Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Ahad, 29 Mac 2009

KEBIJAKSANAAN MILIK ORANG BERIMAN

Entah apa Isu yang nak dimainkan umNO lagi. Semuanya tak menjadi, Isu derhaka kini menjadi bahan tertawa. Cerita gadai tanah kat Cina makan diri bila didedahkan secara berangka tanah yang terlepas ke Tauke Cina di zaman umNO. Sebutlah pusat Judi Genting dan Bukit Tinggi, Pulau Pangkor Laut dan kilang Simen YTL di tanah rezab melayu//bla..bla..bla....

Berita tadi memainkan isu yang bukan isu, Nizar Pilihan DAP. Katanya Ngeh yang terdahulu mencadangkan Nizar sedangkan Nik Aziz membantah... Apa punya samdul la depa ni.. TGNA bukan bantah...cuma bagi pandangan kerana bebanan tugas DS NIzar. DAP cadangkan kerana mereka terlalu kagum kepada Nizar. PAS Miliki puluhan Calon berkaliber menanti... Namun di saat ini Nizar jauh mendahului. Aura DS NIzar dah mengalahkan Mawi. Mawi mungkin hanya menyentuh hati peminat melayu...Namun Nizar mampu menguasai semua bangsa.... Kini ketokohan Nizar langsung tak dimiliki Calon umNO..hatta Najib yang sedang bermimpi menjadi PM..

Dulu dikatakan Pakatan tidur sebantal namun mimpi berbeza...Namun bila mimpinya serupa . mereka kata plak PAS ikut DAP... macam budak budak le... Tidakkah kita bangga bila orang boleh terima pemimpin kita. Tanpa rasuah dan duit yang diberi, tanpa bas dan makan free.....??? umNo, MCA dan MIC tak pernah bersatu hati...bukan hanya mimpi lain lain tetapi tetapi katil pun tak serupa... setiap kali mereka bertemu , kita pasti tau membezakan antara mereka kerana mereka tak mampu bersama. Ketika umNO mencium keris kononnya membela Melayu, MCA bangkit membantah sikap biadab pemuda umNo, MIC pulak tak selesai masalah sendiri.

Pelbagai bangsa menerima DS NIzar kerana beliau bersih dari tuduhan Rasuah, Seleweng kuasa, Politik wang (rasuah le tu) jauh sekali komisyen kapal selam dan skandal betina yang memalit tubuh pemimpin BN. Pemimpin tertinggi umNO BN memang dikenali dari dulu... Siapa tak kenal Rosmah... siapa beliau sebelum bersama Najib? Siapa tak ingat Ziana Zin dan Hotel di Port Dikson??? Siapa bersamanya??? Siapa tak kenal CHua Soi Lek?? Pelakon tua yang akhirnya mengaku beliaulah melakukan aksi itu?? Rahim Thamby Chik?? dari negeri buaya nganga... Siapa tak ingat cucu nenek tua dari Melaka??? M Taib??? mungkin kasih Ku Yah masih menjadi ingatan abadi. Atau imegresen di Australia belum habis mengira wang yang ditimbang dan dibawa lari.... ahhhhhh malas nak menulis lagi... umNO tiada moral jauh sekali akhlakkkkk...

Sekarang bukan zaman budak budak yang malu meniru atau menerima pandangan orang lain. Memang budaya BN jangan terima pandangan orang lain selain BN. Shahril Samad pernah diambil tindakan kerana menyokong usul DAP walaupun usul itu diterima semua sebagai betul. Bagi PAS tiada salah orang memberi pandangan dan pandangan itu berbetulan dengan impian kita sendiri. Takkanlah kerana pandangan orang sama dengan pandangan kita, kita mesti tukar pandangan lain??

Di dalam Islam, ada adat yang diizinkan syariat. Kenapa Rasulullah tidah meruntuhkan Kaabah kerana kaabah di bina Nabi Ibrahim. Banyak penyelewengan di lakukan di kaabah sepeninggalan Ibrahim. Terlalu banyak contok adat yang dikekalkan didalam Islam lantaran ianya tak bersalahan dengan perintah Allah. Hanya si BODOH menolak kebaikan. Hikmah adalah milik orang beriman. Dimana kamu temui hendaklah kamu ambil...itu panduan Rasul untu kita., Tapi tak pe umNO mana pernah baca sirah dan hadith Rasull...semuanya maki dan caci tanpa sebarang perbincangan ilmiah yang mendorong perkembangan akal dan minda... nama pun umNO!

Siapa pun yang mencadangkan, andai itu satu kebaikan, maka terimalah dan laksanakan secara bersungguh kerana semua kebaikan milik orang beriman ANDAI KITA BERIMANNNN!
sumber anak sengat

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com