Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Sabtu, 13 Jun 2009

IDEA PERPADUAN UMNO-PAS GAGASAN HJ HADI-SATU KEKALUTAN PEMIKIRAN


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)

SUDAH jelas dan terserlah idea perpaduan UMNO-PAS yang dipertahankan Ustaz Hadi dan Nasharudin Mat Isa sudah menemui jalan keluar yang sukar. Semenjak gembar-gembur isu Muzakarah dan Muqabalah hinggalah sampai ke kerajaan Perpaduan. PAS dalaman mulai keliru dan terkeliru dengan hujah-hujah Presiden parti yang beria-ria mahu mencetuskan gagasan baru idealismenya ke arah pembantukan kerjaan perpaduan UMNO-PAS. Tafsiran mudah kerajaan Perpaduan PAS-UMNO yang bakal dibentuk nanti tentunya lebih kurang sama dengan kerajaan campuran UMNO-PAS yang dikenali Barisan Nasional(BN) yang dibentuk selepas pilihan raya 1969.

Saya sudah menjangka kemelut dan kekacauan akan berlaku dalam PAS, jika mana-mana pemimpinnya cuba mamainkan isu kerjasama dengan UMNO. Sejarah mencatatkan sesudah ini apabila tercetusnya isu-isu permufakatan UMNO-PAS, keuntungannya sentiasa memihak kepada UMNO. PAS sebaliknya terpaksa menempah kerugian.

Dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba dibangkitkan oleh Presiden PAS baru-baru ini satu bokti lagi betapa organisasi dalaman PAS mula menempah permasalahan dalaman. Bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Hj Nik Aziz kerajaan perpaduan UMNO-PAS satu idea yang "KARUT". Cerita-cerita karut ini mula dibawa oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Sehingga kini ahli PAS dan para pemimpin tidak faham apa yang dimaksudkan sebagai kerajaan perpaduan itu.

Apa pun kesannya sudah calar dan luka mula berdarah dalam PAS. Selepas "Pasca Muktamar PAS ke 55" dan ekoran kegairahan HJ Hadi membangkitkan isu perpaduan UMNO-PAS, difahamkan ia banyak mencetuskan kontoversi dalam Pakatan Rakyat. Malah kacau bilau dan keraguan juga turut tergangu dalam rumah tangga PAS. Sekalipun tidak berlakunya perpecahan dalam PAS ekoran isu Hj Hadi itu tetapi, keraguan dan reputasi Presiden PAS mulai dipertikaikan oleh banyak kalangan dalam parti sejak Ustaz Hadi membangkitkan isu kerajaan perpaduan UMNo-PAS. Kemuncaknya sudah tercetus pertentangan kelompok yang dikatakan kumpulan ulama konservatif mempertahankan kerajaan perpaduan UMNO-PAS dengan kelompok muda profesional yang disifatkan lebih pro kepada Anwar Ibrahim(erdogon) mahu meneruskan servival politik bersama Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pemerintahan dan bukannya menjalin kerjasama dan kerajaan perpaduan UMNO-PAS.

Hakikat disebaliknya isu kerajaan parpaduan yang ditimbulkan oleh Ustaz Hadi lebih banyak rugi daripada menguntungkan PAS. Pertama hikmah dan kebijaksaaan exsprimen politik baru Hj Hadi membangkitkan lebih banyak rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pemimpin PAS dalam semua peringkat. Dari segi isu PAS memberikan kemenangan terlalu mudah kepada UMNO, keleliruan dan hakisan keyakinan dan kepercayaan kental di kalangan parti Pakatan Rakyat mulai saling ragu meragui. Dan lojik yang selalu dipergunakan UMNO, jika mereka kuat pasti tidak akan melayani isu yang dilontarkan Hj Hadi itu. Di sinilah lemahnya perkiraan politik Hj Hadi dan Nashardin Mat Isa.

Sudah pasti PAS terpaksa megambil masa yang lebih banyak dan lama untuk memulihkan semula kredibiliti yang tercalar ekoran daripada kekacuaan pemikiran Ustaz Hadi. Yang untungnya UMNO yang sedang dilanda kemelut mulai kondusif dengan isu perpaduan itu. Sekali lagi PAS di bawah teraju Hj Hadi hampir-hampir masuk ke perangkap UMNO yang sengaja dicipta dan dicari sendiri oleh Hj Hadi. Dan selepas ini apa lagi isu karut yang merugikan PAS bakal dilontarkan lagi oleh Ustaz Hadi.

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO KINI MENDAPAT KEKUATAN, PKR DAN DAP BERDUKACITA

Oleh: WFAUZDIN NS

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita.
Sumber Di Sini

Dato Husam Musa, menggulung Perbahasan Ucapan Dasar '



Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com