Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Selasa, 16 Jun 2009

Barisan Perpaduan 1

Haji Hadi dah bagi ‘penjelasan’, tapi sama ada penjelasan dia telah menjelaskan suasana atau tambah mengharubirukan suasana..terpulang kepada tafsiran masing-masing. Dan nampaknya..yang memerlukan penjelasan bukan ahli-ahli dan penyokong Pas di tanah air, tetapi orang di England. Baca kat sini.

Diwaktu yang sama, Nik Aziz terus menghentam Kerajaan Perpaduan. Siapa yang menyokong Kerajaan Perpaduan adalah BONEKA UMNO!. Kat sini. Manakala Kelab Penyokong Pas pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pemimpin Pas yang menyokong Kerajaan Perpaduan dari turun ke Manik Urai.

Aku cuba tak mau bercakap tentang perkara ini..terutama bila orang suruh aku tutup mulut…sebab aku bukan orang Pas. Orang PKR tak boleh cakap pasai Pas..Tapi orang Pas boleh kutuk PKR!!!

Bila aku baca yang ini…bengang juga kepala.

“Aku tengok yang hentam Tok Guru Nik Aziz dengan Ustz Nasha ni tak lebih sebagai agen PKR je..bukan ahli Pas pun..sokong Pas pon tak tara mana..hangpa memang mau proksi anwar kuasai Pas bukan…???”

Begitu juga bila baca macam ni…

Ramai juga sebenarnya penyokong PAS yang berblogging terbawa-bawa dengan cara pemikiran liberal blogger PKR…
Kononnya blogger kembara jalanan..
Tau sama tau sudahlah sapa yang dimaksudkan

Apakah Nik Aziz juga ejen PKR? Apakah Nik Aziz juga proksi Anwar?Dan bagaimana dengan Kelab Penyokong Pas yang mengharamkan pemimpin Pas pro UG dari turun ke Manik Urai…apakah mereka juga ejen PKR?Mengapa Nik Aziz tidak mahu berhenti dari mengentam Kerajaan Perpaduan? Malah Nik Aziz juga memberi amaran…

Beliau berkata, gelaran ‘boneka UMNO’ yang diberikan kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihati golongan tersebut.

Ini cuma nasihat. Apakah kalau berterusan isu ini, Nik Aziz akan mengisytiharkan perang pula? Mengapa Nik Aziz begitu marah?

Ada banyak yang diketahui oleh Nik Aziz tapi dia tak boleh nak ceritakan secara umum. Kadang-kadang dia buat secara kiasan..dan terpulang lah kepada kita untuk berfikir dan mencari apakah sebabnya dia begitu marah.

Begitu juga bila aku tulis, aku tak meminta semua orang baca apa yang tersurat saja…ada perkara yang aku tak boleh cerita secara umum. Bila aku tulis sesuatu perkara..aku bukan duduk dirumah saja dan menatap komputer. Lepas tu karang cerita.

Aku ikut ceramah merata tempat. Bagan Datoh, Pasir Panjang, Bagan Serai, sampai Pengkalan Hulu. Bila nak tulis tentang pondok Pak Teh..kami pergi jumpa dia. Bila dengar cerita pertemuan lapan mata di Kota Bharu..kami pergi ke Kota Bharu..untuk mendapat maklumat terus. Dan ada yang boleh diceritakan secara umum…ada yang tak boleh. Mana yang tak boleh tu..hangpa kena usahakan la. Kalau nak dapat tahu dari aku pun boleh…tak ada masalah. Boleh jumpa bila-bila masa.

Tapi kalau terus bagi label..aku ejen PKR…nak pecahbelahkan Pas…susah la.

Tiap pagi..bila aku buka komputer, sudah pasti lah aku buka blog sendiri..tengok komen-komen dan jawab mana yang boleh. Lepas tu aku akan buka blog Penarik Beca.

Aku dengan Bakaq bukan ngam sangat pun. Aku pro-Anwar..dia marah kat Anwar. Tapi itu bukan sebab untuk kami bermasam muka, dan juga bukan sebab pasai apa aku nak kutuk dia Syiah ka…dia tukang kacau ka. Tapi aku suka dia pasai dia benci Umno. Tu saja. Dan dia hentam Pas pasai dia sayang kat Pas.

Dalam blog Bakaq…dia tulis pendek-pendek tapi penuh maklumat. Tapi ramai orang tak mau meneroka lebih jauh bila dia bagi clue..sebaliknya tuduh dia fitnah..buat cerita karut. Cuba perhatikan..pasai apa Bakaq buat posting pasai Task Force 2010…pasai Lt. Jen. Wan Abu Bakar..pasai apa?

Wan Abu Bakar adalah bos Risik Tentera. Perkataan yang popular ialah MIO. Task Force 2010 adalah projek MIO untuk mengekalkan kuasa Umno. Dan untuk mengekalkan kuasa Umno..Pas perlu dihapuskan dan kuasa Umno perlu dikembalikan.

Bila Umno kalah diempat negeri semasa GE2008, MIO diarahkan untuk berbuat apa saja untuk mendapat kembali Selangor, Perak dan Kedah. Dan MIO menggunakan talibarut mereka dalam Pas untuk memujuk kepimpinan Pas Negeri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hasan Ali mencuba diSelangor, tapi gagal. DiPerak juga gagal kerana Ahmad Awang enggan bekerjasama dengan Umno.

Bila gagal..mereka menggunakan cara lain dengan merampas Perak secara tak bertamadun. Di Selangor, mereka masih berusaha. Dan bila Tok Iskandar tulis supaya kita berjaga-jaga tentang Selangor, aku tak heran. Dan aku juga tak heran kalau Selangor jatuh ketangan Umno…sebab memang itu yang sedang diusahakan. Dan Umno tak akan mampu menjatuhkan Pakatan Rakyat tanpa bantuan orang dari dalam PR sendiri.

Isu Husam kalah..Nasharudin menang. Isu muktamar Pas ditaja oleh orang Umno…adalah isu remeh. Yang kita nak bergaduh pasal apa? Pasal apa kita tak mau pi tanya Nik Aziz…pasai apa dia marah sangat?

Masa PRK Bukit Gantang…Ustaz Nasha dan Hj. Asmuni angkat tangan pegang bendera putih. Ada orang kata aku temberang. Pi tanya kat blogger Cenangau. Dia bertugas dengan Unit IT Pas..berkampung kat markas Air Kuning..pasai apa dia terlentang dalam bilik unit IT malam tu?

Ustaz Nasha dapat maklumat dari mana? Dia dapat maklumat Pas akan kalah menerusi MIO. Dan dia percaya kat MIO…bukan dari petugas kat lapangan..bukan dari tukang gantung bendera dan tampal poster. Tapi petugas tak mahu mengaku kalah..dan orang PKR juga tak mahu mengaku kalah. Dan orang Syiah macam Bakaq pun tak mahu mengaku kalah.

Hangpa pi tanya kat Bakaq..berapa banyak SMS dan panggilan telefon yang dia buat kat aku tentang apa yang patut dibuat. Hangpa pi tanya kat Cyberboron dan Anaz, pasai apa pemimpin PKR panggil kami tengah malam buta. Hangpa pi tanya kat Pak Mat dan Tok Sidang dari Pengkalan Baru..apa yang depa buat di Trong. Aku tak boleh nak cerita semua secara umum. dan bukan aku nak kata..Pas menang pasai usaha kami…tapi apa yang aku nak bagi tau ialah…kami tak mahu Pas kalah.

Hakikatnya…kalau kami mahu Pas lingkup…ikut cakap Ustaz Nasha. Tapi kami tak ikut sebab kami mahu Pas menang.

Perana MIO bukan saja di Bukit Gantang. Semasa Muktamar yang baru lalu juga ada penglibatan MIO.

Sejak dua hari lalu…aku mendapat update dari kumpulan pemikir Ustaz Nasha. Whoa…dalam muktamar Pas pun sekarang pakai MIO! Rating Ustaz Nasha semakin meningkat..dan Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO!

Kita reaktif pada yang tersurat..tapi tak peduli pada yang tersirat. Kita tak mahu berfikir…sebaliknya hanya menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan. Dah jadi macam Umno..”kami menyerahkan kepada pucuk pimpinan.”

Tajuk posting aku hari ni ialah Barisan Perpaduan…bukan Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan dah jadi cacamarba. Hj. Hadi dah kelamkabut. Semalam dia kata..Kerajaan Perpaduan ialah kerajaan tanpa pembangkang..macam di Indonesia dan Afrika Selatan. Aku ingatkan dia ikut mana-mana kerajaan Islam!.

Lepas tu dia kata..Kerajaan Perpaduan cuma relevan masa Abdullah Badawi bukan masa Najib. Kalau tak relevan…diam saja la. Yang pi jolok sarang tebuan pasai apa?

Kalau aku kata Hj. Hadi bohong…nanti hangpa marah kat aku..jadi aku katakan..Hj. Hadi silap strategi. Oleh kerana idea Kerajaan Perpaduan ini terlalu besar..Hj. Hadi tak boleh nak kawal. Kalau dulu..senang. Sebab ramai orang tak tau, tapi sekarang…rahsia senang bocor.

Ini yang sudah berlaku..tapi apa dia yang sangat dirisaukan oleh Nik Aziz? Apakah ‘Grand Design’ MIO untuk menghancurkan Pas?

Part 2

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitu lah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup dibawah pemerintahan Umno.Begitu juga di Perak..macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno..Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaj meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang..dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas,Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang..Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali, idea Kerajaan Perpaduan.Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Ini lah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya..perpaduan. Realitinya…perpecahan. Dan apakah perpecahan didalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkahlaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?,
Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat didalam kepimpinan Pas. By hook or by crook. Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang diluar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.
Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas..kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu..apa lagi yang boleh diharapkan?Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno..kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak..tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.
Manusia merancang…Tuhan menentukan.
Sumber
PerakExpress

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com