Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 5 Julai 2009

AWANG SELAMAT YANG SUDAH TIDAK SELAMAT LAGI


Pemimpin yang amat digeruni oleh Umno
Oleh: WFAUZDIN NS

AWANG SELAMAT penulis merapu di akhbar merapu Utusan Meloya menyebut betapa bahayanya kaum Melayu di negara ini apabila PR semakin dilihat bertambah kuat sokongannya daripada berbagai bangsa dan ugama. Itulah tulisan yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkenaan minda Awang Selamat yang kini merasakan tidak lagi selamat menjadi orang Melayu. Saya tidak faham apa hujah dan alasan si Awang berfikir demikian, tetapi saya yakin pemikiran si Awang tersebut adalah kesinambungan dari pemikiran orang-orang tua yang kuno dan ketinggalan zaman.

Utusan Meloya sebenarnya pun telah lama dipinggirkan orang dan boleh dikategorikan sebagai akhbar sampah dan ketinggalan zaman. Jika dahulu popular dengan ruangan `senyum kambing' nya, akhbar usang ini benar-benar menjadi kambing hitam kepada kerajaan Umno/Bn. Tidak pelik sangat kakitangan akhbar tersebut sudah mula hendak memberontak dan berdemontrasi. Maklumlah, duduk dalam akhbar yang tidak berkat. Cuma, tinggal si Awang sahaja yang masih setia dengan akhbar kuno tersebut kerana sesuai dengan pemikirannya yang kuno itu.

Hujah kita, di mana ruginya orang-orang Melayu bila PR kuat? Cuba beri contoh di Selangor, P.Pinang, Kelantan atau Kedah, di mana umat Melayu terseksa di bawah PR? Kalau hendak beri contoh negeri-negeri di bawah Umno/Bn yang membuat orang-orang Melayu terseksa, dizalimi dan melarat, tidak terlarat kita nak senaraikan. Contoh terdekat cukuplah di Perak, bila kerajaan Perak dirampas oleh mereka, amankah Melayu di Perak? Jika betul majoriti orang-orang Melayu di Perak suka kepada kerajaan pilihan Mahkamah di Perak itu, kita cabar Umno bubarkan Dun Perak. Berani ke agak-agaknya? Negeri terkenal dengan Melayunya Terengganu sekarang Melayu di sana pun berpecah kerana Umno juga. Berebut kuasa menjadi punca. Jika dahulu Pas memerintah Terengganu, hak royalti dirampas tiba-tiba, itukah yang dikatakan membela Melayu? Di Kelantan usah ceritalah, berpenggal kerajaan Pas Kelantan menderita untuk mendapatkan keadilan dari Pusat sedangkan Kelantan hampir 100 % adalah terdiri dari orang-orang Melayu.

Sekarang, di bawah Najib dengan konsep 1 Malaysia nya, beranikah lagi si Awang berkata bahawa Melayu akan lebih diutamakan? Jika beliau masih beranggapan sedemikian, beliau akan ditertawakan oleh MCA, MIC dan Gerakan. Cukuplah Awang Selamat untuk mengampu Umno/Bn bertahun-tahun lamanya. Sehari dua orang percaya dan pakai cakapnya, tetapi minda rakyat semakin berubah dan tidak statik macam minda Awang Selamat. /wfauzdin.blogspot.com

MANEK URAI : MENJELANG PENAMAAN CALON ESOK


Menjelang sehari sebelum hari penamaan calon, Manek Urai semakin menjadi tumpuan apabila pertandingan antara dua parti major di negara ini, PAS dan Umno-BN bakal merakamkan sebuah lagi sejarah dalam landskap politik semasa.

Semakin hari, semakin ramai polis dan tentera berkampung di Manek Urai kononnya untuk menjaga keamanan dan mengelakkan sebarang insiden pergaduhan antara penyokong PAS dan Umno menjelang hari penamaan calon.

Dalam tinjauan yang dibuat, kelihatan 'perkampungan Martek PDRM' telah pun didirikan di Laloh dan semakin banyak pondok-pondok polis dibina di sekitar Manek Urai.

Di sebalik perang poster dan bendera yang semakin rancak di kiri kanan jalan, kenderaan polis seperti trak, kereta dan motorsikal juga semakin bertali arus dilihat di sepanjang jalan raya menuju ke Kota Bahru.

Bilik-bilik gerakan kedua-dua belah pihak juga semakin banyak dan aktif menjalankan mesyuarat tidak kira pagi atau petang.
sumber Greenboc

Sabtu, 4 Julai 2009

Pusat sembelih babi di laman rumah Lee dan Thomas

Nak tanya sikit Pengerusi DAP Kedah Thomas Su dan ADUN Kota Darul Aman dari DAP, Lee Guan Aik:

1. Berapa lama hampa mintak tangguh operasi meroboh pusat penyembelihan babi tu? Sebulan? Dua bulan? Tiga bulan?

2. Kalau hampa mintak tangguh sebulan, awat mintak tangguh sebulan ja?

3. Sebelum mintak tangguh, awat tak kaji tentang macam-macam proses yang mesti diikuti sebelum dapat buat tempat penyembelihan yang baru?

4. Awat tak mintak tempoh penangguhan yang sesuai dengan kemungkinan jangka masa yang diperlukan untuk buat tempat penyembelihan baru?

5. Hampa ingat tempoh penangguhan tu macam main aci ka? Boleh cop, cop. Cop sat!

6. Hampa pernah ambik kira ka perasaan dan penderitaan penduduk dan orang-orang yang dok pi market dekat pusat penyembelihan babi tu? Tak payah tanya yang Melayu, hampa tanya yang bangsa Cina saja pun tak pa. Depa seronok sangat ka dan tak rasa tertekan ka dengan segala bau dan sisa buangan pusat penyembelihan babi tu?

7. Kalau pusat penyembelihan babi tu depan rumah hampa atau sebelah rumah hampa, adakah macam ni hampa perjuangkan pusat penyembelihan babi tu?

8. Aku nak tanya sorang-sorang. Ni, Thomas, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang? Lee, hang setuju ka kalau aku cadangkan pusat penyembelihan babi tu dipindahkan di laman rumah hang?

9. Kenapa hampa tak offer laman rumah hampa sebagai pusat penyembelihan babi sementara? Apa salahnya laman rumah hampa jadi temporary abbatoir sementara menantikan pusat sembelihan yang nak dibuat di Pendang tu siap.

10. Ca hampa bagi tau rakyat, rakyat Kedah ka, rakyat Malaysia ka, production pusat penyembelihan babi tu hanya untuk bekalan babi di Kedah sahaja ka atau depa tibai untuk tempat lain sama?

11. Dengaq ni, aku ni dari Kampung Matang dalam kawasan Bukit Gantang di Perak. Celik-celik mata ja, kandang babi bersepah di kampung aku dan kampung-kampung yang berdekatan (aku balik masa pilihan raya kecil Bukit Gantang baru ni dah tak dak dah). Bau busuk tak payah cakap la. Bila mai hawaq babi, barbarians yang bela babi tu main lempaq ja bangkai-bangkai babi tu dalam sungai di kampung aku. Mengelampung berpuluh-puluh bangkai babi dalam sungai. Punya busuk, punya hanyaq, tak payah cakap la. Tu tak kira lagi waktu-waktu lain, dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Dok tak dok ada bangkai babi dalam sungai. Ada pernah hampa ambik peduli perasaan dan penderitaan kami?

10. Lee, hang yang banyak cakap sekali. Kalau aku kata hang nampak bodoh terlampau, hang marah, kan? Tapi memang, hang tak nampak cerdik. Aku tau hang cerdik. Malangnya, hang tak nampak cerdik. Aku cakap soal menghormati jiran. Kalau hang nak kata aku cakap soal perkauman, hang punya pasai la.

11. Akhirnya, kalau aku jadi penduduk Kota Darul Aman, aku tetap undi hang. Haram tangan aku ni undi calon MCA ka, Gerakan ka. Tapi hampa jangan la kurang ajaq sangat!

Sumber Penarik Beca
Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com