Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 1 November 2009

Ustaz Azizan Lebih Layak Ganti Haji Hadi?


Saya merujuk kepada sebahagian tulisan Prof. Aziz Bari yang terdapat di PerakExpress. Sememangnya Ustaz Azizan layak menggantikan Haji Hadi untuk menerajui PAS. Walaupun beliau dikatakan tidak berminat, PAS harus paksa beliau. Bagi saya Ustaz Azizan memang mempunyai ketokohan yang mirip dengan almarhum Ustaz Fadzil, cuma ada yang "kureng" sikit, aura belum cukup kuat. Kebolehan serta kecekapan Ustaz Azizan mentadbir Kedah jauh lebih baik sewaktu Kerajaan PAS di Terengganu dahulu. Ustaz Azizan berjaya menangkis serangan-serangan daripada UMNO dengan bijak sekali. Bermula sewaktu awal-awal Pakatan mengambil alih Kedah. Isu Tadika Kemas dikunci dimainkan, tapi berjaya diselesaikan oleh Ustaz Azizan sehinggakan UMNO tidak mampu membalas balik.


Begitu juga ketegasan beliau dalam isu perobohan rumah sembelihan babi. Isu ini hanya seketika, kemudian hilang dibawa angin. Sehingga sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan yang agak selamat daripada peluru-peluru UMNO, berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Potensi kerajaan Kedah sekarang jauh lebih baik daripada Kerajaan Terengganu sewaktu tahun 1999-2004 lalu. Nak dibandingkan dengan Presiden yang sedia ada yang sudah terbukti lembab, menjadi boneka kepada beberapa kerat pemimpin PAS tertentu, jauh beda. Terengganu gagal dipertahankan kerana lalai dan mudah lupa diri. Syok sendiri orang kata. Dia ingat rakyat sokong PAS. Sebab itu buat lebih kurang. Hubungan dengan parti komponen Barisan Alternatif dahulu tidak dijaga dengan baik, sehingga DAP bertindak keluar daripada BA. Presiden yang lembab, ikut saja telunjuk geng-geng Terengganu.


Haji Hadi sewaktu mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dahulu, sejumlah wang yang besar nilainya dijumpai di dalam laci bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar. Tapi Haji Hadi membuat keputusan tidak perlu siasatan. Buat-buat baik. Dan juga oleh kerana ke"mengongan" beliau memperkenalkan dokumen negara Islam, membuatkan pengundi bukan Islam semakin menjauhi PAS, tambahan pula ketika itu gejala "Islamophobia" masih lagi menghantui orang bukan Islam dengan tragedi 11 September di New York. Cerdik kan Haji Hadi??? Dia ingat dengan memperkenalkan dokumen itu, dah boleh jalankan hudud, rejam orang, kerat tangan (sebab istilah "hudud" itulah yang sering dilaungkan Haji Hadi di dalam kuliahnya, nak sangat hudud tapi bodoh dalam strategi). Dia masih lagi amalkan strategi 80-an, ketinggalan zaman. Style ceramah dia pun kekalkan, membosankan.


Almarhum Ustaz Fadzil tak macam itu. Tak terburu-buru nak laksanakan Islam, kerana ada benda yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. Apabila almarhum ditanya oleh wartawan antarabangsa, adakah Ustaz Fadzil akan menutup pusat judi di Genting Highlands jika BA memerintah negara? Dengan bijaksana dan tidak lembabnya Ustaz Fadzil menjawab, (saya petik dari sini), “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.” - tengok jawapannya. Jauh lebih cerdik daripada pengganti beliau, yang siang malam berkokok umat Islam harus tegakkan Islam, tapi strategi hancur. Ustaz Azizan ada kredibiliti seperti Ustaz Fadzil. Cerdik. Tidak bengap.


Sama tapi tak serupa


Haji Hadi terbukti seorang yang lemah. Dia diibaratkan Abdullah Badawi, banyak mendiamkan diri, membisukan diri, seperti orang tidur. Aduka Taruna gelar ''the Sleeping Buddha". Masalah yang ditimbulkan oleh Hassan Ali di Selangor dia buat-buat sardin. Perarakan kepala lembu, dia buat-buat tidur. Bila hampir kesemua AJK PAS Pusat minta Hassan Ali ditukarkan, Haji Hadi nakkan siasatan dijalankan. Padahal dah terbukti mangkok itu bermasalah. Nak siasat buat apa lagi. Haji Hadi juga seorang pemimpin yang lemah. Ikut telunjuk Mustafa Ali, jadi puppet atau wayang kulit kepada Mustafa Ali, dari dulu sampai sekarang. Dulu lingkup Terengganu, sekarang kemungkinan besar lingkup PAS pula.


Tengoklah semasa sidang media, Mustafa Ali banyak bercakap di pihak Haji Hadi. Dialah mastermind, dia kawal parti, dia kawal Harakah, dia kawal Presiden. Haji Hadi dah jadi macam pemimpin UMNO, ayat yang biasa terkeluar dari pemimpin UMNO sekarang ada pada Haji Hadi, "Kita akan siasat", "siasatan akan dibuat,". Dah tahu sebelum ini orang tak suka Hassan Ali, dan ada permintaan supaya Hasan Ali ditukarkan, tapi si Presiden lembab ini kekalkan juga. Setiausaha Agung, Mustafa Ali dipilih. Tak ada orang lain ke? Apa beza PAS dengan UMNO? Sepatutnya Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh PAS-PAS Kawasan, bukan lantikan terus daripada Pusat, tak peduli suara bawahan. Nak pelingkup parti betul.


Saya tak boleh ulas dan kondem banyak-banyak, nanti ada bahasa yang tak elok terkeluar. Elok berhenti setakat ini saja. Ustaz Azizan layak berbanding Hajo Hadi, ketuai Parti Islam Se-Malaysia. Basmikan PAS daripada Geng Terengganu.

Sumber Refomis Jalanan

1 ulasan:

Telok Bakong berkata...

salam hu hu TGHH nak ubah strtegi macamana sbb dikelilingi punah sihat yg mengutamakan kroni sampai Dr. Syed Azman pun terpinggir

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com