Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 27 Jun 2009

MB Selangor kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?


Khalid Ibrahim nafi beri laluan kepada Zaid

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

"Isu besar seperti ini biasanya dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi perkara ini tidak pernah langsung dibincangkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa beliau berkemungkinan mengosongkan kerusi itu selepas pilihan raya kecik Manik Urai Julai ini, bagi memberi laluan kepada Zaid bertanding sekali gus membantu memperkukuhkan PKR.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata, pihaknya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya atas apa sebab sekali pun.

"Masanya belum sesuai. Ada sesetengah rakyat berasa tidak selesa kerana terlalu banyak diadakan pilihan raya. Kita perlu fokus kepada kerja yang dilakukan.

"Apa pun keputusan di peringkat biro politik, ia adalah keputusan bersama bagi memantapkan parti," katanya di sini hari ini.

Zaid turut dilaporkan terkejut dan menyangkal spekulasi terbabit serta mendakwa perkara itu adalah khabar angin yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dipecat daripada Umno pada Disember lalu menyertai PKR pada 13 Jun lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, keanggotaan Zaid ke dalam parti itu adalah sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan PKR. BERNAMA


Komen Penulis,

memang masa kini tidak sesuai untuk mengadakan pilihanraya tanpa sebab yang munasabah kerana setengah rakyat akan jadi jemu dan bosan ,

penulis berharap berita ini tidak benar sama sekali untuk mengelak persepsi negatif rakyat terhadap pakatan rakyat tambahan pula kerusi Bandar Tun Razak itu tidak stabil untuk pakatan rakyat mengadakan pilihanraya kecil di situ.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com