Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan  negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa  serta merta.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat  pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.
 Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid  menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.
"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan  tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu  akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim,  umum Wan Azizah lagi.
Rombakan itu dilihat  mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus  menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.
Anwar nafi cubaan MP guling  Khalid
Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi  pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.
Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,  ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media  petang ini.
Bercakap soal yang sama, Anwar juga  memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan  yang akan diumumkan kemudian.
"Ia sedang  dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri  atau pimpinan terbabit.
Selain itu, Anwar turut  menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu  menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.
"Perkara  itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri)  Pandangan itu biasalah.
"Kita tengok Tan Sri Khalid  pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.
Sumber Di Sini
Penulis menyokong tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan  negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini kerana ketokohan Azmin Ali akan dapat memperbaiki imej PKR di selangor yang agak terjejas teruk dengan perbagai kerenah , ini bermakna urusan parti di Selangor dibawah tanggungjawab Azmin Ali dan pengurusan negeri Selangor di bawah MB Khalid Ibrahim
JENIS LAWYER BENAK NI PAYAH
9 minit yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan