Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat Gantung Tugas Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Serta Merta
Mesyuarat tergempar Exco Kerajaan Negeri Perak lewat malam semalam mengambil keputusan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang berkuat kuasa serta merta.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media di kediaman beliau selepas tamat mesyuarat tersebut yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh.
Keputusan itu adalah antara tiga ketetapan penting yang diputuskan of Exco pada mesyuarat itu susulan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Putrajaya tengahari semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut pada Mach 2008.
"Pada mesyuarat tergempar Ecxo kami telah mencapai keputusan untuk menggantung Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid daripada tugas mereka dengan serta merta. Mereka dilarang menghadirkan diri atau menjalankan tugas di pejabat Setiausaha Kerajaan sehingga diberitahu kelak.
"Kami tidak memecat mereka kerana gaji dan elaun mereka tetap diberi tetapi mereka tidak dibenarkan bertugas.
"Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri akan dipangku oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamaluddin Al Amini manakala timbalan Penasihat Undang-Undang akan menjalankan tugas ketuanya yang digantung kerja," tegas beliau.
Ditanya apakah tindakan Exco tersebut akan dilihat sebagai membalas dendam Datuk Seri Nizar berkata perkara tersebut tidak timbul sama sekali malah kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi kedua pegawai tinggi tersebut secukup ruang untuk membuktikan kemampuan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan sebelum rampasan kuasa Barisan Nasional tetapi malang mereka telah menunjukkan sikap permusuhan.
Sikap mereka dibuktikan selama tiga bulan di bawah kerajaan kudeta Datuk Seri Zambry Abd Kadir apabila kedua-dua penjawat awam ini memperlihatkan sikap senebar mereka memihak kepada BN jelas Menter Besar lagi.
"Kalau kami ingin membalas dendam lama sudah kami buat sejak 8 Mach (Pilihan Raya Umum ke 12) lagi tetapi kami mahu memberi mereka peluang tetapi jelas peranan mereka terutama semasa kekecohan sidang Ddewan Undangan Negeri 7 Mei lalu membuktikan mereka tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Sekiranya mereka dibenarkan terus bertugas kami khuatir akan timbul perasaan syak mengesyaki antara mereka dengan kakitangan lain dan perkara ini tidak baik untuk pentadbiran kerajaan negeri," jelas Datuk Seri Nizar lagi.
Ketetapan lain yang diambil ialah mengutus warkah kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon mengadap baginda dan mempersembahkan permohonan Pakatan Rakyat supaya DUN di bubar dengan seberapa segera.
Beliau berkata surat tersebut akan dihantar kepada Istana Kinta pagi esok.
Ini bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat Perak dan membolehkan sebuah kerajaan pilihan mereka dibentuk bagi mengatasi kemelut politik yang telah berlarutan sejak rampasan kuasa BN 5 Februari lalu.
Mesyuarat Exco malam tadi juga memgambil ketetapan untuk meneruskan semua dasar kerajaan Pakatan Rakyat semasa 10 tahun ia memerintah dan mengekalkan keputusan-keptusan yang telah diambil.
Ini termasuk mengekalkan semua ahli jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK) yang telah dilantik dan menerima watikah lantikan selama dua tahun.
Datuk Seri Nizar juga berkata kesemua 318 ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengangkat sumpah jawatan dengan secepat mungkin.
"Semua keputusan yang diambil dalam tempoh tiga bulan lalu oleh pentadbiran Zambry akan disemak semula tetapi yang baik untuk rakyat akan kami kekalkan.
Datuk Seri Nizar yang diapit oleh Speaker V. Sivakumar, Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham dan beberapa Exco dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak lain kelihatan ceria walaupun nampak letih.
Beliau bersama barisan Exco Pakatan Rakyat akan kembali bertugas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang tepat pukul 7.15 pagi ini.
Datuk Seri Nizar kemudiannya akan pergi ke Istana Kinta atas jemputan sebagai Menteri Besar untuk menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran negeri Perak oleh Sultan Azlan Shah pada pukul 8.15 pagi.
Beliau dijangka menggunakan kesempatan bertemu Sultan Perak untuk berbincang mengenai perkembangan terakhir politik Perak dan memohon untuk mengadap baginda secepat mungkin.
Ditanya kemungkinan baginda akan memperkenankan permohonan beliau untuk membubarkan DUN, Datuk Seri Nizar berkata beliau yakin disebabkan hubungan akrab beliau dengan pihak istana.
"Semasa Tuanku Raja Muda selesai bertitah pada sidang DUN 7 Mei lalu baginda bersalam pertamanya dengan saya dan saya jugalah mengiringi beliau sehingga ke kereta dan saya adalah orang pertama baginda bersalaman mengucapkan selamat jalan kepada baginda. Anda juga tahu siapa yang terakhir baginda bersalam (media melaporkan Datuk Seri Dr Zambry orang terakhir Raja Muda Perak bersalam dan baginda juga tidak bercakap kepada beliau sepanjang diringi ke kereta oleh Datuk Seri Nizar). Anda buat tafsiran sendiri," kata Menteri Besar lagi.
Berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis politik Perak, Datuk Seri Nizar berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang kalau ianya adalah bagi kepentingan rakyat.
"Satu Malaysia Najib mendahulukan rakyat jadi kami berkata membubarkan DUN dan membenarkan rakyat memilih kerajaan pilihan mereka juga adalah mendahulukan kepentingan rakyat. sumber tv antara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan