok Guru mana? Tok Guru sokong UG (Kerajaan Perpaduan) ke, tok Guru lawan UG? Kalau jadi UG UMNO-PAS, kami mahu pergi mana?, katanya. Aku tak boleh jawab apa-apa.. Nasib baik ada kumpulan 10 Ahli Parlimen yang mula cetuskan anti K/Perpaduan, bertolak dari situlah berlaku seperti sekarang."
Sahabat lama PAS itu menyambung lagi, "Mengapa tiada ketelusan dalam menjelaskan mengenai biaya pengurusan muktamar yang dilaporkan dibiayai syarikat UMNO?? Benarkah?" Katanya menikam, walaupun nampak tenang. "Aku bimbang.. bengkak dari kesan luka itu lambat laun akan bernanah, dan merosakkan tubuh PAS. Na'auzubillah.."
Tanpa disedari, air sudah tergenang di kelopak matanya. Dengan sebak katanya,"Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT selamatkan jamaah dan perjuangan kita...."
Dia membacakan doa, dan kami aminkan beramai-ramai...
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Komen,
Yang lalu biarlah berlalu, semoga apa yg berlaku memberi pengajaran kepada kita semua untuk berusha mengubah kepada yg lebih baik, di harap kepada pemimpin pas berpegang teguh pada janji yg telah di buat,
Cuma penulis masih terfikir adakah benar hal UG ini benar - benar sudah tamat!!?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan